Derma Darah di Bulan Ramadan
Semalam, encik suami menyatakan hasrat nak menderma darah sebab ternampak banner di facebook. Saya cakap, nantilah tunggu bulan Jun boleh derma sama-sama sebab bulan lepas saya baru derma darah. Dia kata lama dia tak derma darah, last bulan November 2023. Jadi kena derma lah.
Bulan 6 nanti boleh je derma darah sama-sama sebab ada gap 2 bulan pun okay katanya. Dah kata camtu, kita pun okaylah. Lepas berbuka terus pergi ke Pusat Derma Darah di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban sebab sampai pukul 10 je masa dia. Lewat sikitlah bertarawih.Biasanya derma darah siang. Tapi sebab bulan Ramadan banyak program derma darah buat malam. Ye lah kan, risau nanti memudaratkan pula kalau di siang hari berpuasa.
Saya pertama kali sampai sini. Encik suami dah berkali-kali sebab biasanya dia akan derma darah disini. Dah tahu selok beloknya. Ingatkan tak ramai yang menderma darah bulan puasa ni.
Tapi saya silap. Ramai juga yang datang untuk menderma darah. Bukan hanya orang Islam Melayu, kaum Cina pun ada. Kejap kejap ada je yang datang. Alhamdulillah...bagus ramai yang suka menderma darah.
Lepas isi borang di meja luar, masuk dalam untuk check darah, daftar dan jumpa doktor. Bila semuanya OK barulah derma darah. Tak lama saya menunggu, tahu-tahu dah siap je.
Lepas isi borang di meja luar, masuk dalam untuk check darah, daftar dan jumpa doktor. Bila semuanya OK barulah derma darah. Tak lama saya menunggu, tahu-tahu dah siap je.
Kali ni derma darah bukan setakat dapat air mineral, air kotak dan biskut tiger macam biasa tu. Dapat juga bekas tipuware yang comel. Bolehlah kan buat bekas-bekas jajan ke apa.
Alhamdulillah...Bertambah 1 lagi rekod untuk encik suami kali ke-35 derma darah. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan.
3 tahun lepas nak derma tapi doctor kata darah kurang sihat. Sebelum2 ni ok je.
ReplyDeleteMungkin masa tu belum rezeki nak derma darah lagi. Boleh cuba lagi kot-kot tiba tiba lepas pula kan.
DeleteWahhh.. best goodie dia laaa. Kita baru 3 kali kot derma.
ReplyDeleteBest pulak kan dapat macam ni. Okay lagilah tu 3 kali. Saya baru sekali tu je lah.
DeleteWah bagusnya derma darah ni. Kita nak ambik darah pun takut.....
ReplyDeleteAlhamdulillah…
Deletehihi…faham sangat. Ada orang boleh pitam tengok darah kan.
Siap dapat Tupperware comel lagi tu
ReplyDeleteItulah tu. Untung betul dapat.
Delete