Header Ads

Makan Malam di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang

Semasa staycation di Staycation di Riverine Hotel & Suites, sempatlah kami jalan jalan cari makan malam di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang yang tak jauh dari hotel. Kami makan malam awal jam 6 lebih macam tu. 

Mulanya nak makan di Qidot atau Kampung Hills Eatery, lepas tu nak mengopi di Kopi Senget Cafe kononnya. Tapi itu semua rancangan yang tak menjadi. Sebabnya kami mengejar masa. Jadi, pergi malam di tempat terpaling dekat je lah.

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang
huruf A tak kelihatan, di sebalik tiang menyoroknya

Semasa kami sampai ada beberapa pelanggan lain yang tengah menjamu selera. Tak ramai. Eloklah tu, nanti cepat dapat pesanannya kan. Saya pesan air suam dan encik suami ais kosong.

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang
air masak for life

Untuk makanan, kami pesan nasi putih 2, kailan ikan masin dan ikan siakap bakar. Lupa pula nak cakap nasi separuh. Tapi disebabkan lapar, habiskan juga lah satu porsi pinggan nasi. hihi...

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang

Ikan siakap bakar dibakar dengan garam dan kunyit je. Dihidangkan dengan sambal asam dan sambal apa entah lagi satu tu. Macam sambal belacan tapi bukan, bukan juga sambal kicap. Walaupun dibakar ringkas macam tu, sedap cicah dengan kedua-dua sambal ni. 

Ikan pun tak hanyir dan dimasak elok. Tak menyesal pesan ikan siakap bakar. 

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang

Total semuanya, RM47. Berbaloi dengan harga dan rasa masakannya. Boleh datang makan lagi kalau datang lagi di sini. Rasanya salah satu tempat makan viral di sekitar Banting ni. Di belakang meja kami ada beberapa tempat makan berkonsepkan pondok. Menarik!

Tapi encik suami malas nak duduk bersila kalau makan di meja pondok tu. Jadi, kita duduk di meja kerusi biasa je lah. Terima kasih tuan masak, masak sedap-sedap.

هناك 24 تعليقًا:

  1. Kadang bakar simple macam ni lagi sedapkan, dapat betul² rasa keenakan isi ikan tu...

    ردحذف
  2. Insaf kejap akak bila tengok Fiza dan suami minum air 0 kalori 😄

    Akak sebolehnya elak makan bersila sebab kaki mudah kebas 😅

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi...kurangkan minum air manis kaedahnya.
      Kebas tu ye jugak kan kadang.

      حذف
  3. saya lagi suka bakar garam kunyit macam ni,kalau bakar berempah atau sambal tu kurang minat

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun suka macam ni cuma kadang² tu teringin nak bersambal. Berempah tu kurang suka jugak.

      حذف
  4. waduhhhh lapar terus saya tgk ikan siakap bakar tu

    ردحذف
  5. Ikan siakap bakar garam kunyit saja pun memang sedap.

    ردحذف
  6. Kalau iakan segar bakar dengan garam kunyit saja memang sedap. Terasa manisnya. Hehehee... teringat zaman anak-anak kami masa kecik dulu. Selalu berkelah di pantai. Beli ikan segar dan bakar bawah pokok kelapa.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu kak Amie. Memang sedap. Seronok terkenangkan kenangan lama tu. Kalau perasakan dengan garam pun cukup sedap juga kan.

      حذف
  7. Nampak sayur kailan tu sedapnya.....ikan siakap goreng memang sedap....simple pun sedap.....

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, sayur fresh memang sedap. Ikan bakar kak, bukan goreng. hihi..ya, simple pun sedap.

      حذف
  8. Saya pun tak suka duduk lesehan kalo mampir ke restoran, biasanya restoran Sunda yg banyak konsep lesehan, atau duduk bersila. Lebih prefer meja kursi..

    Krn kaki saya suka semutan kalo kelamaan duduk bersila 🤣

    Beuuugh, ikannya dah terbayang lah sedap apalagi dicicah ke 2 saus 😍. Sayuran pun nampak crisp sangat

    ردحذف
    الردود
    1. Ramai rupanya tidak selesa duduk di bawah. Kalau berlamaan sudah tentu akan rasa kebas/sesemut gitu. Jika ada kerusi, baiklah kita duduk di kerusi je kan.

      Ya, ikan bakarnya memang sedap. Sayur pun enak!

      حذف
  9. Selamat menjamu selera . Terliur tengok kailan ikan masin

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.