Hiking Bukit Kepayang Berkelana Lebih Jauh

Cerita pada 28 April 2024, seminggu selepas hiking Bukit Kepayang. Datang semula hiking Bukit Kepayang berkelana lebih jauh. Ikut kebiasaan, hiking hari Sabtu. Tapi hari Sabtu ada urusan lain, kita hiking hari Ahad je lah.

Rasa kekok pula kalau tak pergi hiking. Dah macam rutin mingguan pula. Setakat Bukit Kepayang ni nak hiking setiap minggu tak ada hal. Sebab dekat dan banyak laluan. Boleh ikut kemampuan masing-masing.

Hari Ahad, cuaca tak berapa cerah. Agak mendung juga. Cuaca yang sedang elok.

Hiking Bukit Kepayang

Macam biasa, parkir kereta di Lorong TBK 4. Hari Ahad tak ramai hikers yang mendaki Bukit Kepayang ni. Tapi masih meriah dengan geng-geng auntie dan uncle chinese yang rajin beriadah di sini.

Kali ni kami tak terus melalui jalan tar sampai ke tangki air tu. Mula hiking jam 8:02am. Kami jalan sikit melalui jalan tar, lepas tu nampak laluan ni sebelah kiri. Kami ikut jalan tu. Saja nak ikut laluan lain sikit.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:08am

Banyak tumbuhan pakis sekitar laluan ni. Laluan jelas dan agak berpasir. Untung juga mendung, sebab tak rasa panasnya.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:08am

Terpaksa ikut laluan air mengalir ni. Agak licin sebab berlumut. Kena hati-hati. Mungkin laluan ni jarang di lalui oleh pendaki. Nampak mudah tapi risau juga kalau tergelincir. Naya kalau jatuh ni. Lebih bagus kalau ada disediakan tali. 

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:09am

Mengah juga ye nak sampai atas. Nampak mudah tapi bikin semput juga lah. Dah sampai atas, laluan landai dan lapang je.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:10am

Macam menarik pula untuk digambarkan di sini. Nampak macam berada di puncak, tapi bukan.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:12am

Tak berlamaan di sini, kami teruskan perjalanan lagi.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:13am

Tahu-tahu keluar ke jalan tar semula. Jalan sikit dah sampai ke tangki air tu sebelum laluan masuk hutan. Kiranya kalau nak mencabar sikit tak nak ikut laluan tar, boleh lah ikut laluan awal tadi.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:15am

Disebabkan dah mendaki tadi, rasa tak larat pula nak ikut laluan mendaki lagi. Jadinya ikut laluan landai yang mudah je. Santai-santai.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:30am

Ikut laluan landai, memang laju sikit sampai atas.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:33am

Port wajib bergambar di papan tanda kayu ni. 

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:36am

Selepas papan tanda ni, kami teruskan laluan dan nampak kuil India. Ohh baru tahu ada kuil di sini. Sebelum ni hanya tahu je ada kuil tapi tak tahu di mana. Rupanya di sini. Kalau ikut laluan mendaki, akan jumpa tokong Cina.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:38am

Ambil masa juga berfikir nak teruskan perjalanan ke sini ke tidak. Tapi selepas bertembung dengan pendaki lain, katanya ada laluan lagi. Jadi, kami pun teruskan perjalanan.

Sampai kuil, disini juga ambil masa mencari laluan. Rupanya kena ikut laluan tar sebelah kanan tu. Jauh juga laluan bertar tu. Baru tahu laluan tar tu untuk kenderaan lalu untuk keluar masuk ke kuil. Sebelah kiri kebawah tu laluan keluar masuk dari jalan utama.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:49am

Kami jalan terus dan sampai nampak tangga sebelah kiri menuju ke kuil. Kiranya jalan tar ni berpusing lah patah semula ke kuil.

Hiking Bukit Kepayang
jam 8:51am

Kemudian sampai ke kuil dan kami ikut laluan yang sama. Turun pun ikut laluan landai yang ada basikal ni.

Hiking Bukit Kepayang
jam 9:01am

Sampai bawah jam 9:18am. Nak turun laju sikit macam biasa. Rekod harini jauh sikit perjalanannya. Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas permandangan".

Hiking Bukit Kepayang

Akan datang kita explore lagi laluan lain kalau rajin. Kalau tidak, ikut jalan biasa je lah. Seronok hiking Bukit Kepayang ni. Banyak laluan dan cepat sampai puncak. Permandangan dari puncak pun menarik. Dapat juga bau hutan walaupun hutan di tengah bandar. 

6 comments:

  1. hishhh seriau pulak sy tk lalu kat longkang tu
    sy membayangkan kalau tergelincir je
    nauzubillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah. Mintak dijauhkan daripada perkara² buruk berlaku. Kalau kasut grip okay lagi tu.

      Delete
  2. Hiking ni bukan my cup of tea tapi bila tengok view kat atas tu rasa berbaloi hiking sampai atas.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...tak sama geng lah kita. Ya, view dari peak memang rasa berbaloi sangat.

      Delete
  3. Boleh tahan juga laluan bukit ni . Kalau salah langkah boleh jatuh tu . Lagi-lagi bahagian laluan licin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area tangga laluan air tu je lah yang macam licin sikit dan kena berhati-hati. Trail lain tak ada masalah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.