Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Selesai urusan derma darah, encik suami nak belanja kopi sempena saya berjaya dan beraninya menderma darah. Mulanya dia nak belanja kopi signature mesra latte. Tapi saya nak Hazelnut latte Kenangan Coffee lah sebab kopi mesra cafe tu baru je minum baru-baru ni.

Tekak rasa nak minum hazelnut latte Kenangan Coffee. Jomlah kita ke Seremban Gateway. Situlah paling dekat dari AEON Seremban 2. 

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Sementara encik suami pesan hazelnut latte panas dan matcha latte, kita ambil gambar dulu. Matcha latte tu macam menarik pula kat banner tu. Rasa teringin juga mencuba. Pesan pada encik suami order sekalilah.

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Kenangan Coffee di Seremban Gateway ni ada ruang kecil untuk menunggu atau minum di sini. Dia tak ada ruang besar untuk minum lepak kopi-kopi beramai-ramai. Ruang kecil yang muat 3-4 orang sebaris dengan 2 meja bulat yang kecil.

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Bila tak ada orang, barulah dapat duduk disini. Bila nama dipanggil, barulah kita ambil apa yang dipesan tadi. Ambil gambar terus di kaunter. Lepas dah ambil gambar baru perasan logo dia senget ke kiri pula. Lantaklah situ, janji ada gambar.

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Hazelnut latte tu macam biasalah sedap, sebab tu pesan yang sama je. Tapi kan matcha latte dia sedap nak mati! kalah S tu ha. Dia punya pekat matcha memang win lah. Saya suka! Peminat matcha latte, jangan lupa cuba nanti.

Selain hazelnut latte, lepas ni kita ulang pesan matcha latte juga. hikhik...Terima kasih encik suami!

  • Hazelnut latte HOT (cup L), RM12.17
  • Matcha latte COLD (cup L), RM15.00

16 comments:

  1. Kyra bolehlah cuba matcha latte ni... mmg kalau kat pasar malam pun jadilah dia tetap nak order matcha dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni lebih pekat dan creamy, sila bagi dia cuba mesti suka punya. hihi...

      Delete
  2. Sedap ya Matcha ni sebab kadang ada rasa pahit sikit Matcha ni. Tak pernah cuba kat Kenangan Coffee ni tapi nampak ada kat IOI City Mall new wing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap teruk matcha latte dia. Yang ni macam tak ada rasa pahit sangat. Nanti cubalah, kot sama taste kita. Haritu ada beli di MyTown, IOI pun ada ye. Okay sangat kalau kesana boleh beli kopi Kenangan Coffee.

      Delete
  3. Nampak pekat matcha latte tu, Fiza. Kemahen eh upah dia derma darah 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pekat matcha dia. Kalah yang lain. hihi..ala sesekali dapat upah.

      Delete
  4. boleh try ni. saya suka gak kenangan coffee. cuma teh tarik je kureng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila try hazelnut latte atau matcha ni kalau jenis suka latte lah. Teh tarik kalau nak sedap kena minum di warung lama. Itu gerenti sedap pekat kaw kaw punya. Kalau kedai macam ni jarang nak order teh tarik, risau kecewa. Tapi kan lama gila tak minum teh tarik, konon nak kurangkan gula kiranya.

      Delete
  5. Sedap eh.. Kalau jumpa nanti bolehlah SHa cuba matcha tu.. Menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka matcha, jangan lupa order nanti. Sedap!

      Delete
  6. matcha sy kureng sket
    selalu kalau singgah sini
    saya mmg pesan teh tarik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh teh tarik dia memang sedap eh. Sal kata macam kureng. Baiklah, kot teringin nanti boleh cuba.

      Delete
  7. Seriuuuuus matcha latte nya lebih sedap dari S? Soalnya tiap ke kenangan, saya selalu pesan kopi gula aren saja. Matcha latte blm pernah. Dulu sebelum boikot, tiap ke S hanya pesan matcha latte, skr dah tak pernah.

    Nanti nak coba lah matcha latte kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, menurut saya begitulah. Kopi gula aren saya belum cuba lagi. Ya, saya pun sama dulu pesan Matcha latte S. Sekarang dah ada pengganti yang lagi sedap. Nanti cubalah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.