Kek Cendol The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL)

Dalam bulan Ramadan ni dah 2 kali membeli kopi di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) untuk moreh. Haritu encik suami beli 2 kopi percuma sepotong kek. Tak sempat nak memotret masa tu sebab kurang sihat. Mood kelaut dalam cerita dia.

Beberapa hari lepas encik suami beli lagi kopi di CBTL. Kali ni hanya rajin nak memotret kek sahaja sebab kek rare, kek cendol! Kek baru di CBTL kah? Menu kopi macam biasalah hazelnut latte panas dan caramel macchiato panas. 

Kek Cendol

Ada lapisan cendol, kacang merah dan juga santan. Atas sekali macam karamel. 

Kek Cendol

Rasa dia tak lah pelik mana, terasa jugalah rasa cendol tu. Cuma bahagian santan kot yang putih tu macam tebal sangat. Rasa tak best pula kalau makan lapisan tu banyak sangat. Tapi kek cendol ni tak manis sangat macam air cendol. 

Cukuplah makan sepotong kongsi berdua buat rasa-rasa. Peminat CBTL bolehlah beli 2 handcrafted beverages, free any dessert ekslusif di Bulan Ramadan bermula jam 5:00 petang sehingga tutup.

14 comments:

  1. menarik betul nampak kek nya...linda pun dok craving nak makan kek pulak

    ReplyDelete
  2. Kek baru kot ni, macam tak pernah nmpk kat CBTL. Tapi tatawlah kalau ke sana tetap jugaklah ngan ciskek Chicago dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti. Barulah kot kan. Hihi..kadang nak cuba yang baru, terbeli yang favourite jugak kan.

      Delete
  3. Pernah Makan kek cendol..tak silap kat Richiamo kot dulu..Kalau x Manis sangat tu okaylah..x terlalu cepat muak..

    Boleh try kt sini pulak lah 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ada ye kat Richiamo. Tak perasan pulak. Ye, kalau tak manis memang ok sangat. Nanti kot teringin, silalah cuba.

      Delete
  4. Wah nampak menarik ya kek cendol dari coffee beans ni ..ada lapolisan kacang merah , lapisan cendol hijau . Menarik . Tapi tue la kalau santan banyak sangat takut muak pulak bila makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada lapisan bahan-bahan dalam cendol. Tulah tu, layer santan kot macam tebal nau.

      Delete
  5. Akak kalau lepak CBTL tu, mesti layan cheesecake dia..dia macam benchmark akak ngan suami la..eh nanti nak cuba la cake cendol tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheesecake tak pernah cuba lagi. Tapi royal chocolate cake CBTL pun sedap. Kek cendol ni kalau nak rasa-rasa bolehlah.

      Delete
  6. Aisssh menggoda laaah cake iniiii 😍😍😍. Nampak sedaap kak Fiza. Apalagi tak terlalu manis. Skr ini ada beberapa kuliner minuman yg dijadikan kek memang.

    Kalo di jakarta saya pernah coba kek es campur. Lalu ada Kek watermelon. Memang sedaaap. Dan segaaar seperti rasa es nya❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bila ada menu kek rare macam ni, why not kita cuba kan. Mujurlah tak manis.

      Eh, uniklah kek ABC dan watermelon tu. Tak pernah jumpa lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.