Hari Sabtu semalam, merancang untuk hiking sebelum bulan puasa, Ramadan. Bulan Puasa kita rehat. Mana larat nak hiking. Sebenarnya tak tahu nak hiking bukit mana. Tapi dalam negeri Sembilan lah.
Malas nak pergi jauh-jauh. Tak tahu nak hiking Bukit Senaling atau Bukit Sikai. Bukit Senaling nak memburu awan karpet. Bukit Sikai boleh hiking santai-santai sebab tak tinggi sangat dan mudah katanya.
Last-last pilih Bukit Senaling, Kuala Pilah nak memburu awan karpet lah kononnya. Sebab tak pernah ada pengalaman lagi kan. Elok pula malam sebelum hiking hujan. Pagi pagi tu saya assume macam awan karpet lamalah sikit nanti.
Bangun dah awal dah, sebelum subuh. Siap mandi, konon lepas solat subuh terus gerak dari rumah. Sekali perut encik suami meragam. Haa tunggulah dulu dia masuk bilik termenung dulu. Pukul 7.00 pagi baru gerak dari rumah Seremban.
|
Laluan Bukit Putus yang berkabus pada waktu pagi |
|
Selamat Datang ke Kuala Pilah |
|
Matahari sedang mula naik |
Sampai di Kuala Pilah, singgah pula membeli coklat dan air. Bertambah lewatlah kami. Matahari pun semakin naik tanda-tanda macam nak cuaca panas je.
Dari jalan besar, ada papan tanda Bukit Senaling. Masuk je kampung jalan terus je akan jumpa papan tanda lagi.
Sampai kaki bukit Senaling which is kawasan kampung tu lebih kurang jam 8.00 lebih. Terlebih lewat sudah. Memang tak payah berharap lah nak tengok awan karpet.
Walaupun saya baca awan karpet tu pernah sampai jam 9-10 pagi macam tu. Tapi tidaklah kita berharap sangat. Ikut rezeki masing-masinglah.
Tengok di TikTok, Bukit Senaling ni antara bukit popular yang ada awan karpet. Tengah hype juga selain Bukit Batu Sawa yang ada awan karpet.
Bukit Senaling
Bukit Senaling terletak di Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan ketinggian 394 meter. Tarikan bukit ini adalah awan karpet dan kabus tebal yang dapat dilihat pada awal pagi. Laluan trail mudah dan sesuai untuk pemula.
Kami parkir di kawasan parkir yang disediakan. Kereta pun tak banyak sangat. Mungkin masing-masing tak hiking dah sebab nak bulan puasa dah kan. Atau mungkin ramai yang dah balik selepas melihat awan karpet. Bukit Senaling ni memang ramai yang hiking awal pagi sebab nak tengok awan karpet.
|
Kawasan parkir sebelah kanan
|
|
Papan tanda pemberitahuan di rumah makcik pagar hitam |
Selepas parkir kereta, kami terus menuju pintu gerbang kayu Bukit Senaling. Sempatlah menyapa makcik di kampung situ. Dari jauh dia dah sedekah senyuman. Saya senyum je lah. Encik suami sempat berborak dalam loghat dorang. Loghat nismilan lah apo laie.
|
Ruang parkir kereta sebelah kanan |
|
Jomlah kita memulakan ekspedisi panjat Bukit Senaling, jam 8:19 pagi |
|
Laluan jalan Tar |
|
Tempat pendaftaran |
Bayaran/ Fee Permit Bukit Senaling
Setiap seorang kena bayar RM15
RM 5 untuk permit dan RM10 (car park, guider, maintenance, basic aid kit) Ini info apa yang saya baca lah.
Apa yang saya faham, kalau berkumpulan lebih 5 orang akan ada seorang guider. Kalau kurang dari itu boleh naik sendiri je. Kalau silap, betulkan saya ye.
Selesai urusan daftar lebih kurang 5 minit, kakak yang jaga kaunter tu suruh snap je gambar info guider untuk dihubungi jika ada kecemasan atau perkara yang buruk berlaku. Katanya semua guider dah naik atas. Apa-apa hubungi je. Okay, baiklah.
Kami teruskan pendakian tanpa perlu menunggu lagi. Dahlah lambat, nak tunggu apa lagi kan. Laluan jalan tar kampung berakhir dan akan memasuki jalan tanah merah pula.
|
Jalan tar berakhir |
|
Ikut laluan arah yang disediakan, jam 8:25 pagi dari sini |
Laluan/Trail Bukit Senaling
Laluan awal tengok macam senang je kan. Tanah merah tapi mendaki, bukan landai. Ingatkan sikit je tapi dia naik naik dan naik lagi. Tak belanja lansung, diskaun pun tak ada! Kata untuk pemula. Ini apa? Pewai (penat awai) kita! |
naik, naik dan terus naik lagi |
Beberapa kali jugalah saya berhenti, konon ambil gambar. Padahal ambil nafas kejap, sambil-sambil. Orang kata kalau penat, rehat. Kita hiking santai-santai je. Nak kejar pace jauh sekali sebab nak hiking santai je menikmati alam.
Sebenarnya laluan macam ni memang sesuailah untuk pemula. Cabaran mudah. Saya je yang tak cukup tenaga masa mendaki awal.
|
5 minit mendaki, sampai laluan landai jam 8:30 pagi |
|
sampai di kebun getah, jam 8:38 pagi |
|
2 minit kemudian masuk laluan hutan semak |
|
Melalui kebun getah sekali lagi, jam 8:40 pagi |
|
Masuk kebun/ladang kelapa sawit, jam 8:44 pagi |
|
Masuk laluan hutan semak lagi |
Akan jumpa sungai kecil. Saya ambil view tepi sebab laluan depan ada pendaki lain.
Selepas sungai akan jumpa papan tanda 1 KM. Bermakna kita dah jalan 1 KM dah. Tahu-tahu je dah 1 KM ye.
Kemudian naik bukit lagi melalui kawasan ladang kelapa sawit. Yaaa, naik bukit lagi kita. Jenuh jugalah nak sampai atas. Laluan tanah merah ni agak licin. Lagi-lagi lepas hujan. Mujurlah bawa tongkat sakti (trekker poles) kali ni. Membantu lah juga
|
Sampai sini jam 8:47 pagi
|
|
Kembali masuk laluan hutan yang kiri kanannya banyak tumbuhan pakis |
Melalui pula laluan hutan yang kejap turun kejap naik. Mana-mana laluan curam sikit dan licin tu disediakan tali.
|
Laluan yang mencabar dan agak sempit |
Laluan yang agak mencabar juga. Trekker poles tak lut nak pacak sebab batu. Naik guna tali lah ye. Sambil pegang poles sambil pegang tali. Dapat bayangkan tak macamana keadaan tu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan dia.
|
Laluan berbatu |
Ingatkan sampai sini dah nak sampai puncak sebab terang semacam. Rupanya kena scam, ada lagi laluan berbatu ke atas tu.
Eh, dah sampai ke? Kena scam lagi! Suka tau bagi harapan palsu kat kita. Ingatkan ayat 5 minit lagi nak sampai tu dah cukup tertipu. Rupanya bukit pun pandai menipu juga eh.
Sampai laluan landai macam puncak ni tapi bukan puncak sebenarnya. Di sini bolehlah rehat kejap. Kawasan landai yang sangat luas.
|
jam 9:17 pagi |
Dah dah, jangan berehat lama sangat disitu. Marilah kita meneruskan perjalanan. Masa kami naik tadi, tak terserempak dengan mana-mana pendaki lain. Kira kami ni pendaki terlewat lah. Sampai sini ada jumpa pendaki lain tengah berehat. Sorang je.
Marilah kita teruskan perjalanan. Walaupun nampak masih jauh lagi. Ada papan tanda 2 KM. Okay, sudah 2 KM kita berjalan. Macam dah nak dekat dah tu.
|
Papan tanda pemberitahuan yang diletakkan di rimbunan pakis sebelah kanan
|
|
Masuk hutan kembali, jam 9:26 pagi |
|
Tangga kayu |
|
Trail mendaki lagi |
|
500 meter lagi untuk sampai ke puncak |
Nampak terang atas tu macam dah nampak bayangan puncak dah. Semangat lain macam kalau dah nak sampai puncak. Tak sabar nak rehat.
Bila dah nampak berup, dah boleh tarik nafas lega dah. Maknanya dah sampai puncak tertinggi Bukit Senaling. Sampai jam 9:47 pagi. 90 minit bersamaan 1 jam setengah kami ambil masa untuk sampai ke puncak. Ye lah, ambil masa rehat dan ambil gambar lagi. Jadi lambatlah cerita dia.
Berup
Berup adalah sebuah binaan berbentuk segitiga yang mempunyai empat kaki. Ianya diletakkan di atas puncak bukit atau puncak gunung supaya mudah dilihat dari jauh. Berup antara jenis stesen trigonometri yang dibina oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pemetaan, penanda ketinggian dan sesetengahnya digunakan untuk ukuran lot tanah.
sumber : hmetro
Puncak Bukit Senaling
Turun sikit dari berup ni nampak papan tanda Puncak Bukit Senaling, 394 M | 1293 FT. Jomlah kita bergambar. Cuaca panas terik memancar bukan main lagi. Nak buka mata pun payah. Ambil gambar tidur je lah. Pejam mata!
Baru nak duduk rehat. Terpandang ada bukit lagi satu. Lahhh, ada puncak lain. Jomlah kita ke sana dulu ambil gambar.
Sebelum sampai di puncak satu lagi, sebelah kanan ada port bergambar yang cantik juga. Ada papan tanda Bukit Senaling.
Nak senyum ke nak marah ke nak tidur, tak tahulah. Panas betul! Mujur juga tak ramai kat atas ni. Jadi tak payah nak tunggu giliran bergambar. Masa kami sampai atas pun masing-masing tengah berehat.
Di puncak depan tu ada papan tanda lain pula. Selagi ada papan tanda, selagi tu kita bergambar. Satu lagi papan tanda terpacak di situ dengan bendera Palestin. Cuma tulisan di situ kurang jelas, sudah memudar. Tapi tetap nak juga ambil gambar di situ. Tanda hadir kan.
Lepas dah puas bergambar barulah duduk rehat. Makan roti, coklat dan minum air sambil menikmati permandangan dari puncak Bukit Senaling yang hanya ada saki baki kabus yang tinggal. Awan karpet sudah berlalu pergi. Misi memburu awak karpet gagal sekali lagi.
Tak mengapalah. Bukan rezeki. Kita nikmati saja apa yang ada atas puncak ni. Saya perasan ada spesis bunga yang menarik. Bunganya warna pink purple. Ke fuschia entah. Cantik bunganya macam bunga sakura.
Dah puas berehat lebih kurang hampir setengah jam, kami terus turun jam 10:15 pagi. Semasa turun, berhenti 2-3 kali ambil nafas sesaat dua dan ikat tali kasut yang terbuka. Lajulah sikit bila menurun ni. Dan tak berhenti untuk ambil gambar pun.
Bila tak berhenti banyak kali dan tak ambil gambar. Dia jadi cepat sikit sampai bawah. Ambil masa 1 jam je untuk turun. Sampai di bawah jam 11:15 pagi.
Alhamdulillah, selesai mendaki/ hiking Bukit Senaling sebelum berpuasa. Tercapai juga target untuk mendaki bulan Mac. Hiking seterusnya bulan April nanti.
Seronok hiking bukit senaling
ReplyDeleteYaa, memang seronok dapat hiking dan sampai puncak.
Deleteakak dah lama hilang pace dah..dah setahun lebih x mendaki ni...x tau bila nak start semula...eh kalau ada plan jom la lepas2 raya nanti...
ReplyDeleteNanti boleh start hiking Bukit Kepayang tu kak. Dekat sikit, banyak trail boleh ikut. Lepas raya tak tahu lagi nak hiking mana. Kadang dia last minit. Nanti bolehlah plan²
Delete