Filem Sheriff (2024) di Pawagam 18 April
Dah tengok Filem Sheriff: Narko Integriti? Baru 5 hari ditayangkan di pawagam bermula 18 April 2024, kutipan dah cecah 16.3 Juta! Selepas 7 hari dah 22.1 Juta. Sheriff dah lawan rekod Mat Kilau selepas hari pertama ditayangkan.
Hari kedua tayangan
sumber : myinfotaip
Hari kedua tayangan
- Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) arahan Syamsul Yusof mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta
- Filem Sheriff: Narko Integriti (2024) arahan Syafiq Yusof mencatat kutipan 6.4 Juta.
Filem Mat Kilau pecah panggung dengan kutipan sebanyak RM80 juta dalam tempoh 25 hari tayangan. Adakah Sheriff bakal pecahkan rekod lagi? Kita tunggu selepas 25 hari ditayangkan.
Filem ini merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan P16 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Sebuah filem aksi thriller terbaru arahan Syafiq Yusof terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura pada 18 April 2024.
Perbezaan di antara naskhah Sheriff dengan filem kepolisan yang lain ialah subjek ‘polis tangkap polis’. Ia menampilkan konsep baru yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan yang dipanggil ‘reverse whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’, sebuah konsep di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh tetapi bagaimana dia akan ditangkap.
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Watak-watak di dalam filem Sheriff digerakkan oleh barisan pelakon hebat tempatan seperti, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi. Zul Ariffin menyerlahkan sisi berbezanya menerusi watak Sheriffudin Hussein, di mana penonton akan mengalami pelbagai konflik emosi sehingga menimbulkan perasaan ‘love-hate’ terhadap karakter ini.
Selain itu, Sheriff turut mempersembahkan babak-babak aksi memukau di antara Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz dan Syafiq Kyle, serta penampilan pertama Azira Shafinaz sebagai Inspektor Polis yang beraksi lasak apabila berdepan dengan Elizabeth Tan.
Cerita asal : Syafiq Yusof
Lakon Layar : Nazifdin Nasrudin, Syafiq Yusof
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions & Astro Shaw

FILEM SHERIFF: NARKO INTEGRITI
Tarikh tayangan: 18 April 2024Cerita asal : Syafiq Yusof
Lakon Layar : Nazifdin Nasrudin, Syafiq Yusof
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions & Astro Shaw
Genre : Aksi Thriller
Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada didalam Jabatan Narkotik itu sendiri.
PELAKON/CAST DAN WATAK
- Zul Arifin sebagai Sheriff
- Syafiq Kyle sebagai Nazri
- Azira Shafinaz sebagai Sha
- Elizabeth Tan sebagai Jane
- Dato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit
- Sharuddin Tamby sebagai Malik
- Nick sebagai Hong
- Meynillen sebagai Naga
- Amir Nafis sebagai Farouk
- Kodi Rasheed sebagai Daus
- Esma Danial sebagai Roslan
- Hazama sebagai Amirul Asyraff
- Azri Iskandar sebagai Husin
- Kamal Affendi sebagai Afsham
- Shryim sebagai Rudy
- Natasha Mahyan sebagai Wani
SINOPSIS
Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas dari cengkaman undang - undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada didalam Jabatan Narkotik itu sendiri.
Ramai yang akan menonton filem ni. Nasib la kat sini takda wayang
ReplyDeleteYaa...ramai yang dah pergi tengok.
DeleteSaya berharap movie ini akan masuk Netflix nantinya. Teringin sangat nak nonton ❤️❤️. Kalo baca beberapa review teman2 Malaysia yg sudah nonton, memang semua bilang baguus 👍. Lagi pun saya suka dengan tema begini
ReplyDeleteYa, ramai yang dah tengok dan review filemnya best. Kalau ada keluar di netflix nanti, bolehlah menonton kan.
Deletekalau tak silap dah cecah RM44 juta
ReplyDeletedahsyatlah!
tapi sy x bercadang lagi nk tgk kat wayang buat masa terdekat...
Wow! memang dahsyatlah movie ni.
DeleteSaya pun sama.
Dah tengok dan best. Ada elemen kelakar jugak tapi eiiii geram dengan Tony Ifrit.
ReplyDeleteRamai yang kata best. Belum berkesempatan lagi nak tengok.
Delete