Cara Masak Nasi Kurangkan Kanji, Tidak Berkerak dan Tidak Membazir
Sejak mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selain exercise, pemakanan pun perlu dijaga juga. Diet, pemakanan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam, makanan berminyak dan nasi pun dimasak dengan cara lebih sihat.
Dulu, saya suka masak nasi kaedah double boil tu. Tapi lama dah saya tinggalkan kaedah tu sejak lupa diri nak jaga makan. Lepas tu menyesal sendiri. Jadi, tahun baru ni menyahut seruan azam yang dah lama terkubur tu. Ayuh, jaga makan untuk lebih sihat. Kurus tu letak nombor 2.
Ada orang masak guna mug untuk lebih mudah sukat kuantiti pengambilan nasi. Cara double boil ni ambil masa sikit untuk nasi tu masak. Jadi, kena masak awal sikit daripada biasa.
Baru-baru ni saya ada nampak video TikTokers promote periuk nasi yang ada steamer untuk kurangkan kanji nasi semasa dimasak. Saya pun cadangkan pada encik suami. Dia kata, baik beli je portable steamer tu daripada beli satu set tu. Ye tak ye juga kan.
Kita ni dah ada 2 periuk nasi which is yang moden dengan yang klasik jenis kena tekan tu. Takkan nak menambah 1 lagi periuk nasi. Jadi carilah portable steamer tu di Shopee, 304 Stainless Steel Steamer Basket. Beginilah rupa dia.sumber : google |
Cara masak nasi kurangkan kanji, tidak berkerak dan tidak membazir
- Basuh beras macam biasa, kemudian masukkan beras dalam steamer
- Kemudian steamer yang berisi beras tu masukkan dalam periuk nasi
- Tuangkan air dalam periuk nasi sehingga beras terendam
- Masak nasi macam biasa
- Bila dah masak tu, kacau nasi supaya seimbang masak atas bawah. Biarkan masak sepenuhnya. Kalau air dah kering, boleh tambah.
Bekas ni pun boleh masak nasi banyak sikit. Kanji kurang, kerak pun tiada. Jadi tidaklah membazir. Biasanya nasi yang berkerak tu dibuang begitu je. Sayang betul!
Cara begini sesuailah untuk mereka yang nak diet, sukat nasi suku suku separuh gitu. Selain guna masak nasi, boleh digunakan untuk mengukus apa-apa makanan lain. Atau nak panaskan lauk ke. Serbaguna lah. Tak lah beli semata-mata hanya untuk masak nasi.
Tips yang berguna untuk kurangkan kanji beras.
ReplyDeleteYa, boleh diguna pakai. Agak pratikal juga.
DeleteTq share
ReplyDeletesama-sama.
DeleteMacam nak beli jugaklah steamer basket ni. Senang nak guna sebab ada pemegang atas tu.
ReplyDeleteYa, ada pemegang ni mudah sikit berbanding tiada. Senang kita nak kendalikan kan.
DeleteNak cubalah.. tapi kena beli dulu bekas tu.. hurmm part tak berkerak tu yg best tak la rasa rugi syg nk buang..
ReplyDeleteKena beli dulu, nanti bolehlah cuba. Ya, tak ada kerak tu yang best tu. Nasi pun semua elok lembut. Tiada pembaziran berlaku.
Deleteunik juga periuk nasi ni
ReplyDeleteBeli steamer je. Periuk nasi, periuk nasi biasa je tu, jenis tekan-tekan yang klasik.
Deleteboleh dicuba nti
ReplyDeleteSilakan mencuba nanti.
Deleteooo ada alatnya...
ReplyDeletesy igt petua alami...
Ya, petua alami tak pastilah macamana. Mungkin kena masak nasi dulu separuh masak, lepas tu basuh dan masak semula. Biasa mat salleh buat macam tu kan.
Deletewah boleh try nanti.
ReplyDeleteSilakan mencuba nanti.
DeleteMenarik ni. Kalau selalu duduk dapur memang berbaloi beli.
ReplyDeleteYa, dia macam serbaguna jugak lah kan.
DeleteBulan Januari lepas, seorang gang kaki jalan kami pencen awal. Ada yang cadangkan beli periuk nasi yang boleh kurangkan kanji. Disebabkan sibuk dan tak sempat nak fikir lanjut, Kak Amie pun serah duit sajalah untuk kawan beli. Harganya dalam RM600+++ gitu. Mungkin periuk tersebutkah yang Fizah maksudkan sebab Kak Amie pun tak dapat nak tengok, kotak periuk sudah dibalut dengan kertas hadiah.
ReplyDeleteMungkin yang kak Amie beli ni jenis periuk moden yang boleh kurangkan kanji. Yang saya tengok di TT tu periuk nasi biasa tapi included portable steamer. Harga tak pasti berapa.
Delete