Perlu Atau Tidak Daftar PADU? 3 Langkah Mudah Daftar PADU

Sudah daftar PADU? Esok, 31 Mac 2024 jam 11:59 malam merupakan tarikh dan waktu akhir Pendaftaran PADU secara online di Sistem PADU. Kaunter fizikal pula akan ditutup jam 5:00 petang. Persoalannya, Perlu atau tidak daftar PADU? 

Apakah PADU

Pangkalan Data Utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.

Objektif PADU

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar. 

Bagaimana PADU membantu rakyat

PADU berperanan untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.

Infografik 3 Langkah Mudah Daftar PADU

3 Langkah Mudah Daftar PADU

Langkah 1 : Maklumat Asas

Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan No. Telefon Bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

3 Langkah Mudah Daftar PADU

Langkah 2: Pengesahan Akaun

Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui SMS. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

3 Langkah Mudah Daftar PADU

Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (*%$) . Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.

3 Langkah Mudah Daftar PADU

Bagi yang memerlukan bantuan dan mendapat manfaat daripada kerajaan, silalah daftar PADU. Jika rasa tidak layak mendapat bantuan, sila abaikan. Rasanya ramai yang abaikan sebab masih kurang yakin. 

Dan sehingga kini hanya berapa peratus je yang baru mendaftar. Mungkian juga akan dilanjutkan sebab masih belum mencapai matlamat.

Ada juga yang masih ragu-ragu nak daftar ke tidak. Risau juga kan data peribadi bocor. Sebabnya ianya tentang keselamatan maklumat kita. Harapnya pelaksanaan sistem PADU ni diteliti semula seperti kata Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia.

Masih berfikir nak daftar ke tidak, daftar ke tidak?

sumber dan Info lanjut : https://www.padu.gov.my

6 comments:

  1. Ada yang cakap kalau tak daftar padu ni susah nak dapat apa-apa bantuan .m insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana . CCL pun dah daftar melalui kaunter PADU lebih mudah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tak daftar kang tak dapat bantuan. Nak daftar macam risau pulak...

      Delete
  2. saya abru register mggu lps
    memula tu malas juga nak daftar
    tp... buat je laa hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.