Hukum Pakai Baju Warna Jingga Bata, Oren, Merah Dan Kuning
Nampak gaya warna jingga bata (brick orange) dinobatkan sebagai warna tema baju raya tahun 2024 terpaling viral. Ada yang tema baju raya warna brick orange ke raya nanti? Tak tahulah dari mana datangnya boleh viral warna brick orange ni.
Bila dah tular seantero Malaysia, keluar pula larangan memakai warna jingga bata atau oren yang dianggap sebagai baju warna sami buddha. Larangan warna ini hanya khusus untuk lelaki sahaja. Perempuan tak ada masalah pun nak pakai warna ni.
Tapi yelah, tak semua orang sesuai dengan warna terang macam oren/merah tu.
Apakah hukum memakai baju warna jingga, oren, merah dan kuning
Berdasarkan perkongsian Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Prof Madya Dr Mahyuddin Ismail berkata, dalam Islam, hukum memakai pakaian berwarna itu adalah harus, termasuk jika memakainya pada Aidilfitri.Tidak salah jika mengenakan pakaian berwarna jingga bata atau orange brick dengan syarat pemakainya menutup aurat, tidak menyamai imej orang kafir dan lelaki tidak cuba menyerupai wanita.
Memang ada hadis menyebut mengenai khilaf pemakaian pakaian warna kuning dan jingga yang proses buatannya dengan mencelup dalam pewarna saffron serta usfur (tumbuhan). Larangan itu kerana dulu, warna berkenaan digunakan wanita sebagai perhiasan.
Larangan tersebut berdasarkan konteks dan situasi pada zaman dahulu kerana proses pembuatannya. Jadi, larangan itu tidak valid pada zaman sekarang.
Harap jelas dan tidak keliru lagi tentang hukum penggunaan pakaian warna jingga bata/merah. Kesimpulannya, tak ada isu kaitan dengan pemakaian warna sami buddha.
Harap jelas dan tidak keliru lagi tentang hukum penggunaan pakaian warna jingga bata/merah. Kesimpulannya, tak ada isu kaitan dengan pemakaian warna sami buddha.
sumber : hmetro
Nasib baik saya tak suka pilih warna cerah atau terang. 😁
ReplyDeletePilih warna gelap-gelap ni antara warna selamat gitu kan.
DeleteSegan rasa nak pakai baju warna Oren, sebab agak terang. Tapi cantik warnanya.
ReplyDeleteWarna dia memang menarik dan cantik. Rasa macam menonjol sangat kalau pakai baju warna terang macam ni. Tapi yang sesuai tu, sesuailah.
DeleteAda juga terbaca . Mujur warna² tersebut bukan pilihan CCL . Terang sangat tue , tak confident nak pakai
ReplyDeleteItulah tu, macam over nau pulak kalau pakai oren. Kalau kena ikut tema event okay lagilah kan.
DeleteTerima kasih atas pencerahan tentang penggunaan warna-warna pakaian.
ReplyDeleteBagus juga berlaku kekhilafan supaya lebih banyak ilmu kita tahu dan faham.
Sama-sama kak Amie. Untuk perkongsian bersama.
DeleteSaya pakai jelah apa warna yang ada...ikut suara majoriti keluarga
ReplyDeleteFaham. Kalau wife dah tentukan tema, kenalah encik suaminya ikut kan. hihi...
Deletetula sana sini update color ni..aritu pi shopping mmg rmi org dok belek bj color ni...tp tula kalau kulit cerah okla pki terang....
ReplyDeleteTiba tiba hype pulak kan warna ni. Memang ramai rasanya tema ni raya tahun ni. Ye, kalau sesuai okaylah kan.
DeleteOhhh jadi tahun ini warna orange dan merah yaa. Thn lalu kan hijau sage 😅. Tapi saya pribadi tak harus mengikuti trend kak. Apalagi thn lalu di mana hijau sage tak cocok dengan kulit saya.
ReplyDeleteTp thn ini bolehlaah pake orange atau merah. Krn dari dulu pun saya suka warna ini
Ya, nampaknya macam tu lah. Tak pasti tahun lepas warna green sage atau black. Saya pun tak mengikut trend sangat. Ikut warna sendiri je. Wahhh jangan lupa share gambar raya nanti ye.
Delete