Staycation di Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Hujung bulan lepas staycation di Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey, saya ikut encik suami atas urusan kerja. Encik suami bekerja, kita bercuti. Gitu konsepnya. 

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
kaunter check in & check out
Ruang lobby yang sangat luas dan selesa. Ada banyak kerusi disediakan di depan, kiri dan kanan lobby hotel.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Terpaling menarik perhatian saya adalah yang ini. Macam gazebo berbentuk sarang burung tempua. Unik sangat. Saya pergi hari Isnin, jadi tak ramai orang yang datang bercuti di sini. Dapatlah ambil gambar tanpa orang di sini.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
pintu masuk pandangan dari dalam bilik

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
lengkap ada peti ais, sinki, sudut kupi-kupi

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
Air minuman disediakan
Kami dapat bilik double queen, untuk 4 orang. Itu yang ada 4 minuman. Tapi kami stay berdua je.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
Teh & kopi sachet beserta krimer & gula
Bilik yang sangat luas dan semestinya selesa. 

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Boleh layan TV di sofa bed ni. Tapi tulah, nak layan TV tapi kejap kejap sangkut ceritanya. Terpasang gitu je lah. Tengoknya tidak.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Encik suami sibuk dengan kerjanya. Saya layan TV je lah yang sangkut sangkut siarannya sambil perati permandangan luar bilik. Nak pergi waterpark dan outdoor activities macam bosan sorang-sorang. Jadi, ambil keputusan duduk di bilik je lah. Berehat.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
Bilik air dan toilet berasingan

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
toiletries disediakan

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
Permandangan dari balkoni bilik, padang golf

Dari kejauhan nampak ada paddle boat untuk aktiviti luar di tasik. Tapi tak nampak ada orang naik pun.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey
permandangan dari bilik waktu malam

Lepas bangun subuh, layan permandangan dari balkoni bilik. Berkabus tebal waktu pagi.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Pagi pagi awal pagi jam 7:00 dah ramai yang turun padang main golf. Kita perati dari jauh.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Disebabkan tak kemana-mana. Dapatlah layan kopi sachet yang hotel sediakan. Bosan betul duduk bilik sorang-sorang. Tapi syok juga dapat rehat-rehat duduk sambil layan kopi dan view menarik di luar bilik.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Hari terakhir selepas check out, ikut serta jamuan raya. Tema warna rosewood, burgundy gitu. Mix and match je baju dan kain.

Riverine Hotel & Suites, Amverton Cove Golf and Island Resort Pulau Carey

Sebenarnya banyak betul aktiviti menarik di sini selain waterpark. Ada go kart, flying fox, paddle boat, ATV, maze, paintball dan banyak lagi. Memang bestlah kalau bercuti ramai-ramai dan dapat buat macam-macam aktiviti.

14 comments:

  1. ntah bila la nak jejak pulau carey ni hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti² bolehlah plan bawa Uyum & family staycation sini.

      Delete
  2. Best ni, nampak selesa dan luas betul biliknya...
    Pemandangan pun cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk biliknya memang best, selesa. Permandangan pun menarik. Kalau dapat buat macam-macam aktiviti kat situ lagi best staycation sini.

      Delete
  3. sy pun berkenan dgn 'sarang burung tempua' tu
    kalau letak kat rumah nk buat apa ya? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat tempat rehat-rehat minum petang pun boleh. Agak makan ruang tu kalau letak kat rumah, melainkan ada ruang yang luas. hihi...

      Delete
    2. alaa... ruang rumah ciput je. golek2 dah smpi tangga hahaha

      Delete
    3. Terpaksalah melupakan impian tu walau berkenan. kannn...

      Delete
  4. Ya Allah cantiknya Riverine Hotel & Suites ni...tempat baru ke sebab dulu pernah menginap kat Amverton Cove ni tapi bukan macam ApartmentHotel macam ni....lebih kepada bilik hotel je. Suka tengok gambar permandangan kat sini....lawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pastilah kak. First time datang sini. Permandangan dia memang nice sangat.

      Delete
    2. Aiiiish cocoook lah kalo bawa family yaaa. 😍😍. Sayang saja jauh. Saya jarang ke tempat2 seperti ini kalo sedang ke Malaysia. Palingan hanya tempat yg mainstream saja.

      Menariiik memang utk bercuit kalo tujuan utamanya nak rileks santai.

      Delete
    3. Tempat ni sangat sesuai untuk staycation family tapi itulah sukar access tak ada pengangkutan awam. Untuk pelancong luar, mungkin boleh pergi sini by grab atau drive sendiri kereta sewa.

      Delete
  5. Cantik arca sarang burung tempua . Rugi kalau tak dapat bergambar di situ kan ..

    Ruang bilik pun nampak luas . Bawa family ni berbaloi laa untuk satu bilik ni dah penuh . View luar balkoni pun cantik . Sejuk mata memandang kehijauan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ambil gambar awal tak kalut gitu. Nanti menyesal tak ambil gambar dulu kan. hihi...

      Betui! Berbaloi staycation dengan family pun. Bilik luas dan selesa. View bilik pun nice.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.