Moreh Dengan Zus Coffee

Lepas tarawih macam nak makan sesuatu lah pula. Terasa nak minum kopi pun ye. Teringat pula biras saya pernah cakap iced watermelon latte Zus Coffee sedap. Macam pelik bukan? Perisa tembikai dengan kopi, macam tak kena? Bila dah cakap sedap, kita pun rasa macam nak cubalah.

Jadi, moreh Zus Coffee lah kita!

Moreh
Jamuan di masjid/ surau dalam bulan puasa Ramadan selepas tarawih.

Saya pilih iced watermelon latte dan encik suami pilih Cheese creme strawberry frappe. Dah pesan air, tak kan tak ada makan-makan. Tambah Korean Mac & Cheese dan Spaghetti Carbonara. Penghantaran dari Foodpanda.

Bagus ye packaging delivery Zus Coffee ni, seal elok. Sebenarnya ini pertama kali beli Zus Coffee menggunakan perkhidmatan penghantaran. Selama ni membeli kopi je pernah, itu pun terus membeli di kedai.

Moreh Dengan Zus Coffee

Semuanya diterima dalam keadaan baik. Tak ada yang tumpah dan tiada kerosakan. Terima kasih rider bawa pesanan dengan berhemah.

Moreh Dengan Zus Coffee

Iced watermelon latte

Rasa kopi latte yang sedap, hujung-hujung baru terasa tembikai tu. Rasa yang tak pelik pun. Sedap!

Cheese creme strawberry frappe

Minuman yang menyegarkan tekak tapi agak manis sikit lah bagi saya. Kalau ada strawberry jem yang fresh mungkin lagi sedap macam strawberry milkshake Senalingbucks.

Moreh Dengan Zus Coffee

Spaghetti carbonara

Agak mengecewakan sikit sebab terlalu kering. Panas pun tak panas sangat. Suam-suam je. Bila gaulkan pun dia macam tak blend sangat. Porsi okay cuma rencahnya tak berapa nak meriah. Nampak macam sosej je ada dan taburan parsley. 

Kalau nak buat rasa-rasa okaylah kot. Chicken & Mushroom Spaghetti CBTL juga yang win. Mahal sikit tapi sedap Tapi tu lah menu tu dah discountinued.

Moreh Dengan Zus Coffee

Korean Mac & Cheese

Hidangan ni agak kena juga dengan selera. Ada rasa pedas tu taklah rasa muak sangat. Cuma ada macaroni yang agak keras sikit, bahagian atas. Mungkin sebab dipanaskan, bukan sebab tak masak. Rasa ngam dah. Sedap juga.

Makanan sebegini dia akan jadi sedap kalau kita makan di kedai. Kalau take away rasa dia berkurang sikit lah. 

Antara menu di atas, bolehlah repeat iced watermelon latte dan mac & cheese. Sempena Ramadan ni ada beberapa cawangan yang buka sehingga awal pagi. Kot teringin bolehlah membeli untuk sahur.


30 comments:

  1. wah.. Gabungan yang unik.. Tembikai dan kopi.. Teringin pula nak cuba..

    ReplyDelete
  2. Saya jadi penasaran semangka dengan kopi apa rasanya 😄. Sayang tak ada zus coffee dj jakarta. Tapi nanti ke KL nak saya coba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam teruja nak mencuba kan...Nanti ke KL jangan lupa cuba ye.

      Delete
  3. oh zus ada juga menu mcm pasta gitu ye...ingat air je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada. Pasta dan pastry. Nasi lemak Pak Nasser pun ada.

      Delete
  4. Ok lepas berbuka nanti nak cari zus order watermelon latte

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan Fiza, makanan jenis kena makan panas ni memang sedap makan di tempatnya. Take away atau delivery dah jadi tak sedap rasanya.

    Syok jugak boleh ngoder delivery moreh. Akak ni duduk di hujung dunia yang tak ada servis delivery 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee, lagi lagi kalau macam char kuetiau tu. Dah kembang tak sedap. Nak asingkan macam tak kena pulak kan.

      Betul betul hujung tu. Nampaknya kena beli awal di Bazar lah gitu kan kak.

      Delete
  6. sukaaa zus coffee. target aidilfitri baru beli. hahaa!

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan cikkak azha tuu., aminn

    ReplyDelete
  8. kelihatan lezat...cheese dan cream makaroni adalah kegemaran mbul pula kak..kalau minumannya yang ada stroberinya nampak sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lazat! Peminat cheese dan cream mesti suka. Strawberry nya sweet and a bit sour.

      Delete
  9. Kreatif dan inovatif sungguhlah orang sekarang ini merekacipta pelbagai jenis minuman. Bukan warna sahaja yang makin bertambah dan berubah tapi rasanya pun turut dipelbagaikan. Asalkan perut boleh terima dengan baik, kira ok lah tu kan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau rasa sesuai dan digemari ramai mesti laris. Alhamdulillah, boleh diterima perut. Licin juga makan.

      Delete
  10. Ya Allah, sedapnya! 😍😍 Habislah, sy dah teringin pulak!

    ReplyDelete
  11. Wah, sempat lagi mengopi lepas terawih. Best, best!
    Baru tahu, ada cawangan buka sampai awal pagi di bulan ramadan. Nanti nak survey Zus sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..terasa nak mengopi, lalu ter order. Ya, saya tengok di ig. Kena check branch mana yang tutup lewat.

      Delete
  12. Ni dah macam menu berbuka. 😅

    Nak cuba jugak air kopi tembikai tu. Tapi sini takde Zus pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kira moreh berat lah ni.
      Nanti² kalau tersinggah Zus bolehlah cuba beli dan rasa.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.