Misi Memburu Awan Karpet Di Bukit Taisho Bahau Gagal
Terasa semakin sendunya dunia blogger ye. Trafik merundum, adsense juga turut merundum. Berkawan baik betul mereka berdua ni. Turun naik sama-sama. Berjalan seiringan pula dengan mood tak baik yang turun tak naik-naik ni. Aduhaiii..apa nak jadi lah ni.
Jomlah kita cari mood dekat dengan alam. Macam biasa, rutin mingguan kami berdua akan pergi hiking. Kebiasaanya kalau tak ada idea nak kemana, ke Bukit Kepayang lah. Tapi hari Sabtu, 18 Mei kami rancang nak ke Bukit Taisho lah. Nak memburu awan karpet kononnya.
Lepas tu terus balik kampung Segamat, alang-alang macam dah dekat. Lagipun ada urusan. Kita sekali lalukan je lah.
Kami gerak dari rumah Seremban jam 5:30 pagi. Singgah rumah mak mentua di Kuala Pilah, solat subuh. Gerak dari Kuala Pilah 6:30 pagi macam tu. Pukul 7 pagi dah terang benderang dah. Macam tak ada harapan je nak tengok awan karpet.
Usai park kereta, seiring dan sejalan lah kami mula mendaki. Ikut laluan jalan tar.
Dah berjalan sikit, sebelah kanan rupanya ada tempat parkir kereta disediakan. Tak pasti berbayar atau tidak. Di papan tanda cuma ada tulis waktu operasi je.
Jalan sikit lagi dah sampai permulaan laluan pendaki Bukit Taisho. Ikut je laluan yang disediakan. Trail terang dan jelas. InshaAllah tak akan sesat.
Kami ikut laluan ke kiri love bridge ni. Sebenarnya Bukit Taisho ada 6 puncak, dari apa yang saya baca lah. Kalau silap, sila betulkan ye.
Bila dah nampak ni, maknanya dah nak sampai puncak Bukit Taisho lah tu.
Kami terus ke kiri dan terus ke puncak Bukit Taisho yang meriah betul dengan segala dekorasi. Paling banyak hiasan tanglung lah. Kreatif komuniti kaum Cina yang mendeko bermacam-macam hiasan dan kelengkapan atas Bukit Taisho ni. Menarik semuanya.
Mereka kalau bab riadah ni memang win. Yang berumur semua semangat naik Bukit. Pagi-pagi bersenam, bertai chi bagai. Jomlah kita ambil semangat mereka demi menjaga kesihatan.
Sampai-sampai terus ambil gambar di hotspot Sky mirror ni sementara tak ada orang. Kena pose menahan cahaya matahari je lah kerjanya. Kalau tidak, tak boleh buka mata lansung! Berjaya ke puncak pertama ni dalam masa 30 minit lebih sikit.
Bergambar juga di platform yang menarik ni. Ada dua platform di sini. Satu lagi ada orang tengah ambil gambar. Jadi, kita bergambar di platform yang masih kosong. MashaAllah, cantik betul permandangan dari platform ni. Mujur tak gayat!
Tak berlamaan sangat. Kononnya nak ambil gambar dari platform lagi satu. Tapi geng bergambar di situ masih belum berganjak lagi. Lupakan je lah hasrat tu. Malas nak menunggu mereka siap sebab kami nak gerak balik kampung Segamat pula.
Alhamdulillah..berjaya akhirnya mendaki Bukit Taisho. Dah lama berhajat nak pergi, baru ada rezeki jejak. Tapi macam tak puas explore sebab banyak puncak lagi tak sempat jejak. Ada rezeki, inshaAllah sampai.

Dari Kuala Pilah terus ke Bahau tak ada singgah tempat lain dah. Sampai di Trailhead Bukit Taisho jam 7:18 pagi. Parkir kereta dan mulakan perjalanan.
Ingatkan dapatlah tengok awan karpet yang menjadi buruan para pendaki tu bila mula hiking waktu jam begitu. Rupanya tidak ye. Patutlah ramai yang hiking seawal subuh. Sebab awal pagi tu akan dapat view awan karpet.
Saya baca dari komen pendaki lain, katanya awan karpet akan muncul bila malamnya tu hujan. Jadi pagi tu akan nampak awan karpet yang tebal. Lepas tu awan karpet akan lesap sebelum jam 8-9pagi.
Ingatkan dapatlah tengok awan karpet yang menjadi buruan para pendaki tu bila mula hiking waktu jam begitu. Rupanya tidak ye. Patutlah ramai yang hiking seawal subuh. Sebab awal pagi tu akan dapat view awan karpet.
Saya baca dari komen pendaki lain, katanya awan karpet akan muncul bila malamnya tu hujan. Jadi pagi tu akan nampak awan karpet yang tebal. Lepas tu awan karpet akan lesap sebelum jam 8-9pagi.
Usai park kereta, seiring dan sejalan lah kami mula mendaki. Ikut laluan jalan tar.
jam 7.25am |
Dah berjalan sikit, sebelah kanan rupanya ada tempat parkir kereta disediakan. Tak pasti berbayar atau tidak. Di papan tanda cuma ada tulis waktu operasi je.
Jalan sikit lagi dah sampai permulaan laluan pendaki Bukit Taisho. Ikut je laluan yang disediakan. Trail terang dan jelas. InshaAllah tak akan sesat.
Saya tak banyak ambil gambar laluan sebab malas nak berhenti dan keluarkan handphone. Saya berhenti di kawasan yang menarik je. Macam love bridge ni.
Sebelum jumpa love bridge ada 2 simpang. Satu ke kiri, love bridge. Satu lagi ke kanan menuju ke puncak naga kalau tak silap.
jam 7.44am |
Kami ikut laluan ke kiri love bridge ni. Sebenarnya Bukit Taisho ada 6 puncak, dari apa yang saya baca lah. Kalau silap, sila betulkan ye.
Selepas love bridge tu akan jumpa trail simen yang berwarna ni. Trail Bukit Taisho dari mula terus menerus mendaki je kerjanya. Semput! Sikit tak bagi peluang nak jalan berleha-leha.
jam 7.53 pagi |
Walaupun orang kata trail mudah. Tapi tak mudah juga bagi saya sebab memerlukan stamina dan kaki yang kuat juga ni. Saya berhenti 3 kali sepanjang pendakian. Ambil nafas.
Bila dah nampak ni, maknanya dah nak sampai puncak Bukit Taisho lah tu.
jam 7.56am |
Sebelah kanan, ada tempat rehat dan laluan ke puncak lain. Tak pasti puncak apa namanya.
Kami terus ke kiri dan terus ke puncak Bukit Taisho yang meriah betul dengan segala dekorasi. Paling banyak hiasan tanglung lah. Kreatif komuniti kaum Cina yang mendeko bermacam-macam hiasan dan kelengkapan atas Bukit Taisho ni. Menarik semuanya.
Mereka kalau bab riadah ni memang win. Yang berumur semua semangat naik Bukit. Pagi-pagi bersenam, bertai chi bagai. Jomlah kita ambil semangat mereka demi menjaga kesihatan.
jam 8.03am |
Sampai-sampai terus ambil gambar di hotspot Sky mirror ni sementara tak ada orang. Kena pose menahan cahaya matahari je lah kerjanya. Kalau tidak, tak boleh buka mata lansung! Berjaya ke puncak pertama ni dalam masa 30 minit lebih sikit.
Bergambar juga di platform yang menarik ni. Ada dua platform di sini. Satu lagi ada orang tengah ambil gambar. Jadi, kita bergambar di platform yang masih kosong. MashaAllah, cantik betul permandangan dari platform ni. Mujur tak gayat!
Ini kalau ada awan karpet, lagilah cantik. Tak ada rezeki nak tengok awan karpet. Sempatlah memotret di tempat-tempat yang menarik. Antaranya dalam rumah kecil Bukit Taisho ni ha. Dalam ni ada serba sedikit maklumat tentang Bukit Taisho yang dilekatkan pada dinding. Boleh baca kalau mahu.
Fuhh..kalau ada kopi secawan ni. Asyikkkk...Muka menahan seksa terkena panahan pancaran matahari yang tajam. Tak mampu nak buka mata haihh.
Tak berlamaan sangat. Kononnya nak ambil gambar dari platform lagi satu. Tapi geng bergambar di situ masih belum berganjak lagi. Lupakan je lah hasrat tu. Malas nak menunggu mereka siap sebab kami nak gerak balik kampung Segamat pula.
Kami turun jam 8.20am dan sampai bawah jam 8:43am. Turun tu lajulah sikit tapi kena berhati-hati sebab licin disebabkan banyak batu kelikir. Bahaya juga tu walaupun permukaan tanah kering. Sangat membantu bawa pole trekking ni.
Dapatlah berjalan 3km lebih dengan jumlah 6k lebih steps. Nampak gaya macam kena repeat Bukit Batu Sawa untuk memburu awan karpet. Haritu naik dah lewat.
Bukit Senaling tu trail dia macam tak best. Bukit Taisho ni trail dia pun kawasan ladang kelapa sawit. Tak bau hutan, tak syok. Lagi satu panas sebab tak ada pokok yang tinggi-tinggi macam hutan.
Bukit Taisho sesuai untuk beginner. Laluan mudah cuma kena ada kekuatan lutut tu nak mendaki dari awal sampai puncak. Ada banyak tempat rehat disediakan. Kalau penat, rehat dulu.
Untuk pace saya, sampai puncak ambil masa 30 minit lebih dengan rehat kejap 3 kali. Sebelum ni saya baca ada yang naik 20 minit je. Ingatkan dekat lah. Sekali kena scam. Yang pace laju tu memang lajulah dia sampai. Mujur tak kena scam 5 minit sampai. Huh!
Alhamdulillah..berjaya akhirnya mendaki Bukit Taisho. Dah lama berhajat nak pergi, baru ada rezeki jejak. Tapi macam tak puas explore sebab banyak puncak lagi tak sempat jejak. Ada rezeki, inshaAllah sampai.
Hebat Fiza! Kuat tu dapat naik ke sana!
ReplyDeleteAlhamdulillah..dengan izin Allah dapat juga jejak Bukit Taisho ni.
Deletesronok dpt mendaki smp ke puncak tu...bila tgk view dr atas lg syok
ReplyDeleteAlhamdulillah..berjaya juga. Betul, view dari peak memang syok.
DeleteAda awan karpet cantik, tak ada pun cantik jugak sebab kita dapat menyaksikan pemandangan dari tempat tinggi.
ReplyDeleteSama la kita Fiza, akak hiking sebab nak kan suasana hutan. Kalau hiking tapi lapang je, tak bestlah.
Betul kak Ujie. Ada atau tidak awan karpet tu tetap cantik permandangannya. Itulah tu, nak bau dan vibes hutan tu yang macam best dan terapi untuk kita. Kalau lapang je kurang best lah cerita dia kan.
DeleteCantik, pemandangan di puncak bukit. Tahniah, Fizah. Lain kali, boleh pergi lagi, memburu awan carpet, ye.
ReplyDeleteKat tempat akak pun cepat panas. Pagi pukul 8, sudah rasa terik matahari. Petang pula mendung atau hujan.
Cantik sangat. Alhamdulillah...inshaAllah ada tenaga dan masa boleh jejak lain kali.
DeleteSekarang ni musim tak menentu pula. Kejap hujan, kejap panas.
Gayat pulak berdiri atas pelantar tu tapi view atas tu cantik. Langit membiru....
ReplyDeleteHihi..jangan pandang bawah. Nanti confirm gayat. View dia memang superb.
DeleteWowwwww best nya, cantik sangat view. Lama jugak ni tak naik bukit tapi yg rendah2 je.
ReplyDeleteYa, cantik sangat viewnya. Akak selalu jalan² kira exercise kaki juga tu.
DeleteCantiknya view. mmg hebat bumi allah kan.
ReplyDeleteSangattt...bumi Allah yang sangat cantik permandangannya.
DeleteSemoga lain kali, ada rezeki Fiza ke sana dan dapat tengok awan kapet tu.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki tu nanti. Aamiin...Terima kasih kak Farah doakan.
Deletegmbr kt platform tu buat sy teringat bukit bendera...
ReplyDeletekalau tipu ckp fiza kat bukit bendera pun org percaya
hahahaa
Oh ye ke? Lupa sudah rupa platform Bukit Bendera macamana. Terbaru macam tu ye? hihi...
DeleteHahahahahah 5 menit sampai saya rasa dia terbang 😂😂.
ReplyDeleteAwan karpet ini memang susah ditemuin. Di sini ada juga kalo mah lihat di daerah Dieng Jawa tengah. Tp tuhlah, harus dari jam 3 pagi start trekking. Kalo tak, memang susah nak jumpa.
Dah lama saya tak trekking dari PAgi2 begitu. Seru sebenarnya. Cuma kalo dari JKT hrs ke luar kota jika nak trekking. Jauh..
Baguuus yg bukit Taison Ini. Rasanya kalo liat trek, bisa juga bawa anak. Tak curam sangat
Hihi...barangkali lah dia terbang.
DeleteYa, ikutkan begitulah jadualnya kalau nak tengok awan karpet. Kena hiking lebih awal sebelum subuh lagi. Teringin nak hiking di sana, banyak bukit dan gunung yang menarik.
Ohh jauh ye. Agak malas juga kalau jauh-jauh ni kan.
Ya, ramai juga family hiking sini bawa anak-anak. Hebat mereka kecil-kecil lagi laju naik bukit. Trek sangat friendly hikers.