Berjalan Lebih Jauh Mendaki Bukit Kepayang
Mendaki Bukit Kepayang atau Kepayang Hill dah jadi macam rutin mingguan. Rasa kekok pula kalau hari Sabtu atau Ahad tak pergi hiking. Dia macam ada benda tak kena je. Konon dulu target sebulan 2 kali hiking macam tu.
Sekarang dah tiap-tiap minggu perginya. Minggu lepas dah cuti sebab majlis kahwin adik ipar. Jadi, minggu lepas tu hari Sabtu 11 Mei kita ON. Bukit Kepayang je lah yang terpaling dekat dan mudah nak hiking. Jadi, kita repeat banyak kali pun tak apa.
Antara trail yang sentiasa menarik perhatian saya, laluan kiri kanan ada tumbuhan pakis ni. Dia nampak macam hutan yang cantik. Photoshoot di sini memang lawa lah. Dah sampai sini tandanya nak sampai puncak dah tu.
Ikut laluan ni akan jumpa tokong Cina. Tak ambil gambar di batu yang ada papan tanda tu. Malas sudah. Dah banyak kali dia jadi tak hairan dah lah. Hanya melalui terus tokong Cina dan jalan terus.
Sampai puncak Bukit Kepayang, kita memotret duluan. Ada hikers lain pula lepak di bench. Makanya, kita ambil gambar dari tepi je lah ye.
Tak boleh tinggal lama-lama. Nanti lemau. Payah nak jumpa kerajinan tu semula. Pagi tu kami pergi awal sikit dari kebiasaan. Cuaca elok cerah.
Nampak bunga melur cina ni sebelah parkir kereta, kita potretkan dia dulu. Bunga melur cina kan nama dia? Ke bukan?
Encik suami ajak hiking ikut laluan mendaki, lepas tu terus ke laluan kuil India tu, pusing semula ke puncak dan turun ikut laluan landai. Jauh sikit katanya. Okay, kita follow je lah.
Yelah kan, masing-masing gigih nak mengumpul jumlah steps dan kalori. Turun naik Bukit Kepayang ni tak sampai 3km. Lepas tu dapat 5 ribu steps lebih sikit je. Tak banyak.
Bila tak banyak, nanti balik rumah kena topup lagi mana tak cukup. Alang-alang dah mendaki tu, kita jalan lah jauh sikit.
Mula mendaki jam 7:35pagi dan turun sampai bawah jam 8:47 pagi. Tak banyak berhenti ambil gambar sebab ikut laluan yang sama pertama kali mendaki Bukit Kepayang. Turun ikut laluan landai. Awal-awal masuk hutan, meriah pula disambut dengan segerombolan monyet.
Sebelum ni di atas puncak je dia ada. Ini awal-awal dah muncul. Semakin membiak pula spesis monyet di Bukit Kepayang ni. Mujur dia tak mengganggu orang.
Antara trail yang sentiasa menarik perhatian saya, laluan kiri kanan ada tumbuhan pakis ni. Dia nampak macam hutan yang cantik. Photoshoot di sini memang lawa lah. Dah sampai sini tandanya nak sampai puncak dah tu.
Ikut laluan ni akan jumpa tokong Cina. Tak ambil gambar di batu yang ada papan tanda tu. Malas sudah. Dah banyak kali dia jadi tak hairan dah lah. Hanya melalui terus tokong Cina dan jalan terus.
Seperti yang dirancang, sebelum naik ke puncak laluan sebelah kanan ada coffee tu kami ikut laluan kiri bawah tu.
Laluan tu rupanya akan tembus jalan tar dan tangga naik semula ke kuil India. Kemudian melintasi kuil India dan naik semula ke puncak Bukit Kepayang.
Sampai puncak Bukit Kepayang, kita memotret duluan. Ada hikers lain pula lepak di bench. Makanya, kita ambil gambar dari tepi je lah ye.
Dapatlah berjalan 3km lebih dengan 6000 steps lebih sikit. Okaylah tu, balik rumah topup beberapa steps lagi dengan cardio workout.
Untuk pemula tu, bolehlah berjinak jinak hiking Bukit Kepayang ni. Mudah dan tak ambil masa lama untuk sampai ke puncak.
Dulu masa kerja Seremban 2, selalu bawa pelajar baharu naik mendaki.. tapi kami panggil Bukit Victoria... best kan daki sini. Jom 1 Jun Bukit Melati, Nilai.
ReplyDeleteOhh ada nama lain rupanya. Memang best hiking bukit ni. Tak sure lagi dapat join ke tak program NS 7 Wonders tu. Register pun tak lagi. hihi...
DeleteBudak kaki empat ekor panjang tu musuh ketat wak tu.
ReplyDeleteBudak tu memang musuh utama wak. Jangan dibiarkan, habis jahanam tanaman.
DeleteBest best, lama pulak tak naik bukit, last nya sebelum puasa. Cantik view.
ReplyDeleteView memang nice kat atas ni walaupun nampak kawasan perumahan. Tapi dapat juga bau hutan sikit. Memang best naik bukit. Lepas ni bolehlah cari bukit bukit yang menarik.
Deletemonyet2 tu jgn start bagi makanan. kalau tak mulaa laa dia ganggu manusia...
ReplyDeleteMemang ada papan tanda bagitahu jangan bagi makan. Tapi tu lah, mungkin dah membiak banyak sangat sampai tak terkawal kot. Mujur la dia tak mengganggu. Tapi risau tu tetap ada.
Deleteada monyet tu yg seram, sib baik tak kacau orang....bagus, exercise daki bukit...
ReplyDeleteItulah tu. Seram juga tapi buat tak tahu je. Alhamdulillah, dengan izin Allah ada kekuatan buat aktiviti menyihatkan badan.
DeleteAkak tabik springlah tengok Fiza rajin hiking! Kalaulah hiking ni boleh main kirim2 atau ikat tepi hahahaha Happy hiking!
ReplyDeleteJangan tabik spring sangat kak Farah. Kang down tetiba. hihi...Alamak, kalau boleh main kirim² syok jugak tu kan.
DeleteThank you kak Farah.
Memang cocok utk beginner rute dia ya kak 👍👍. Saya pun suka kalo seperti ini track nya. Tapi monyet itu meresahkan , takut 😄😄. Cuma kalo mereka baik, tak apalah. Trauma Krn dulu sempat dikejar monyet 🤭
ReplyDeleteYa, route mudah je. Santai-santai gitu. Monyet tak kacau manusia takpe lagi. Kalau ada trauma tu mesti nampak monyet terus triggered kan. Kena ada orang yang berani hiking sama.
Delete