Makan Kurma Butter Viral Berpada-pada, Cara Terbaik Buat Kurma Butter

Sana sini share kurma butter viral. Sedap katanya. Tapi awas ya, makan kurma butter ni haruslah berpada-pada walaupun sedap. Sedap memang sedap, tapi tak patut diambil secara berlebihan. Sebab apa? Boleh baca dari perkongsian Shuli PB di facebook. 

Kurma Butter Viral
kredit : Shuli PB

 

Pilih kurma dan butter yang betul

Bagi yang memilih untuk makan kurma stuffed with pure butter, disarankan 
1. Pilih betul-betul kurma yang bukan miIik yahud. Elakkan beli kurma timbang/kurma tanpa label.
Pilihan kurma contohnya
- jenis Ajwa : Ajwa ni exclusively grown in Madinah. Mahal sedikit kerana low production, high demand.
- Yusuf Taiyoob, owner Malaysian. Pelbagai jenis kurma dari pelbagai negara. Baca box untuk memilih jenis kurma dan country of origin.
- Jika membeli kurma jenis Medjoul, AWAS. Pastikan origin kurma bukan dari West Bank/ Jordan Valley.
• Cek barcode pastikan bkn 729.
• Pastikan tiada tertulis HADIKLAIM. Ni syarikat pengekspot kurma terbesar isfromhel.
• Origin kurma dalam kotak kita terima jika dari Tunisia, Iran, Saudi, Mesir.

Buat masa sekarang, saya prefer untuk elak dulu dari beli apa2 kurma yang berlabeI dari Palestin. Bukan sebab tak support tapi their land are occupied, and destroyed. So most likely bukan milik org plestin punya dah tapi ‘mereka’ itu yg dapat untung.

2. Beli pure butter juga yang tiada kaitan dengan yahud.
(Setakat pencarian ramai, brand Westgold, SCS, Oki, Emborg belum dijumpai kaitannya dengan isfromhel. Yang brand Anc***, Ar**, Lur*** tu saya dah elak selepas pencarian dan terjumpa perkaitan)

3. Ambil pada waktu bersahur sahaja. Please take in moderation, Maksimum 3 biji seorang.
Jangan letak butter berlebihan ya.

Kalau dah makan nasi, sebijik kurma butter cukuplah. Elakkan pengambilan kurma butter pada waktu berbuka kerana kita dah makan pelbagai makanan minuman lain. Ambil kurma tanpa butter dah cukup.

Cara/ Resipi Terbaik Buat Kurma Pure Butter

(jangan guna marjerin ye, hanya pure butter. Pls note that Buttercup/Farmcow/Butterlite adalah blended butter, bukan pure butter. Margerine & blended butter trans fat nya berganda-ganda lebih tinggi, lebih berisiko untuk kesihatan)
  1. Firstly mesti basuh dulu buah kurma. Mesti basuh.
  2. Then potong kurma di tengah, keluarkan biji.
  3. Potong butter mengikut saiz kurma. Preferable butter yang masih sejuk.
  4. Masukkan butter ke dalam kurma.
Boleh disediakan lebih awal, simpan dalam bekas bertutup di dalam fridge supaya pada waktu sahur dah boleh terus makan.

Kalau nak sediakan waktu sahur pun boleh juga. Lepas cuci kurma, keluarkan biji, barulah keluarkan butter dari fridge. Supaya butter tu masih sejuk dan sedap.

(Lebih sedap rasanya apabila makan kurma yang butternya sejuk berbanding makan kurma yang sudah cair butter di dalamnya.)

Jika anak-anak tak gemar makan kurma, cuba buat ni. in sya Allah mereka mintak setiap hari. Dates are very good source of energy especially for kids yang berpuasa dan bersekolah.

Dalam gambar adalah contoh pure butter yang sy guna. Dulu guna jenama An, Sekarang tukar dah.

Important note :
  1. Please take in moderate amount. Maximum 3 biji sahaja.
  2. Sesuai pada waktu sahur, yang memerlukan tenaga berpanjangan.
  3. Elakkan makan kurma butter pada waktu berbuka kerana kita dah makan macam-macam karbohidrat, dan lemak lain.

12 comments:

  1. tak berani lagi nak cuba makan kurma butter ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak cuba lagi. hihi… Tunggu teringin rasa baru cuba.

      Delete
  2. Ya sekarang ni kena tengok juga kurma ni dari negara mana. Jangan beli kurma dari negara Palestin. Most probably yang ambil hasilnya orang Is****

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, begitulah seperti yang dikatakan. Jahat sungguh isfromhell tu kan.

      Delete
  3. Sha pernah cuba.. sedaplah juga.. kena berpada padalah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ye. Tu lah ramai kata sedap tapi saya belum cuba lagi. Ye, kena berpada-pada makan.

      Delete
  4. Lalu lalang kurma butter viral ni , tapi tak teringin nak rasa lagi . Nanti la buat , tapi boleh guna buttercup ke ? Kt rumah ada laa buttercup tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, belum rasa nak mencuba lagi. Tak boleh guna buttercup sebab buttercup bukan pure butter. Ada diterangkan dalam entry di atas.

      Delete
  5. tak penah mkn lagi
    nak try sy bimbang muak dan tak habis pula nnt...
    sekali pandang mmg nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah makan lagi. Kalau nak cuba boleh je try satu Anies. hihi...

      Delete
  6. Saya pernah cuba makan kurma butter tapi setakat sebiji dua saja. Lepas tu tak makan lagi dah. Rasa macam kurang sesuai untuk saya, manis campur lemaknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukuplah kan buat rasa-rasa gitu. hihi..saya tak mencuba lagi. Tak tahulah kena dengan tekak ke tidak nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.