Safety Pins Yang Lebih Mesra Tudung

Saya memang sejenis tak boleh pakai brooch. Dulu masa zaman study suka pakai bawal atau shawl yang kena pin bawah dagu. Tapi sejak alahan dengan brooch terus tak pakai dah brooch dan tak pakai dah style macam tu.

Kalau pakai bawal pun, pakai safety pins. Safety pin dalam bahasa melayu dipanggil apa ye? Pin baju ye? Yang macam pin lampin baby tu. Dulu saya pakai yang tu. Pakai yang saiz mini. Dia kan ada banyak saiz. 

Lepas tu naik taraf sikit pakai safety pins jenis bentuk pear tu, lagi mesra tudung sebab dia tak akan tersekat pada bulatan hujung tu. Nak pin tudung berlapis lapis pun tak ada hal. 

Tapi lepas tengok ada design yang lagi mesra tudung, terus beli yang jenis lagi comel ni. Dia macam safety pins design asal tapi tak ada bulatan simpul. Jadi, lagi mesra tudung lah kan.

Safety Pins Yang Lebih Mesra Tudung

Pin pun tajam. Tak risau tudung tersangkut ke apa. Murah pun murah. Serbaguna pula tu. Senang nak pin bawah dagu atau nak kemaskan tudung kiri kanan bahu. Kalau pakai tudung hitam tak nampak sangat. Dia macam kemas. 

Tapi kalau pakai tudung warna lain, kena pandai-pandai soroklah bagi tak nampak warna hitam. Setakat ni saya nampak warna hitam je tak ada warna lain. 

Saya pakai pin ni kalau pakai tudung bawal. Kalau pakai shawl, tak pakai jenis pin di dagu. Pakai untuk kemaskan atas bahu. Pin lipatan shawl kiri kanan guna micro pins lebih bagus berbanding jarum peniti.

Safety pins untuk casual okaylah. Kalau ada event, kenalah pakai brooch yang sesuai. Untuk kemasan tersorok okay lagi lah kan. Boleh beli di shopee je.

14 comments:

  1. setuju.. kalau kasual ii pun zaty prefer pakai yang macamni sebab lagi selamat dan selesa. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..lebih mudah, kemas dan tak merosakkan tudung gitu.

      Delete
  2. Cantik mini safety pin tu . Hari tu masuk DIY CCL jumpa warna gold, silver, rose gold . Saiz kecil juga . Warna hitam ni tak ada pulak , tak pasti sama ada habis or memang xmasuk DIY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada ye kat MR.DIY jenis macam ni. Biasa jumpa yang jenis design lama tu ada bulatan kecil hujung tu. Design macam ni macam susah nak jumpa.

      Delete
  3. Replies
    1. 1 box ada 30pcs. Tinggal ni je sebab ada letak tempat lain n share dengan orang lain juga. hihi...

      Delete
  4. Kak Fiza, saya malah tak bisa pakai safety pins ini 😂😅. Apa saya yg salah pakai yaa? Terasa sakit di leher. Akhirnya saya prefer pakai jarum. Lebih pas buat saya 😅. Dan tak terasa longgar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai bawal je saya pakai ni. Mungkin kena pakai longgar sikit kot. Kalau pakai shawl saya pakai untuk kemasan di bahu je. Kiri kanan di muka saya guna jarum, macro pins. Ye, pakai jarum lebih selesa kan...

      Delete
  5. Akak pun pakai safety pin juga. Tapi jenis biasa. Suka sebab dia tajam, bole secure tudung dan baju bila lari, tak kan tertanggal. Berbanding guna brooch, kadang tengok eh, kepala dah tertanggal, tinggal pin belakang. Kepala dia yang bunga tu, suka tercabut. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. cuma jenis biasa tu kadang tersangkut fabric kat bulatan dia tu. Tu yang guna jenis macam ni. Guna brooch jenis ada batu tu lagilah, sikit sikit hilang batu dia. Kann...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.