Bab 4 : April 2024
1 April 2024 bersamaan dengan 21 Ramadan 1445H. Ramadan menghampiri di penghujung. Dari bulan Mac bertukar April. Begitu pantas masa yang berlalu. Masa memang tak menunggu kita. Kita yang kena kejar masa.
April 2024
Aura raya dah terasa. Tapi rasa macam suram raya ni. Apa yang berlaku di Palestine, harga barang naik, perbelanjaan meningkat, masalah ekonomi dan macam-macam lagi lah.Persiapan raya
Rata-ratanya buat persiapan ala kadar je. Yang penting 1 Syawal diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran walaupun kehilangan orang tersayang tetap dirasai.1 Syawal 1445H, Hari Raya Aidilfitri 2024
InshaAllah kita akan meraikan 1 Syawal 1445H, Aidilfitri pada 10 April 2024 nanti. Atau kita kena bersedia untuk raya terkejut sekali lagi? Kita nantikan saja pengumuman.Tarikh tengok anak bulan
Tapi tarikh tengok anak bulan Syawal 1445H/ 2024 akan diumumkan pada petang hari Selasa, 9 April 2024 bersamaan dengan 29 Ramadan 1445H. Jadinya tak mungkinlah raya 9 April kan. Kita tunggu je lah pengumuman.
Apa-apa pun buat persiapan awal tak kalut.
Tol percuma 2 hari sempena Hari Raya 2024
Kadar percuma tol selama dua hari bermula hari Isnin, 8 April 2024, jam 12.01 tengah malam sehingga hari Selasa, 9 April 2024, jam 11.59 malam.Jangan lupa muat turun/dowload PLUS app untuk tengok CCTV highway, boleh merancang perjalanan balik kampung.
Berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat. Kalau penat, rehat. Kalau mengantok, berhenti dan tidur sekejap. Siapa yang ke Selatan, dah boleh singgah R&R Seremban yang baru siap di renovate tu. Besar dan menarik designnya.
Cuti sekolah Raya Aidilfitri 2024
Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, KPM telah menetapkan cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 mengikut kumpulan A dan kumpulan B. Dimana setiap kumpulan dbierikan cuti selama 9 hari berdasarkan hari hujung minggu.Kumpulan A
Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
5 April 2024 - 13 April 2024
5 April 2024 - 13 April 2024
Kumpulan B
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya & WP Labuan
6 April 2024- 14 April 2024
kredit : sumber
—Page 92/366
Never get too busy making a living that you forget to make a life.
It's the little memories that will last a lifetime.
Cuti umum/ Public holidays April 2024
10 April – Hari Raya Aidilfitri 2023 (Cuti Umum)
11 April – Cuti Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
11 April – Cuti Hari Raya Aidilfitri (Cuti Umum)
15 April – Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)
26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)
Sambutan pada bulan April
1 April – Sambutan Hari April Fools (April Fools Day)2 April – Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)
7 April – Sambutan Hari Kesihatan Sedunia (World Health Day)
12 April – Sambutan Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa (International Day of Human Space Flight)
15 April – Sambutan Hari Senyap Sedunia (Day of Silence)
15 April – Sambutan Hari Berdialog (Day of Dialogue)
17 April – Sambutan Hari Hemofilia Sedunia (World Hemophilia Day)
22 April – Sambutan Hari Bumi (Earth Day)
23 April – Sambutan Hari Buku Sedunia (World Book Day)
25 April – Sambutan Hari Malaria Sedunia (World Malaria Day)
25 April – Sambutan Hari Penguin Sedunia (World Penguin Day)
26 April – Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia (World Intellectual Property Day)
29 April – Sambutan Hari Tarian Antarabangsa (International Dance Day)
30 April – Sambutan Hari Jazz Antarabangsa (International Jazz Day)
Good morning sis fiza . Salam bulan April ..betul sambutan raya kali ni sederhana . Persediaan raya CCL pun tak ada lagi ni ..baju raya ..kuih raya ..
ReplyDeleteEh baru tahu bulan April ni macam -macam sambutan yang ada . Tenkiu share info bermanfaat
Morning. Kita bersederhana je lah tahun ni nampaknya kan.
DeleteYe, macam² sambutan adaa...
sama²
Mekasih, share tarikh cuti sekolah sempena raya tu. Akak pun tak tahu.
ReplyDeleteCepat kita dah penghujung ramadan ye, Fizah.
Sama² Kak Nur.
DeleteYa, cepat betul masa berlalu kan kak.
saya, apa2 persiapan raya tak buat lagi
ReplyDeletebiasa laa tu last min
penah beli baju raya pd malam raya...
ok je... hehehe
Ada masa lagi Anies. Biasalah tu kan, last minit.
Deletecuma tu laa
Deletekalau last min
ada benda yg kita nak
tapi dah habis
hehehe
Tulah tu. Tapi yang untungnya, dapat harga mur mur. Kann...
DeleteBalik raya kali ini memang compom pergi dan balik jem padat sebab cuti sekolah cuma seminggu je...
ReplyDeleteConfirm tu kak Dana. Rasanya Jumaat dah start jem.
DeleteJaman wak kecik2 dulu2 tarikh 01 April setiap tahun sangat ditunggu2
ReplyDeleteOrang panggil April Fool
Kita boleh gurau apa saja kat orang lain dan dia tak boleh marah kalau kita sebut april fool tu
Ye, wak. Sambutan April Fool bukan budaya kita sekarang.
DeleteTak sabar nak raya hehe
ReplyDeleteSemestinya. Nak kumpul ramai-ramai.
DeleteAnak2 dah besar, memang ala kadar je. Kami pun berjaya di rumah mak dgn kakak belah suami. Rumah sendiri tak ada orang datang.
ReplyDeleteSamalah kita kak, rumah sendiri tak siap apa pun sebab tak ada orang datang. Kita pun beraya di kampung.
DeleteSekejap je kan dah nak raya, ramadhan dh nak tinggalkan kita.
ReplyDeleteIyee..cepat sungguh masa berlalu kan.
DeleteWah! Lengkap info ni...
ReplyDeleteBoleh guna mana yang berkaitan. hihi...
DeleteSyukur.. Alhamdulillah..bertemu lagi April 2024. Alhamdulillah..Moga yang baik baik saja menuju ke Hari Raya..Moga Selamat semuanya...Aamin!
ReplyDeleteAlhamdulillah..dipanjangkan umur bertemu Ramadan lagi.
DeleteSemoga yang baik baik dikedepannya. Aamiin...
Di sini raya tgl 10 April kak. Libur anak2 start tgl 4-15 April.
ReplyDeleteTapi saya tak bisa mudik seperti tahun2 lalu, Krn asisten saya pulang kampung dan nanti tak ada yg jaga kucing2 kalo kami juga mudik 😄. Dah laah raya Kat jakarta saja.
Lagi awal cuti tu. Seronoklah dapat cuti awal. Di sini masih tunggu pengumuman pada 9 April. Raya 10 jugak rasanya kalau 9 April baru tengok anak bulan.
DeleteOhh ada kucing² ye. Kena hantar hotel macam tu. hihi...
Raya sederhana je tahun ni.....
ReplyDeleteSamalah kita.
Delete