Brunch Di LaPaROTI, Port Makan Tepi Sungai
Balik dari hiking Bukit Senaling, singgah brunch (breakfast + lunch) di LaPaROTI sebab macam teringin nak makan mi karinya yang sedap tu. Pagi tadi hanya breakfast coklat bar je. Alang-alang dah waktu lunch, kita lunch sekali lah.
Ini kali kedua kami datang singgah makan di sini. Pertama kali datang sini selepas hiking Bukit Kepayang. Eh eh dah macam port wajib singgah selepas hiking pula kan.
Mulanya nak tapau je. Tapi bila sampai jam 12:00 lebih tengahari macam tu, tengok hanya ada 2-3 orang pelanggan je. Saya pun ajaklah encik suami makan di sini je.
Masa encik suami di kaunter, kita sibuk lah ambil gambar sementara tak ada orang lain. Sebelum ni datang, ada orang tak dapat nak ambil gambar sangat.
Masih suka dengan suasana di sini. Duduk makan tepi sungai yang mendamaikan.
Encik suami pilih nasi lemak ape entah namanya. Macam special sebab ada ayam goreng. Nasi lemak pun lengkap, semuanya ado! Cuma sambalnya saya kurang gemar sikit. Yang lain-lain OK.
Selepas habis licin pinggan mangkuk. Sedap dan lapar pun ye. Kami pun balik. Kereta kami park di tempat yang disediakan sebelah kiri. Parkir luas. Semasa menuju ke parkir kereta, perasan juga ada kerusi baru di sini.
Selain tu, ada juga tempat permainan untuk kanak-kanak. Macam teringin nak duduk di buaian ni tapi macam risau pula kang tiba-tiba patah dahan tu. Naya pak karimmmm...
sini la yang x dapat2 pergi lagi, masa arwah Mak Pah ada pun x sempat akak bawak makan kat sini...lepas raya nanti la nampaknya
ReplyDeleteLepas raya nanti boleh bawa Pak Zain dan yang lain kak. Best duduk makan sini. Makanan pun sedap. Mi kari pada saya tu sedap lah.
Deletelawa juga port ni, petang ptg cun dah ni melepak
ReplyDeleteYe, lawa. Best lepak makan sini.
DeleteHealing betul dapat lepak tepi sungai macam ni sambil makan/minum 👍
ReplyDeleteYe betul. Dapat feel healing tu.
DeleteComel kucing tepi pintu tu. :)
ReplyDeleteNampak sangat menenangkan, dapat lepak tepi sungai. Meriah mi kari dia. Selamat berpuasa, Fizah.
Kreatif yang melukisnya tu kan. Memang comel.
DeleteMi kari meriah dan sedap juga.
Selamat berpuasa juga Kak Nur.
dekat nau meja tu
ReplyDeleteada yg termasuk dlm air nanti🤣🤣
mi kari wajib ada taugeh
kalau x de umpama naik kereta tak ada tayar🤣🤣🤣🤣🤣
Perasan juga tu. Macam seram pula nak duduk situ, risau terjatuh dalam air tanpa sedar. hihi
DeleteYa, wajib ada taugeh bau ngam. Peminat taugeh je faham..kannn...
Unik namanya Laparoti.
ReplyDeleteSaya terus rasa lapar nasi lemak dan mee kari.
Memang rasa tak lengkap kalau tak ada taugehnya kan Fizah. Saya suka taugeh mentah, rangup dikunyah!
Saya pun tertanya juga nama kedai tu. Mungkin dulunya hanya fokus pada roti kot sebab roti ada jual jugak.
DeleteSama selera kita kak Amie. Makan mi kari kena ada taugeh rangup. Baru sodap makan.