Selamat Hari Hutan Sedunia/Antarabangsa 2024
Selamat Hari Hutan Sedunia/Antarabangsa 2024. Dalam bahasa Inggeris juga dikenali dengan Happy International Forest Day, World Forestry Day, International Day of Forests. Banyak nama juga ye sambutan Hari Hutan ni.
Memandangkan kita ni pencinta hutan, suka masuk hutan, suka hiking. Jadi, sempena Hari Hutan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Hutan 2024. Geng hikers pasti rindu nak hiking bila bulan puasa. Tapi ada je hikers tegar hiking juga di bulan Puasa ni.
Memandangkan kita ni pencinta hutan, suka masuk hutan, suka hiking. Jadi, sempena Hari Hutan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Hutan 2024. Geng hikers pasti rindu nak hiking bila bulan puasa. Tapi ada je hikers tegar hiking juga di bulan Puasa ni.
Bila kita masuk hutan, dekat dengan alam semulajadi boleh dijadikan sebagai satu terapi diri untuk kesihatan mental. Melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah membuatkan kita rasa tenang menikmatinya.
Jagalah dan sayangilah hutan kita. Masuk hutan, jadilah manusia yang bertamadun jaga alam sekitar dan jangan buang sampah merata-rata.
Hari Hutan Antarabangsa (HHA) ini disambut sebagai simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
Hari Hutan Antarabangsa (HHA)/ Sedunia
Hari Hutan Antarabangsa (HHA) disambut pada 21 Mac pada setiap tahun. Penetapan tarikh tersebut mempunyai perkaitan dengan hari pertama Musim Bunga di Hemisfera Utara. Musim Bunga merupakan masa di mana cahaya matahari dapat dirasakan sepenuhnya selepas melalui tempoh Musim Sejuk dan pokok-pokok mulai menghijau semula dan berbunga.
Hari Hutan Antarabangsa (HHA) ini disambut sebagai simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
Selamat hari hutan sedunia.
ردحذفMari kita bersama-sama menjaga hutan untuk melestarikan alam sekitar
Marilah kita.
حذفSelamat Hari Hutan Sedunia!
ردحذفYa, Selamat Hari Hutan Sedunia.
حذفselamat hari hutan sedunia
ردحذفSelamat Hari Hutan Sedunia.
حذفRindu nak masuk hutan. Sejak pindah Perlis belum sempat cari hutan.
ردحذفTapi kawasan rumah akak ni pun dah macam duduk di pinggir hutan 😅
Kena mula cari port hiking menarik di Perlis tu Kak Ujie. Nanti² ada masa boleh pi. Akak jalan pagi pagi tu kira dapat jugalah bau hutan, lepas rindu hutan.
حذفjom sama2 jaga hutan utk generasi akan dtg
ردحذفBetul tu. Marilah kita.
حذفSelamat hari hutan. Suka tengok pekerja tanam semula pokok kat bukit bukau lepas ditebang.
ردحذفBagus juga tanam semula dari dibiarkan togel. Sejuk sikit ada pokok² ni.
حذفSelamat Hari Hutan Sedunia.
ردحذفSama-samalah kita berusaha untuk melestarikan alam sekitar.
Mudah-mudahan terus hidup sihat, dapat bekalan oksigen segar setiap hari.
Aamiin...
حذفSemua benda hidup saling bergantung dan dapat hidup harmoni.
Kalo tak baca ini, saya mungkin tak akan ingat hari hutan sedunia 😅. Tapi baguuus lah kalo sampai dibuat hari khusus macam ni. Supaya orang2 sadar pentingnya menjaga hutan. Banyak perusahaan yg membumihanguskan hutan hanya utk kepentingan pribadi 😞. Membuat iklim jadi berubah, banjir di mana2. sedih lihat dan baca beritanya
ردحذفPentingnya awareness menjaga hutan ni. Paling tak bagus jika banyak pokok ditebang untuk pembangunan. Banjir, panas, tanah runtuh dan banyak lagi kerosakan berlaku.
حذف