Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia Dan Cara Bayar Online
Selain wajib berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam yang cukup syarat juga wajib membayar zakat fitrah. Penetapan kadar zakat fitrah dikira berdasarkan kepada makanan ruji (قوت البلد) sesebuah negara. Dalam konteks negara Malaysia, makanan rujinya ialah beras dan kadar zakat fitrah adalah berbeza di setiap negeri.
sumber : Berita RTM |
Zakat Fitrah merupakan satu kewajipan ke atas setiap muslim berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِين
Maksudnya :
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِين
Maksudnya :
Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia, satu gantang daripada kurma, atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan daripada kalangan orang Islam.—Riwayat Muslim
ZAKAT FITRAH
Zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang mampu menunaikan zakat dengan syarat-syarat yang tertentu.Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).
WAKTU
Zakat Fitrah dibayar pada bulan Ramadan sehingga lah pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil bertauliah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan juga secara online.SYARAT
- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
HUKUM
Bagaimanapun, hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat.
- Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
- Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
- Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.
Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1940-hukum-mengeluarkan-zakat-fitrah-pada-awal-atau-pertengahan-ramadan
Kadar Zakat Fitrah setiap negeri di Malaysia dan cara bayar Zakat Fitrah online
Pembayaran zakat fitrah boleh dibayar menerusi Amil-amil bertauliah di masjid, di bazar Ramadan, pasaraya, pasar tani dan tempat-tempat yang telah disediakan. Untuk lebih mudah, boleh dibayar secara online.
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Cara bayaran online :
Jangan lupa untuk membayar zakat. Zakat membawa berkat. Zakat fitrah juga termasuk dalam pelepasan cukai.
Johor
Kadar bayaran : RM7 / RM12 / RM20Cara bayaran online :
- Aplikasi Duit Now
- Pembankan internet seperti Zakat Johor Online Payment (QR Code Fastpay dan aplikasi TULUS)
- epayment maij
- SnapNPay
Negeri Sembilan
Kadar bayaran : RM7 / RM12.50 / RM22Cara bayaran online :
- www.zakatns2u.biz/fitrah
Melaka
Kadar bayaran : RM7 / RM14 / RM21Cara bayaran online :
- ebayar.melaka.gov.my
Selangor
Kadar bayaran : RM7 / RM14 / RM21Cara bayaran online :
- EZakatPay : fpx.zakatselangor.com.my
- Perbankan internet
- Portal MyEg
- Pos Online
- Aplikasi e-dompet MAE, Touch N Go, Selangkah, GoPayz dan Boost
Perak
Kadar bayaran : RM8 / RM16 / RM24Cara bayaran online :
- ezakat.maiamp.gov.my
- GoPayz
- Shopee
- Maybank2u
- SnapNPay
Pulau Pinang
Kadar bayaran : RM7/ RM14 / RM21Cara bayaran online :
- zakatpenang2u.com
Kedah
Kadar bayaran : RM7 / RM14.50 / RM22Cara bayaran online :
- jom.zakatkedah.com.my
Perlis
Kadar bayaran : RM7 / RM10Cara bayaran online :
- www.maips.gov.my/pwa/fpx
Terengganu
Kadar bayaran : RM10 / RM22Cara bayaran online :
- https://ezakat.maidam.gov.my/online/
Kelantan
Kadar bayaran : RM7/ RM14 / RM21Cara bayaran online :
- www.e-maik.my
- JomPay
Pahang
Kadar bayaran : RM7 / RM14 / RM21Cara bayaran online :
- ezakat.muip.gov.my/appZv1/
- ezakat.muip.gov.my
- Aplikasi PahangGo
Sarawak
Kadar bayaran : RM7.50Cara bayaran online :
- pelanggan.tbs.org.my
Sabah
Kadar bayaran : RM7.50Cara bayaran online :
- appszakat.sabah.gov.my
Wilayah Persekutuan (KL, Labuan, Putrajaya)
Kadar bayaran : RM7 / RM15 / RM22Cara bayaran online :
- ePay MAIWP
- SnapNPay
- eWallet Boost
- JomPay
- fitrah zakat
Perkongsian yang sangat berguna
ReplyDeleteSemoga bermanfaat.
DeleteTak sama jumlah kadar zakat fitrah setiap negeri.
ReplyDeleteKata Encik Suami, tahun ini Sabah naik 50 sen. Semoga dengan adanya pungutan zakat akan melancarkan segala urusan berkaitan hal ehwal agama dan kemaslahatan umat Islam.
Ya, tak sama.
DeleteMudah-mudahan begitulah. Aamiin...