Rindu Kasih 2 Episod Akhir, Mungkinkah Ada Sambungan Rindu Kasih 3
Amir
Amir nak dermakan hatinya untuk Fayyad menggantikan Ina disebabkan hati Ina tak sesuai. Halijah tak izinkan, tak bagi Amir dermakan hatinya. Amir tetap dengan keputusannya untuk selamatkan Fayyad. Sebelum Amir mendermakan hatinya, dia sempat minta izin dan minta maaf pada Halijah.Dalam perjalanan ke hospital, Hisyam datang ke rumah Amir menculik Halijah. Hisyam ugut Amir nak bunuh Halijah kalau Amir masih nak teruskan berkahwin dengan Ina. Amir tak jadi ke hospital. Dia pergi jumpa Murni dan Mak Ngahnya bertanya dimana Hisyam. Mereka pun tak tahu.
Salina
Salina menolak pinangan Hisyam yang disampaikan oleh Murni. Ina akhirnya menerima lamaran Amir untuk rujuk semula.Hati Ina tak pernah berubah, abang. Walaupun Ina pergi jauh, abang tetap bertakhta di hati Ina. Takkan ada lelaki lain boleh ganti abang. Ina terima.
Pada hari pembedahan Fayyad. Ina dapat panggilan daripada Amir, dia dalam perjalanan ke hospital. Kemudian selepas Hisyam mengugut akan membunuh Halijah, Amir terpaksa memberitahu Ina yang dia tak jadi dermakan hati dan menyuruh Ina kahwin dengan Hisyam.
Luluh hati Ina. Dalam masa yang sama, doktor memberitahu yang Fayyad tidak dapat diselamatkan. Murni datang berjumpa dengan Ina, bertanyakan tentang Fayyad. Ina masih tidak boleh terima kenyataan yang Fayyad sudah tiada.
Murni rasa serba salah untuk bagitahu Ina yang Amir juga telah meninggal. Bila Murni bagitahu Ina, Ina anggap Murni bergurau dan tidak bercakap perkara yang bodoh. Sudahlah kehilangan anak, kehilangan juga orang yang di sayangi. Berjurai-jurai air mata Ina dan Murni. Terasa sedihnya tu!
Halijah
Masa Amir bagitahu yang dia akan dermakan hatinya pada Fayyad, Halijah sangat marah. Lalu dia pun pergi jumpa Ina di hospital dan marah Ina sebab biarkan Amir dermakan hatinya pada Fayyad. Sampai menyumpah-nyumpah lah Halijah tu dengan Ina.Halijah teruk dipukul oleh Hisyam. Amir, anak kesayangannya ditikam Hisyam di depan matanya sendiri. Halijah masih tidak dapat menerima Amir telah tiada. Dia jadi gila. Masa pergi jeti tu dia berhalusinasi panggil Amir dan jatuh ke dalam air. Halijah meninggal dunia.
Hisyam
Akibat cinta tak dibalas, Hisyam sanggup bertindak diluar jangkaan. Sudahlah Murni di pukul sebab pinangannya ditolak. Padahal bukan salah Murni. Ina pun dah bagitahu Hisyam yang dia hanya sayangkan Amir seorang. Tidak ada sedikit pun sayang dia pada Hisyam. Lagilah Hisyam mendidih dengar.Itu yang dia menculik Halijah dan mengugut Amir sampai sanggup tikam amir sampai mati. Akibat dendam, buruk jadinya.
Murni
Murni bertemu Hisyam di penjara dan minta fasakh. Dia tak tak rela nak menjadi mangsa pukul Hisyam lagi dan mungkin kasih sayang pada Hisyam dah tiada.Ending
Tamat.
Persoalannya, siapakah yang memberi salam pada Ina? jeng jeng jeng. Mesti ada sekuel ni nanti. Tapi macam tak syoklah Amir dan Fayyad dah tak ada. Watak Halijah, mak mentua dari neraka watak penting juga buat orang geram.
Nilai moralnya, jangan simpan dendam. Dendam tak akan bawa kemana-mana. Buruk padahnya dan hati tidak akan pernah tenang. Sebaliknya, memaafkan dan berlapang dada.
Penulis skrip kena perah otak nak cari siapa pulak watak antagonis lepas ni. 😄
ReplyDeleteHaa kann...agak mencabar nak meneruskan legasi drama ni dengan banyak watak tak ada.
DeleteBg CCL drama ni memang best . Dah follow dari musim pertama lagi .
ReplyDeleteKann...samalah, tengok dari musim 1 lagi. Itu yang follow musim 2 ni.
Deleteyg season 1 pun x tgk fiza😁tapi sy amik tahu jg laa cerita ni smpi ending dia dulu viral jg kan....
ReplyDeleteTahu ending tu kira into the scene jugalah. Ya, sebab viral ramai juga yang layan.
Delete