Header Ads

Selamat Hari Guru 2024, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Selamat Hari Guru 2024, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut dan diraikan pada setiap tahun di Malaysia. Tahun ini, 2024 Hari Guru jatuh pada hari Khamis. Sempena sambutan Hari Guru ini, semestinya kita akan mengambil peluang ini untuk mendedikasikan ucapan kepada guru masing-masing.

Di bawah ini saya kongsikan contoh ucapan yang boleh digunakan untuk postingan kad ucapan/caption di media sosial.

TEMA HARI GURU 2024

Pada tahun ni, sambutan peringkat kebangsaan Hari guru membawa tema "GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI" bagi menyokong salah satu daripada 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah. 

Teras ini bertujuan untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik. Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 November 2023 bertujuan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai pada diri murid, pendidik dan pemimpin pendidikan.


Selamat Hari Guru buat semua cikgu/guru yang telah banyak berjasa, berkorban demi mencurahkan ilmu kepada kita sehingga menjadi manusia yang berilmu dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Terima kasih pada guru sekalian. Jasamu pasti dikenang sampai bila-bila.

هناك 28 تعليقًا:

  1. Selamat hari guru diucapkan. Terima kasih contoh ucapannya, telah digunakan sedikit sebanyak di media sosial. Apapun selagi hidup, belajar tidak akan habis.

    ردحذف
  2. Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik 🌹

    ردحذف
    الردود
    1. Semoga jasa guru sekalian Allah balas dengan segala kebaikan. Aamiinn...

      حذف
  3. الردود
    1. Selamat Hari Guru untuk wak juga. Banyak mengajar dan kongsi ilmu tanaman. Terima kasih Wak.

      حذف
  4. thank you for your hard work, patience, and dedication... happy teacher's day!

    ردحذف
    الردود
    1. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan segala kebaikan. Aamiin...

      حذف
  5. Selamat Hari Guru buat semua guru diseluruh negara.

    Tanpa Guru siapalah kita pada hari ini.

    ردحذف
  6. besar sungguh jasa guru mendidik anak bangsa...

    ردحذف
    الردود
    1. Betul sangat. Semoga jasa mereka Allah balas dengan segala kebaikan. Aamiin...

      حذف
  7. sy keje kat sekolah.. sebumbung dgn cikgu2.. tiap kali hari guru sy excited nak sama2 meraikan.. hihi..
    selamat hari guru!

    ردحذف
    الردود
    1. Seronok kan dapat meraikan sekali. sebab dulu masa sekolah je dapat sambut hari guru.

      حذف
  8. Tiada insan bergelar guru, tidak ke mana kita hari ni…

    ردحذف
  9. Beda ya tgl hari guru di sana dengan di sini. Indonesia pula 25 nov.tapi apapun , saya ikut mengucapkan selamat hari guru untuk guru2 yg tak letih mengajarkan anak2' muridnya menjadi siswa kebanggaan bangsa. ❤️

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh lain tarikh rupanya ye. Yang penting ada hari yang istimewa untuk meraikan para pendidik.

      حذف
  10. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di mana sahaja anda berada termasuklah Lecturer.....

    ردحذف
  11. Terima kasih buat semua cikgu. Jasamu akan sentiasa dikenang.

    ردحذف
    الردود
    1. Benar. Semoga segala ilmu yang dicurahkan dibalas dengan segala kebaikan. Aamiin...

      حذف
  12. Selamat Hari Guru buat semua pendidik. Jasamu dikenang :)

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.