Ku Pandang Menara Kuala Lumpur Dari Jauh Je

Malas nak bersidai lama di lobby Pavilion Hotel, lepak rumah anak buah kejap sementara tunggu encik suami habis kerja. KL dan jem berpisah tiada. Sana sini jem. Otak pun boleh jem juga.

Kebetulan tengah berhenti di lampu isyarat, nampak pula Menara Kuala Lumpur dari kejauhan. Kita ni pantang tau nampak apa-apa yang menarik depan mata. Mesti nak ambil gambar. 

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar ke hijau, baiklah kita potretkan kejap Menara Kuala Lumpur tu sebelum hilang dari pandangan.

Dengan kuasa 5x zoom, ini je lah hasilnya. Edit edit sikit nampaklah jelas sikit. Langit mendung je, tak ada awan kepul-kepul dan tiada juga langit membiru.

Menara Kuala Lumpur

Seumur hidup saya belum pernah jejak lagi Menara Kuala Lumpur @KL Tower ni. Mungkin malas nak menempuh jem. Nak naik kenderaan awam macam malas nak jalan ke sana ke sini. Nak terus sampai je senang. Tapi malas hadap jem.

Itu yang tak pergi pergi lagi tu. Banyak pula songehnya kan! So tengok je lah dari kejauhan. Yang saya tahu apa yang menarik di KL Tower ni ada sky deck, sky box, restaurant Atmosphere 360, observation deck, tower walk dan shopping mall.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti di Menara Kuala Lumpur dan sekitarnya. Cuma saya je lah yang tak sampai sini dan tak explore lagi. Tunggu masa yang sesuailah baru kita pergi. Entah bila tak tahu lah...

12 comments:

  1. Saya pernah masuk ke KL Tower tahun 2013, wakil terima hadiah Abang Fuad menang pertandingan menulis novel. Waktu itu Abang Farid sedang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Nak ke sana memang mencabar, tapi berkat kesabaran kakak dan anak buah yang hantar naik kereta, dapat jugalah masuk ke situ, tak ingat entah naik tingkat berapa untuk ambil hadiah. Rasanya cukuplah sekali ke situ. Tak sanggup harung kesesakan! Kesian kakak habiskan banyak masa mencari tempat letak kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagilah tengah kota tu kan Kak Amie. Tak sanggup nak hadap. Cari parkir satu hal juga. Lepas tu kalau pertama kali agak mencabar perjalanan tu. Ada sekali pengalaman cukuplah. Tapi kalau ada event yang kena pergi, terpaksa di turutkan juga.

      Delete
  2. Lama tak jejakkan kaki kat Menara KL ni....cantik gambarnya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat tumpuan ramai, sesak. Jarang kita nak pergi kan.
      Terima kasih kak.

      Delete
  3. Pernah pergi masa belajar dulu-dulu tapi duk kat bawah tower tu je. Tak pernah masuk dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira pernah sampai jugalah tu walaupun tak pernah masuk dalam. Lepas ni bolehlah datang lagi dan masuk dalam explore apa yang menarik.

      Delete
  4. KL memang jem , hehe.. CCL pun macam sis fiza juga pantang nampak apa-apa yang cantik terus snap gambar . Terutama gambar awan, gambar matahari .. Cantik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng! Ya, pasti tak lepaskan peluang. Haruslah kita potretkan permandangan menarik.

      Delete
  5. Teringat naik menara masa anak2 kecil, cukuplah rasanya sekali tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Dah besar ni tahu jem lagilah macam tak rasa nak pergi kan. Kira ada pengalaman juga tu.

      Delete
  6. Cantik gambarnya.
    Tak pernah lagi sampai tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wak. Mana tahu ada rezeki wak nanti sampai sini anak anak bawa jalan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.