Orang Memberi, Kita Merasa
Beberapa hari lepas encik suami dapat Mixed Nuts Mahnaz Food dari seorang staff. Semua yang ada di situ dapat juga. Balik rumah konon nak surprise kita lah, sorok tangan kat belakang. Ala, benda dah biasa buat macam tu, kita tahu lah ada sesuatu.
Orang memberi, kita merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bulan Ramadan ni memang ramai orang akan mengambil peluang untuk lebihkan bersedekah dan berkongsi rezeki.
Tak sabar nak tunggu berbuka nak makan snek kekacang campuran ni.
Ada sekali ucapan Ramadan Kareem. Sesuai sangatlah dijadikan sebagai hadiah untuk sesiapa juga dan sesuai juga dihadiahkan di bulan Ramadan.
Bagus sangat pek dia ditutup dengan penutup tin supaya kekacang tak lemau masuk angin.
Dalam dah seal tu, kuaci tu rasa lemau sikit. Mungkin sebelum dimasukkan dah lemau dulu. Lemau tak lemau kita makan je. Sedap juga dikunyah-kunyah dengan kacang dan kismis. Pelbagai rasa bercampur dalam mulut.

Baru perasan, kacang pistachio dan gajus tak ada. Kacang favourite tu. Kalau ada pasti lagi cepat habisnya.
Terima kasih yang memberi. Semoga Allah limpahi dengan rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...
Sedap ni buat kudap kudap sambil tgok TV
ReplyDeleteYa, kudap kudap sambil buat kerja pun boleh. hihi...
DeleteSaya ada juga sebekas ni, dah masuk bulan puasa ni tak berpeluang nak makan mix nut ni.
ReplyDeleteLama dah tu diperam. Elok makan sebelum expired. Letak atas meja, malam² boleh buat moreh kudap kudap.
Deletekacangnya beragam ya Kak...mbul pun suka betul dengan pistachio dan kismis. Kalau dalam packaging begini nampak cantik kemasannya
ReplyDeleteYa, macam-macam adaaa. Saya pun suka pistachio tapi tak ada pulak dalam ni. Ya, kemasan cantik sesuai juga diberikan hadiah.
DeleteMakanan Rasulullah... Kismis dan Kekacang
ReplyDeleteYa, dua dua sedap.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki jangan ditolak.
Sedap kan snack begini. Saya belajar makan campuran kekacang dengan kismis sewaktu travel ke Kashmir. Kacang walnut dan kacang badan dikunyah bersama kismis. Memang sedaplah, rasa lemak dan manis.
Alhamdulillah...Sedap bila dua makanan bergabung dalam mulut. Ada orang suka tambah madu.
DeleteMenarik juga snek cam ni kan?
ReplyDeleteYe, menarik juga dan berkhasiat semestinya.
DeleteMenarik packaging-nya 👍
ReplyDeleteMemang sesuai sangat utk dijadikan buah tgn/hadiah 👍
Ya, packaging dia sangat sesuai jadikan hadiah.
DeleteSedapnya tengok :)
ReplyDeleteHihi..peminat kacang pasti tergoda.
DeleteSedap untuk snacking ni..berkhasiat jugak kan....murah rezeki yang memberi
ReplyDeleteYe, sedap dan berkhasiat.
DeleteMudah-mudahan. Aamiin...
Rezeki tu alhamdulilah.
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki di bulan puasa.
DeleteSedap tu
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedap.
Deletemix nut ni bahaya
ReplyDeletebla dah hadap susah nak berhenti
hahahaha
Hihi..tulah, ngap ngap dan sambung ngap lagi sampailah dia habis. sekali hadap je boleh habis. kann...
Deletealhamdulillah rezeki.
ReplyDeletesedap ni buat kudapan
Alhamdulillah...ya, memang sedap dijadikan kudapan.
DeleteMakan sebagai kudapan moreh pun sedap ni.
ReplyDeleteA'ah. Moreh yang ringkas dan berkhasiat gitu.
Delete