Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan
Kami pergi lepas solat tarawih, sampai je KOMBES macam gelap je kawasan balapan tu. Lepas satu pusingan, rupanya pukul 10 malam baru bukak lampu di bulan Ramadan ni. Masa kami sampai pun tak ramai orang macam biasa. Masing-masing tak habis tarawih lagi kot.
Awal bulan puasa haritu memang tak larat. Hari pertama dan kedua tumpas, lansung tak workout. Bulan Mac banyak rompongnya. Bulan lepas dapat perfect February. Kurang sihat, salah satu faktor tak mampu nak full ring setiap hari. Rompongnya setakat ni 7 hari. huhu...
Kecewa dengan diri sendiri bila mengenangkan.
Kenapa saya target 7500 steps? Sebabnya nak menyahut weekly challenge AIA Vitality ni lah. Gigih nak kumpul points untuk tukar status bronze ke silver dan dapatkan device cashback yang encik suami hadiahkan bulan Februari lepas.
Note
5000 steps : 25 points
7500 steps : 50 points
12500 steps :100 points
Nak dapatkan 25 points tu pun bukan mudah ye. Jenuh juga nak dapatkan 5000 steps. Tapi kalau dah biasa hari hari workout buat cardio ke, 30 minit dah boleh dapat dah. Nak lebih fun, zumba je sambil dengar lagu.
Setakat ni berjaya mencapai weekly target. Dan bila berjaya capai, dapatlah cashbacknya. Untung sangat kan. Sihat dapat, cashback pun dapat. Ini salah satu punca pembakar semangat. Cashback ni dalam masa 2 tahun.
Kira berbaloilah kan. Bagus sangat ada program macam ni. Awareness untuk kita jaga kesihatan. Sekurang-kurangnya ada pergerakan yang kita buat untuk jaga kesihatan. Pemakanan pun kena jaga juga.
Bulan Ramadan bukan alasan untuk kita tak beriadah. Kalau tak larat siang, lepas tarawih malam pun boleh. Kita enjoy je beriadah santai-santai. Sakit pun tak melunturkan semangat. Kudos dearself! Ayuh bersemangat!
All the best and keep it up Fiza 👍
ReplyDeleteThank you Kak.
DeleteAlhamdulillah, betul tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah...buat mana termampu.
DeleteBetul . Briskwalk pergi bazar tak pun boleh briskwalk pergi masjid even tempat-tempat tu dekat ngn rumah @ tempat kerja
ReplyDeleteYa, janji ada pergerakan gitu.
DeleteMoga Fizah terus konsisten beriadah. Suami pun ikut menyokong ye.
ReplyDeleteIn syaa Allah akan tercapai target.
InshaAllah.Ye, kami sama-sama beriadah.
Delete