Rendang Ayam Raya
Hari Rabu lepas, hari terakhir puasa enam. Alhamdulillah, tahun ni kita pulun selesaikan awal tak kalut. Minggu lepas 3 hari straight, minggu ni 3 hari straight. Ramai juga yang berpuasa minggu ni, hari Isnin sampai Rabu sebab puasa sunat Hari Putih kan.
Tiba-tiba macam nak merendang ayam pula sempena raya puasa enam. Buat sikit pun jadilah, setengah ekor.
Tiba-tiba macam nak merendang ayam pula sempena raya puasa enam. Buat sikit pun jadilah, setengah ekor.
Lepas tu baru perasan, raya tahun ni saya tak masak rendang. Membantu masak rendang pun tak. Sebabnya masa raya di Segamat tu, kakak saya masak rendang daging je. Ayam buat masak merah. Balik Kuala Pilah pula rendang memang dah siap masak.
Nak masak rendang ni kena masak awal. Nak tunggu kuah kering tu ambil masa. Masakan rendang ni lagi sedap kalau kita makan selepas beberapa jam masak. Kann..rasa dia lagi sedap. Kuah tu lebih pekat dan mesra.
baca juga
Tak sempat nak hidangkan dalam pinggan, dalam kuali saya tadahkan. Punyalah pemalas seorang Fiza ni. Bukan malas, tapi nak cepat nak cepat nak cepat.
Berselera encik suami makan. Saya pun berselera juga. Sesekali craving masakan rendang sendiri. Walaupun tak sempurna, tak ada lengkuas, kerisik dan kurang pedas sikit. Tetaplah kita berselera makan.
Pula tu dengan serai yang dah nak hampir kering, kita masukkan juga dalam pengisar. Eh, dia tak lumat betul. Hentam sajalah labu. Kita buat dia. Janji ada rasa. Masak sendiri ni asbol (asal boleh) je kan. Depan mak, depan mak mentua jangan dibuat.
Masakan sendiri memang sedap, dapat penuhi selera dan cita rasa.
ReplyDeleteTahun ini Kak Amie tak merendang daging, tapi merendang lokan. Daging pula Kak Amie masak hitam Sarawak.
Betul betul. Setuju sangat. Wahh rare sangat tu rendang lokan. Daging masak hitam Sarawak tu saya baru tahu. Bolehlah tengok tengok resipinya nanti. Kalau rajin boleh cuba. Daging masak hitam jaranglah tak sedap kan.
DeleteBergetar iman saya tengok rendang ni, tergoda sungguh hahaha
ReplyDeletePasni bolehlah merendang kan.
DeleteRendang kalau tak ada waktu raya macam tak lengkap. Makan dengan nasi himpit makin sedap.
ReplyDeleteBetul. Kena juga ada rendang. Nasi impit tak sempat saya nak rebuskan. Makan dengan nasi je lah nak cepat pun. hihi...
DeleteTahniah ye Fizah, selesai puasa enam. Sedap rendang ayam.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat selesai awal.
DeleteSedapnya .
ReplyDeleteAlhamdulillah..masak sendiri ikut selera sendiri.
DeleteHahahahahaha tapi masih mending buat sendiri kak. Kalo saya, confirm lah pakai bumbu instan 🤣🤣🤣🤣🤣. Tak ada waktu buat rendang dari awal. Bumbunya saja dah banyak sangat, belum lagi diaduk lama sampai hitam meresap kalo rendang sini. 😅. Habis gas hahahah
ReplyDeleteHihi..kalau teringin tu pasti automatik jadi rajin. Saya pula tak pandai pakai yang instant. Nanti tak tahu nak adjust rasa tu macamana, tak tahu apa yang kurang. hihi..tak sampai habis gas lagi. Sejam dua okay dah tu.
Deletetok tok tok!
ReplyDeleteassalamualaikum
sy dtg nak raya ni...
rendang ada lg?
hahahha
Waalaikumussalam...
DeleteMaaflah, rendang dah lama habis. huhu...