Persiapan Raya 2024 : Baju Raya
Perasan tak bulan Ramadan kali ni terlalu cepat berlalu. Rasa macam baru je puasa. Tiba-tiba, eh.. dah nak nak raya!. Macam biasa, persiapan berdua ni sekadaran je.
Seperti tahun sudah, beli baju raya secara online je lah. Malas nak bersesak dengan ramai orang. Pula tu baru lepas sihat sepenuhnya. Eloklah sekiranya kita shopping online. Mudah, cepat dan jimat masa serta tenaga.
Tahun ni tema baju raya sedondon dengan keluarga mentua. Sebabnya senang nanti sedondon sekeluarga di majlis adik ipar bulan Mei nanti. Tak pening lah nak fikir tema baju raya tahun ni. Yang peningnya nak cari warna yang sedondon atau lebih kurang senada setona gitu.
Baju encik suami, kami pilih untuk membeli di KHATAM yang tengah hype sekarang di media sosial. Bila baju dah sampai, warna macam tak senada pula dengan baju saya. Lepas tu terpaksalah pergi ke butik Bangi untuk tukar warna baju. Mujurlah boleh tukar dalam masa 7 hari pembelian.
Packaging dia sangat menarik dan comel dengan lukisan orang-orang di bawah tu.
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFJNXhSyGyKxfqqNFCJXlnUWrWcY_jP374jwxeDLz2UXZVtQn_oRkzZbxbRZXlloNr01vo8faxm9rcX68yYGf0TgtsQmZxWihV3LOKJuLUYE8402BcZnI7Zq2yMtOG2LbNaJfu7JKdJo0vEOb9ZR7-oZvxA7L8nWyDswuIUgXu7qFzwgccYIftpLA7Cpcy/s16000-rw/Kurta%20Melayu%20Khatam%20Modern%20Fit-Packaging.jpg)
KHATAM pun ada jual baju melayu teluk belanga dengan seluar ikat tu. Apa entah nama dia. Arwah abah saya memang suka pakai style seluar ikat tu.
Mengikut kebiasaan, encik suami beli di Uniqlo. Tapi tak ada warna tema yang sesuai lah pula. Okay takpe, tahun ni kita ber KHATAM pula.
Patutlah ramai yang suggest beli baju raya di KHATAM sebab fabriknya sangatlah best. Rayon blend, sejenis kain sejuk dan selesa dengan cuaca di Malaysia yang sedang panas membahang ni.
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitduLgyiTkj70730t1JCAQA9RxdwTHl6MRCw3i39vKTmAboPlVPIHEF-JW1tIRhL_KlDlFV3ZDEzdIQWfrFPglwDB3yrkIIpe2JYp9DbrfB6AnprUKLJV2U0P7ckRN4y4clV7CdqNcV2AU1y7p6BslAgmtd6IA4i-grebaA1grysEh5s1vsUv-g5jhi6xw/s16000-rw/Kurta%20Melayu%20Khatam%20Modern%20Fit.jpg)
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRHz-J7ZRV2FZ3BRefTKa3SjNefGeuxfm9Bpj8XO7Ey0U_RBELKDGryG4foFy-TVkGwSMCMaP_aMDAKKj12vQ1zsY15fiAraiTlvAXpisPs4NrN9O0yRYQvbA-YJo3e1sazqB8kpgjqLAokqugMlGGvmU05J-EdUXdQLI-sAJ-i3xQe38_msJKXUQvKZGI/s16000-rw/Kurta%20Melayu%20Khatam%20Modern%20Fit-Close%20Up.jpg)
Jahitannya pun kemas. Sangat berbaloilah beli baju melayu di KHATAM ni. Service pun bagus. Beli di website pun laju proses dan penghantarannya. DM di instagram pun laju reply. Masa tukar baju pun senang urusannya.
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9LvRkt0ykhC71PyWa_Jf02XOpyzNWOZt3mwYWIMcY08s3VMNH7hZWoLQhGGRRoU3zIP-NAGQMsLx-0WvzYH4DacRX31MVAkGYEGEY7vxuzTk-vmXaqKTBh-f9ypGwpHNup3QNg-vOQslBXqX5Uyx7KTYUwf0C2WHOo311ZWZXRruDUef5c1MqtAhgVh0e/s16000-rw/Kurta%20Melayu%20Khatam%20Modern%20Fit-Close%20Up-Material.jpg)
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiioDxarClI25j8FZZwpgoCNhLQq7thxv4XtXUq0e-a-bfr2gC8t78zbTZ7a4MLBF27TQRcuzg8n4wL7nP2ldY6W1LbbOnfrPjtPrUueoeZY2Go67y1I4Na9-t2OL2R0P3neuFnhKy0q3160kVYPqJwUv9IRMvCUlgoLgmnKnUtV__vdJPcUIL2CX733xu6/s16000-rw/Kurung%20Erreqa%20Set.jpg)
Butang baju yang menarik. Sebenarnya ada sulam di lengan dan kaki baju tapi dah lipat macam tu, menyorok pula sulamnya. Sulam yang minimal dan tak terlalu sarat.
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_DsuAhLQjnqWEKTLrE_L9eKjrwW_ujKJwzmZZdkIjyALlyCRJc7BJ4N0_TN55Q7eEExo_ktFtp2kFA7vCQKZD9LcwPBxXWjcVSNOS79zOy0D6qHivqjFVJ1g-ZLrtzgd1252bm4ARhcaPXIPmsCjufHphzyHzu-IjMO4atO4eOdKafQmu5wbH2E0l4OYV/s16000-rw/Kurung%20Erreqa%20Set-Close%20Up.jpg)
Alhamdulillah settle bab baju raya kami berdua untuk raya pertama merangkap baju untuk majlis nanti. Warna baju encik suami sedikit gelap berbanding baju saya. Tapi kira okay masih senada warnanya. Ada tone warna. Kalau sama warna tu sekayu namanya kan, bukan sedondon.
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFZDAQfrO2ZBgNrJagW59UxmB0ABgAB-k443jiO4bOqW6axnzz7Pk0fBZPVMP-ehGSl6XD0DoMIGqoouYzADkh_cyG_lXakKoQoxAL6ro6INmqnHDGFkk_l8v7yEDL3DA_pfzoZ87aW5_6ZFEDyL7DC37JiKezjhugudJoyrsa-htE3yg6CdC8nf4REHBc/s16000-rw/Baju%20Raya%202024.jpg)
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK-aeiSFwuarCN3cXxCTC4dUJ3uurQOEoRLCVCoSfOIip-ph6h6oYXL2-2fofXNHGXqHcJf-qGrTLiP44dPi60q9grCgtL90sbFIGMM8zqevtBAlm6wZzDAaR0TvCRV8yMmJZAoF-jGijb_Uvj-0heu846Of7dxRRRlWzm9BArs7vnmW7rpreUDI4biN46/s16000-rw/Baju%20kurung%20fasa%20studio.webp)
Untuk raya ketiga kita pakai baju kurung biasa dengan corak bunga kecil. Masih konsep kurung klasik yang loose. Sesuai disedondonkan dengan baju encik suami yang sedia ada.
![Persiapan Raya 2024 : Baju Raya Persiapan Raya 2024 : Baju Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSaSIt8nulIjCxTSahT1xnKZ8ViGO_oZ2bpLK-vcxIOccaOq8g5TZTONlXTPI9kt0qB9y2XKMCG0D-k2rY8v8yZ1GixMSXswp2RUNOC_klGydCn8ek0mShiHYgcMHWWKJdIZSf_7Vb5xlodpaLYsxHoKDwyYyH51biuPqcV9vMkwMHkZ6NPNp1J_rKU7om/s16000-rw/Baju%20kurung%20Zainab.webp)
Pertama kali saya beli baju di butik-butik di atas. Kalau nak beli baju melayu yang selesa dan padan dengan harganya, silalah beli di KHATAM. Untuk baju kurung yang cantik dan murah-murah boleh terjah di thezeinabmy.com.
Tudung raya tak beli sebab semuanya dah ada yang sepadan dengan baju-baju yang dibeli. Songkok encik suami pun pakai yang ada sebab masih elok. Sampin pun ulang yang sama je lah. Kasut, selipar raya tak beli juga. Pakai yang sedia ada je. Mana yang masih OK, kita pakai je lah kan.
Warna tema baju raya tahun ni, nantilah kira reveal dalam next entry di hari Raya nanti ye.
Nasib baik semua pilihan menepati citarasa. Kadang-kadang takut beli dalam talian sebab tidak ikut citarasa.
ردحذفSyukur menepati. Beli online ni kena belek betul betul saiz dan material dia. Agak risiko juga lah kalau silap saiz.
حذفbaju KHATAM tu walaupun takde warna, tgok pun nampak selesa dah..mungkin tahun depan boleh belek2 untuk suami juga
ردحذفYa, serius best kain dia. Bolehlah beli untuk tahun depan. Cari material rayon blend.
حذفAah simpan dulu warna tema tu, nanti tak best kalau reveal awal :)
ردحذفSuami Akk pun pergi butik KHATAM baru ni, beli butang baju Melayu. Nampak klasik design-nya
Hihi..surprise for raya walaupun tak ada yang kisah. Butang baju melayu dia pun unik. Simple tapi menarik.
حذفKalau beli dalam talian ni kita tak leh tahu material tu. Kalau beli terus kat kedai boleh pegang2 dulu baju tu. Apa pun kalau dapat yang menepati citarasa tu alhamdulilah.
ردحذفBiasanya dia akan sertakan sekali apa jenis materialnya. Jadi, kena tahu material apa yang kita selesa pakai. Ye, kalau di kedai lebih mudah untuk kita cari baju. Boleh rasa material dan boleh fitting sekali.
حذفWahhh.. dia tayang baju raya tapi hitam putih. Samalah husbnd kita pun pakai kurta teluk belangan sebab dia kata leceh pakai samping bila nak terkucil, hehehe.
ردحذفHihi...teaser kononnya. Husband saya pakai jugak samping nanti. Tapi kejap jelah untuk hari pertama. Senang beli kurta je kan. Kalau beli set seluarnya entah bila nak pakai.
حذفTadi beli di kedai
ردحذفAyah nak tengok depan depan baju tu
Ye, baguslah begitu.
حذفTak ramai kurta yang gunakan butang kayu tu . Ekslusif sangat .. ayah & adik CCL lebih suka pakai kurta . Wah agak-agak tema raya tahun ni warna apa ya ..
ردحذفUnik dan exclusive gitu kan. Senang pakai kurta je kan sebab seluar jarang dipakai kalau beli set. Hihi..kena tungguuuu...
حذفthn lps tak elrah, bulan bintang
ردحذفlaa ni dah ada saingan khatam
sy baca feedback kat twitter
ramai yg suka dgn khatam ni...
Ye, ramai yang review dan suggest beli Khatam sebab kainnya best, berkualiti dan berbaloi dengan harga dia.
حذف