Stok Sambal Geprek Untuk Bulan Puasa

Buat sambal geprek bukan bila tiba bulan puasa Ramadan je. Memang kena sentiasa kena ada stok dalam peti ais tu. Tak ada sambal, kurang sikit selera makan. Ada sambal, laju menyuap. Tahu-tahu nasi dah nak habis. Tapi tak ada lah sampai bocor periuk nasi. 

Sejak mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sikit, kita kena kurangkan makan nasi. Kurangkan karbo selain kurangkan manis. Kurangkan garam pun perlu juga. Nasi pun saya masak nasi guna kaedah kukus tu. Beli portable rice steamer yang ada pemegang tu dan guna periuk nasi biasa. 

Cara masak letak air dalam periuk nasi, basuh beras dan letak dalam steamer. Lepas tu letak dalam periuk nasi berisi air. Masak macam biasa. Nanti kanji tu kurangkan sikit bila di kukus. 

Nasi pun masak elok tanpa kerak dan lebih lembut. Saya guna beras basmathi rebus, bebas gluten dan bebas kolestrol jenama ecoBrown's (Sella Cream) di labelnya. 

Eh, cerita nasi pula dia. Nak cerita sambal tadi kan seperti tajuk yang ditaip.

Tahun lepas rajinlah sikit saya potretkan sambal geprek dengan props. Tahun ni ala kadar asal boleh je. Malas nak setup props bagai. Dia kalau dah malas, jangan disuruh.

Stok Sambal Geprek Untuk Bulan Puasa

baca juga

Sambal geprek ni kena sentiasa ada sebabnya memudahkan kerja masak dan tak perlu fikir banyak. Lauk Ramadan sama je macam lauk menu harian biasa. Lauk ringkas tapi menyelerakan gitu. Tahun ni malas nak kongsi menu Ramadan sebab menunya sama je tiap tahun.

Lauk yang biasa saya masak, ikan goreng dan ikan singgang. Memang kenalah lauk dua ni lawan dengan sambal geprek. Lepas tu sayur tak masak dah, ada ulam tenggek burung pun dah cukup. Tak perlu tumis bagai. Encik suami pun berulamkan butterhead lettuce je sebab dia tak suka ulam tenggek burung.

Sesekali ada juga tumis sayur lain. Paling best ikan goreng bergabung dengan lauk kobis masak lemak putih. Ngam betul! Ada pula tu sambal geprek. Nikmat sungguh! Kann...

Sekarang dah kurang makan ayam sebab baru-baru ni macam gatal-gatal kalau makan ayam. Tak tahu lah kenapa. Tiba-tiba je. So, kami kurangkan makan ayam dan makan ikan je lah sekarang ni. Lebihkan protein ikan je dan telur rebus. Ayam tu sesekali bolehlah.

Apa-apa yang bergoreng ni memang sedaplah makan dengan sambal geprek. Sebab tu wajib ada stok. Ramadan kali ni saya buat lebih sikit. Bekas besar untuk anak buah yang duduk dengan kawan-kawannya. Saja bagi mereka stok untuk bulan Ramadan ni.

Padu sambal ucu katanya. Podeh! Ada yang serik nak makan lagi. Gelak je bila anak buah bagi feedback. Duduk bujang ramai-ramai kan, dapat sambal ni dengan ikan goreng. Memang sedaplah cerita dia. Siap kata boleh repeat. 

Macam ni Ucu boleh buat berniaga ni. Hihi...Saya tak ambil order tau! Bagitahu siap-siap. 

Satu bekas pun dah selamat bagi mak mentua. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki di bulan Ramadan. Kita malas nak beli sebab kadang tak kena dengan tahap kepedasan kita. Buat sendiri boleh ikut selera kita.

Ada orang tak rajin buat, beli je. Ikutlah masing-masing punya kemudahan macamana. 

36 comments:

  1. Sedap juga makan sambal ni dengan nasi panas2. Buat banyak2 ni senang nak masak kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, baru berselera makan kak. Itu yang sentiasa buat stok.

      Delete
  2. Ada sambal barulah berselera, menambah2 nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, wajib ada sambal kan wak. Baru berselera makan.

      Delete
  3. Senang dah ready made kan... Makan waktu sahur pun sedap ni.

    ReplyDelete
  4. Ok panjang intro pasal nasi tapi bagus info yg berguna.. kalau time rajin mmg suka buat sambal geprek ni.. siap berperisa lagi hihii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. terbebel panjang pulak.
      wahh rajin betul tu siap berperisa.

      Delete
  5. Sedapnya! Kena buat juga sambal geprek ni buat stok dalam peti ais

    ReplyDelete
  6. Alahai nak buat tak pandai, kenalah cari nasi ayam penyet dengan sambal geprek petang nanti. Terima kasih kerana bagi idea berbuka. Nampak menjadi sangat sambalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai buat, belikan je senang.
      Alhamdulillah, kena dengan selera sendiri.

      Delete
  7. Rajin Fizah buat banyak. Baik buat sendiri, kan. Beli, mahal juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, buat banyak sikit daripada biasa. Senang banyak sikit stoknya. Ada yang lebih boleh kongsi dengan family.
      Betul, beli pun boleh tahan juga harganya.

      Delete
  8. Paling best ikan goreng bergabung dengan lauk kobis masak lemak putih. Ngam betul! Ada pula tu sambal geprek. Nikmat sungguh! Kann...

    Iyaaa, setujuuu! cuma ku tak makan pedas. hehe! dan tak pandai makan sambal camni. Sambal belacan makan tapi jika over pedas, putus rasa nikmat sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan goreng dengan kobis masak lemak putih memang ngam sangat kan.

      Hihi..faham sangat. Kalau tak makan pedas jangan cuba cuba makan. Terus serik nak makan sambal kan.

      Delete
  9. Betul kalau ada sambal ni senang bila dah lewat, bila malas, bila tak ada idea dll lagi. Belum buat sbb ada stok sikit lagi. Saya buat tak pedas sangat sbb memang tak kuat pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, senang kerja masak. Bila buat sendiri dapatlah kita adjust tahap kepedasannya kan kak.

      Delete
  10. Saya juga selalu stok sambal. Tapi tak hanya sambal geprek ini, kadang sambal petai, sambal Gandaria, pokoknya harus ada yg pedas saja di kulkas 😄. Kalo sedang malas, beli lah yg sudah jadi. Lebih ringkas juga

    Sekarang ada rice cooker yg memang mengurangi kandungan gula sampai 60% kak. Saya pakai itu soalnya. Jadi lebih tenang saja makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh pelbagai jenis sambal. Yang penting sambal buat penambah selera kan. Ya, kalau malas tak ada masa beli je.

      Saya guna cara tradisional je lah sebab dah ada 2 rice cooker di rumah, moden dan lama. hihi...

      Delete
  11. Memang buka seleralah kalau ada sambal ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau tak ada rasa kurang berselera gitu kann...

      Delete
  12. Teringat entri lepas-lepas sis fieza ada share juga cerita sambal geprek ni . Memang kalau ada sambal geprek ni semuanya jadi mudah , kalau lewat bangun sahur pun ada sambal ni dah jadi penyelamat . Makan dengan telur goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang ada banyak share pasal sambal geprek ni. hihi...
      Betul, jadi mudah kerja masak dan tak pening nak buat sambal dah. Makan dengan apa pun sedap. Buat tumis tumis pun boleh.

      Delete
  13. ada stock byk mcm ni senang nk masak..nk2 bln ramadhan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, senang nak masak dan juga cicah makanan yang sesuai. Betul, bulan Ramadan wajib ada.

      Delete
  14. psssttt ada lagi tak?
    nak dtg ni
    hahahaha

    ReplyDelete
  15. Memang menyihatkan sungguh hasil nasi kukus yang Fizah amalkan ini.
    Cerita tentang sambal memang rasa tak lengkap hidangan kalau tak ada sambal kan.
    Saya pun kalau rajin memang siap-siap buat sambal lebih, tapi setakat sambal tomato sajalah. Nak makan dengan apa pun boleh, tak semestinya cecah dengan ikan atau ayam goreng saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terpengaruh dengan orang yang mengamalkan diet di TikTok. Ya, sambal tu wajib. Mana yang sesuai tu, kita kawankan lah dia.

      Delete
  16. Alhamdulillah. Murah rezeki bulan puasa ni. Saya kalau ada kerajinan melampau baru buat macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Nak buat ni kena rajin sikit sebab ambil masa lama nak siapkan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.