Hiking Bukit Kepayang Ikut Laluan Pacak Sikit, Turun Ikut Trail Mudah
Cerita hari Sabtu lepas, 20 April 2024. Kami hiking lagi Bukit Kepayang untuk kali ketiga. Nampaknya dah boleh jadi penunggu Bukit Kepayang lah lepas ni. Eh, pandai-pandai je nak claim. Itu je lah bukit yang dekat dan mudah. Hiking tiap-tiap minggu kat sini pun best juga. Good idea kan!
Hari Sabtu dah macam hari wajib pergi hiking gitu. Asal nak sampai hari Sabtu je, mulalah pasang rancangan nak hiking bukit mana? Bukit je lah mampu layan. Nak hiking gunung macam malas. Malas nak berlama-lama. Nanti asyik kena scam, 5 minit lagi sampai.
Ada juga sebenarnya pasang niat nak hiking Gunung Angsi sebab dekat. Tapi memikirkan sebab sekarang musim raya. Dah tentu jem nanti nak balik. So cancelled je lah. Nak hiking Bukit Taisho, memburu awan karpet jauh sangat tu. Tetap nak kena tempuh jem nanti.
Hujung-hujung, jomlah kita hiking Bukit Kepayang je! Marilah kita.
Kalini kami pergi awal sikit. Taklah awal sangat pun. Macam sama je waktu haritu. Masih tak ramai yang hiking, ramai yang masih beraya. Kaum Cina masih menjuarai. Seronoknya bertemu dengan mereka dengan ucapan morning. Pantang jumpa. Morning uncle, morning auntie. Mereka pun sporting, tak lokek senyuman.
Encik suami cakap, "harini kita hiking ikut laluan pacak yang masa kali pertama hiking haritu. Balik nanti ikut laluan mudah landai kali kedua hiking sebelum ni.". Saya OK je.
Jadilah buat pecah peluh walaupun tak jauh mana. Steps pun dapatlah 5000 langkah lebih. Catatan masa tu lebih sikit sebab ikut trail mendaki. Tapi lebih kurang je dengan sebelum ni.
Harini baru nampak stall kopi ni buka. Tapi kami tak beli pun. Lepas ambil gambar terus gerak turun. Masih meriah dengan dekorasi raya. Barista pun siap deko stall dengan pelita raya lagi tu. Tak nak kalah eh.
Nak join pun tak dapat sebab ada hal lain. Lagipun pendaftaran dah expired lepas dapat tahu berita. Tak ada rezeki nak join. Mungkin boleh join 1 Jun nanti hiking Bukit Melati, Nilai.
By the way, saya masih belum kurus. Nampak kurus tu disebabkan camera 0.5 gituu. Lemak masih menebal tak pandai nak menipis. Tak mengapa, yang penting kita usaha untuk amalkan gaya hidup lebih sihat gitu. Slowly but surely, dengan izin Allah.

jam 7:43 am : hari yang sugul, mendung je |

Pertama kali juga hiking tanpa bawa bekalan air ataupun energy bar. Sebab dah makan dan minum siap-siap sebelum hiking. Haritu bawa pun tak sempat nak makan dan minum. Cuaca pun mendung je tak panas.
Bila sampai puncak, ada lah lebih kurang 10 orang macam tu. Tak ramai. Berjalan leha-leha je lah ambil angin dari puncak Bukit Kepayang.
Di kawasan ni tiba-tiba macam meriah pula dengan monyet-monyet. Pertama kali datang dulu, ada di kawasan dengan puncak lagi satu tapi jauh dia berada. Kita pula naik risau kalau dekat-dekat ni. Bukan boleh percaya kalau dah banyak-banyak ni. Dalam kepala otak ni dah risau kalau dorang menyerang.
Kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita lah kan. Sempat lagi tu nak ambil gambar dia. Ini yang paling besar lah. Abang long kawasan lah kot. Tok ketua dia agaknya.
Bila dah sampai kawasan berbatu mendaki sikit ni, maknanya hampir ke puncak ada papan tanda kayu tu dan stall kopi.
Tak banyak ambil gambar sebab laluan ni dah pernah lalu. Kita enjoy hiking je lah. Santai-santai. Tak mengejar pace sebab nak menikmati alam. Selepas ikut jalan tar lebih kurang 10 minit, barulah masuk kawasan hutan. Mula berjalan jam 7:48am, sebelum masuk hutan jam 7:58am.
jam 8:03am : Ikut laluan kanan, pertama kali haritu ikut laluan kiri yang landai sikit |
8:05am : Laluan sedikit pacak |
Jam 8:08am : Hampir ke puncak |
Bila dah sampai laluan yang cantik ni, ada pokok pakis kiri kanan tu tandanya nak sampai puncak dah. Tak scam, memang benar. Tak sampai lima minit dah boleh sampai puncak.
Bila sampai puncak, ada lah lebih kurang 10 orang macam tu. Tak ramai. Berjalan leha-leha je lah ambil angin dari puncak Bukit Kepayang.
Tengok-tengok tempat wajib bergambar ni tak ada orang. Jomlah kita bergambar acah-acah penat. Ini kalau cuaca elok panas mesti cantik awan kepul-kepul dengan langit membiru. Cuaca sugul pun sugul lah, tetap nak ambil gambar juga. Kali kedua hiking haritu tak lalu sini.
Jam 8:13am |
Dah-dah lah tu bergambar. Masa tak ada orang ni dapatlah berlamaan sikit. Lebih kurang 3 minit jugalah duduk di sini. Jom teruskan perjalanan kita.
Eh, cantiklah pula dekorasi raya atas Bukit Kepayang ni. Siapalah yang rajin buat semua ni kan. Kreatif dan usaha yang bagus. Sikap yang perlu dipuji.
Jam 8:20am |
Di kawasan ni tiba-tiba macam meriah pula dengan monyet-monyet. Pertama kali datang dulu, ada di kawasan dengan puncak lagi satu tapi jauh dia berada. Kita pula naik risau kalau dekat-dekat ni. Bukan boleh percaya kalau dah banyak-banyak ni. Dalam kepala otak ni dah risau kalau dorang menyerang.
Kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita lah kan. Sempat lagi tu nak ambil gambar dia. Ini yang paling besar lah. Abang long kawasan lah kot. Tok ketua dia agaknya.
Bila dah sampai kawasan berbatu mendaki sikit ni, maknanya hampir ke puncak ada papan tanda kayu tu dan stall kopi.
Jam 8:23am |
Dah sampai puncak yang cantik ni, haruslah bergambar di tempat wajib bergambar Bukit Kepayang.
Jam 8:25am |
Jadilah buat pecah peluh walaupun tak jauh mana. Steps pun dapatlah 5000 langkah lebih. Catatan masa tu lebih sikit sebab ikut trail mendaki. Tapi lebih kurang je dengan sebelum ni.
Harini baru nampak stall kopi ni buka. Tapi kami tak beli pun. Lepas ambil gambar terus gerak turun. Masih meriah dengan dekorasi raya. Barista pun siap deko stall dengan pelita raya lagi tu. Tak nak kalah eh.
Tak lama di puncak sini, jomlah kita balik! Kita ikut laluan mudah yang sedikit landai. Laluan tar sebelah kanan tu laluan kita datang tadi yang ada monyet.
Jam 8:29am |
Sampai bawah jam 8:50am. Bila turun tu lajulah sikit, lagi pula ikut laluan mudah. Lepas ni rancang nak ikut laluan mendaki lain pula. Seronok pula hiking Bukit Kepayang ni sebab banyak laluan. Nak hiking pun tak bersusah payah sangat. Tahu-tahu sampai puncak.
Esok Sabtu cuti hiking sebab nak balik kampung. Esok juga, 27 April 2024 pun dah mula Program 7 Wonders Challenge.
Esok Sabtu cuti hiking sebab nak balik kampung. Esok juga, 27 April 2024 pun dah mula Program 7 Wonders Challenge.
Program NS 7 Wonders ini merupakan program sukan hiking atau pendakian yang julung julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan hasil cetusan idea daripada YB Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Belia dan Sukan NS di mana ianya merupakan sukan pendakian melibatkan 7 buah bukit, gunung dan hutan di seluruh daerah di Negeri Sembilan.Di samping memupuk budaya hidup sihat ianya juga dapat memperkenalkan 7 destinasi pendakian ini kepada seluruh Malaysia dan kepada pelancong luar tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat di bumi penuh beradat ini.
7 destinasi pendakian tersebut adalah Gunung Angsi (Kuala Pilah), Bukit Melati (Seremban), Gunung Tampin (Tampin), Bukit Penarikan (Jempol), Bukit Undang (Jelebu), PD Forest (Port Dickson) dan Gunung Datuk (Rembau). Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Malaysia adalah dijemput untuk menyertai sukan pendakian ini dengan mendaftar di laman web "https://www.tiketmasuk.my/" atau menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah berkaitan.
Yuran penyertaan hanya RM 10 dan peserta akan dibekalkan dengan medal menarik dan peralatan lain. T shirt menarik bagi setiap 7 destinasi juga dibekalkan kepada yang berminat. Penganjur mensasarkan 1000 penyertaan bagi setiap pendakian. Selain dari pendakian terdapat juga aktiviti lain yang menarik di tapak pelepasan seperti E Sport, Aerobikthon, Plogging, Pemeriksaan Kesihatan dan Pameran Agensi Kerajaan dan penaja.
Untuk program yang pertama akan diadakan di Gunung Angsi Kuala Pilah dan peserta akan dilepaskan bermula dari Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah pada jam 7.00 pagi, 27 April 2024 (Sabtu). Moh kita ramai ramai menyertai aktiviti ini sempena Hari Sukan Negara 2024.sumber : Majlis Daerah Kuala Pilah
Nak join pun tak dapat sebab ada hal lain. Lagipun pendaftaran dah expired lepas dapat tahu berita. Tak ada rezeki nak join. Mungkin boleh join 1 Jun nanti hiking Bukit Melati, Nilai.
By the way, saya masih belum kurus. Nampak kurus tu disebabkan camera 0.5 gituu. Lemak masih menebal tak pandai nak menipis. Tak mengapa, yang penting kita usaha untuk amalkan gaya hidup lebih sihat gitu. Slowly but surely, dengan izin Allah.
Tahniah, Fizah. Rajin hiking, ikut laluan mencabar sikit, ye.
ReplyDeleteNegeri Sembilan best, banyak bukit dan gunung untuk didaki.
Lagi best, atas bukit, ada orang jual kopi pulak ye. :D
Terima kasih Kak Nur. A'ah ikut laluan pacak je biar tak bosan. Ada cabaran sikit. Ya, ada banyak bukit dan gunung menarik. Cuma kita je lah kadang malas nak pergi jauh-jauh. Rare jual kopi atas bukit kan.
DeleteTak apa kak fizah.. dah betul, yang penting badan kita banyak gerak. Usaha tak mengkhianati hasil kan. Lama2 kalau rutin seperti ini pasti lah berat badan bisa turun juga.
ReplyDeleteSaya salut dengan teman2 yg rutin lari atau hiking. Bagi saya yg lebih suka gym atau workout beban di rumah, cardio kdg membuat saya cepat bosan. Butuh waktu LBH lama utk semangat mulai. Tapi giliran Nge gym langsung semangat.
Soal preference aja sih ya..tapi cardio ttp saya lakuin Krn walo bagaimana itu penting utk melatih otot jantung 😄
Ye betul. Yang penting kita tak duduk diam saja. Suka dengar ayat tu " usaha tak mengkhianati hasil". Terima kasih Fanny. Kita kayuh pelan-pelan.
DeleteIkut keselesaan dan minat masing-masing kaedahnya kan. Kalau bayar fee tu haruslah kena gym selalu. Pergi gym ada trainer dan lebih cepat dapat hasilnya bukan?
tuuu dia
ReplyDeleteada ketupat di atas bukit
hahaha
rajinnyaaaaaa yang jual kopi tu!
gigih betul!
salute!
Hiasan raya atas bukit. Rare bukan?
DeleteMemang gigih. Tapi ada laluan kenderaan juga berhampiran situ.