Pertama Kali Derma Darah, Berdebar Lain Macam!
Hari Ahad lepas, ada program derma darah di AEON Seremban 2. Encik suami nampak banner tu di facebook dan macam biasalah, dia nak derma darah sebab kali terakhir dia derma darah bulan November tahun lepas.
Sepatutnya dan sebaik-baiknya setiap 3 bulan sekali. Kiranya waktu yang tepat lah kalau dia nak derma darah. Dia ajak saya pergi sekali alang-alang nak beli barang dapur sekali sebelum ke AEON. Sebelum pergi tu saya cakap dengan encik suami, macam nak derma darah jugalah.
Tapi macam takut dan risau pun ada. Risaulah kan takut tiba-tiba ada penyakit pula atau tak layak menderma ke. saya dah lah lama tak check kesihatan. Macam-macam ada dalam kepala otak ni. Dia lebih kepada takut sebenarnya. Takut pitam kalau tengok darah.
Dulu pernah rasa nak pitam bila pertama kali nurse ambil sample darah. Itu baru sikit je sample darah masuk dalam 5 tabung uji. Ini kalau dalam beg darah kecil tu, banyak juga tak tahulah macamana nanti. Berdebar lain macam eh kalau pertama kali nak derma darah.
Itu biasa...Zaman study dulu berani nak derma darah, tapi berat pula tak lepas. Kali ni terlebih berat, kalau taknak derma juga tak tahulah apa nak jadi. Sampai bila nak takut. Beranikan diri jugalah. Awak tu darah O penderma universal. Takkan taknak derma. Eh, ke O- penderma universal. Confused pula.
Proses derma darah
Kaunter 1 : Isi borang
Masa isi borang ni rasa macam yakin sungguh lah. Tak rasa berdebar lansung. Rasa excited adalah.
Kaunter 2 : Check hemoglobin darah
Kaunter 3 : Check blood pressure
Kaunter 4 : Semakan terakhir, maklumat dan dapat buku merah
Sekali tengok encik suami sangkut pula. Lahh tiba je! Ini pertama kali dia sangkut setelah menderma darah berkali-kali. Hemoglobin darah tinggi daripada biasa. Setelah disoal siasat, barulah dia teringat dia ada makan kambing 3 hari lepas.
Itu baru makan rasa-rasa je tau. Bukan makan beria sebab tak makan daging kambing pun. Itu sekadar rasa je. Tapi dia punya kesan, sampai naik macam tu sekali. Padahal dah beberapa hari kot.
Terkejut encik suami sebab tak pernah jadi macam tu. Daging kambing punya pasal tak dapat lah dia menderma. Kena tunggu 2 minggu lagi baru boleh menderma.
Dia yang ajak kita, tak pasal kita sorang je yang menderma. Macam kena scam pula. Encik suami gelakkan je saya.
Okay berbalik kepada niat. Marilah kita derma bagi membantu mereka yang memerlukan. Dah selesai segala dokumen dan screening, jomlah beratur. Masa ni tak nervous lagi. Boleh cool rileks lagi. Rasa macam tak percaya pula seorang Fiza ni begitu berani ye nak derma darah tiba-tiba.
Encik suami teman beratur. Ada kerusi kosong barulah kita pergi. Saya prefer tangan kiri. Risau pula kalau guna tangan kanan nanti tak boleh nak buat kerja. Encik suami terus temankan saya. Sempat gelak-gelakkan kita lagi tu. Eh eh..dia ni karang.
Well done Fiza. Bangga kejap dengan diri sendiri sebab berjaya melawan ketakutan menderma darah. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Kebaikan menderma Darah
- Berupaya untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa.
- Menstabilkan jumlah zat besi dalam badan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta kanser.
- Menjadikan anda lebih cergas dan bertenaga kerana sel darah merah baru akan dihasilkan.
- Membakar sekurang-kurangnya 650 kalori pada satu sesi pendermaan darah.
- Mengetahui keadaan kesihatan fizikal anda melalui saringan kesihatan.
Hehehe.. kita yg dah 3x ni pun nebes setiap kali smpi nurse tanya, pernah derma kan? Sbb tu 3x aje agaknya, dia punya nebes lain macam kan Fiza.
ReplyDeleteHehehe..agaknya nebes tu susah nak hilang. Asyik berlegar legar je kerjanya. Risau pitam agaknya kan.
Deletewowwww..husband fiza kalau ke hospital kerajaan boleh dpt treatment wad kelas pertama. gitukan? kalau tak silap ammi gitulah dulu ganjarannya...lebih berapa puluh kali dia dpt 1st class treatment.
ReplyDeleteammi kan...at the age of 45 ni belum pernah sekali pun menderma. dulu pernah try nak derma, dah isi borang bagai bila diinterview ehhh tak layak sbb baru lepas kena chicken pox. pastu kali kedua, tekanan darah rendah pulak....pastu terus terencat. Ammi pun O+
Ya, begitulah. Banyak kelebihan dia boleh dapat sebab lebih 30 kali dah.
DeleteMaknanya belum sampai masa lagi tu. Mana lah tahu kot nanti one day tergerak hati nak derma dan layak pulak.
Bagusnya derma darah. Saya penakut. Haha. Hubby saya menderma darah juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat menyumbang sedikit. Mulanya penakut juga tapi beranikan diri jugalah. Mungkin lepas ni akak boleh cuba juga. Bagus tu menderma darah.
Deletesaya pernah kena amik dari 450ml.. memang nak pengsan la cerita dia 😂 lama juga saya kena baring.. baru2 ni nak derma pun tak lepas.. bukan hemoglobin je rendah, darah cair terus 😅
ReplyDeleteUishh macam banyak tu. Boleh ye kalau ambil lebih. Mungkin lebih ambil jadi nak pengsan kot kan. Alamak, tak ada rezeki nak menderma lah tu nampaknya.
DeleteWah..hebat. kiter tak pernah derma darah sebab berat tak cukup. tapi sejak kahwin berat dah almost 50 ni, bolehla cuba nanti. darah O+ jugak. O- tu darah rare
ReplyDeleteHaa..dah lebih 45 kira boleh dah tu Sal. Ohh darah O- tu rare ye.
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah Fiza dah berjaya derma..
ReplyDeleteSha pernahlah mencuba nak derma tapi tak berjaya sebab hemoglobin darah tak cantik.. huhuhu..
Alhamdulillah..Terima kasih.
DeleteTakpe, nanti ada rezeki hemoglobin ok bolehlah menderma.
bestnya dpt derma darah..dulu2 pernah try derma darah, tp nurse ckp x boleh sbb darah x cukup...2x try dalam tempoh masa yg berlainan..jarak 2-3 thn kot time tu..x dpt jugak...xde rezeki nak bg org darah...huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah..Ohh macam tu. Mungkin belum ada rezeki untuk menderma.
Deletealhamdulillah , derma darah mampun menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 nyawa .
ReplyDeleteAlhamdulillah...ye betul, sekurang kurangnya kita dapat membantu.
Deletebravo fiza!
ReplyDeletesy tak penah buat
sejenis yg takut darah
heehehehe
Alhamdulillah..berjaya juga. hihi..mulanya saya macam tu jugak. Risauuu...
DeleteBagus sangat ni Fiza, pahala pun dapat. Kalau dapat duit bila derma lagi best kan hihihih
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteHihi..best tu memang best lah kalau dapat duit. Tapi tu dah kira menjual pulak, tak dikira pahala sudah.