8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Kadang macam pening nak memilih pelembap muka /moisturizer kan? Tak tahu mana satu moisturizer terbaik terutamanya untuk kulit berminyak dan sensitif. Jadi, saya nak kongsikan tips memilih moisturizer terbaik untuk berminyak. Bukan itu je, tapi sesuai juga untuk semua jenis kulit.
Begitulah 8 tips memilih pelembap muka/ moisturizer untuk kulit berminyak dan juga untuk semua jenis kulit semestinya.
Selain kulit nampak lebih lembap, cerah dan glowing, uniknya pelembap muka/ moisturizer Aqua Whitening Cream akan menghasilkan titisan air selepas sapuan. Best kan?
Pelembap muka /moisturizer ini adalah benda wajib dalam penjagaan kulit wajah kita. Salah satu asas selain pencuci muka. Pelembap muka perlu dipakai selepas mencuci muka jika tidak memakai serum atau essence bagi mengekalkan kelembapan kulit.
8 skincare tips memilih moisturizer terbaik untuk kulit berminyak
1. Moisturizer water based
Jenis kulit yang berminyak, perlulah memilih moisturizer water based kerana jenis kulit yang berminyak sangat cenderung untuk kelihatan berkilat, melekit serta kusam. Jadi jenis water based ni sangat sesuai untuk kulit berminyak.2. Ringan
Pilihlah pelembap muka /moisturizer yang ringan dan bertesktur gel untuk keselesaan sepanjang hari ibarat seperti tidak memakai pelembap gitu. Barulah rasa rajin untuk memakai pelembap muka tanpa perlu skip. Rimas kan kalau pakai pelembap muka yang tebal-tebal. Rasa bertambah minyak muka ni.
3. Tidak Melekit
Bagi jenis kulit berminyak dan jenis cepat berpeluh, sila pilih pelembap muka yang tidak melekit untuk mengurangkan kesan berminyak bertambah pada kulit muka selain selesa dipakai.
4. Mudah meresap
Selain memilih moisturizer water based, ringan dan tidak melekit. Pastikan juga pelembap muka mudah meresap ke dalam kulit ke dalam pori-pori dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit.
5. Mengekalkan kelembapan
Kulit berminyak memerlukan pelembap muka/ moisturizer water based untuk meningkatkan kelembapan dalam kulit muka dalam tempoh masa yang agak lama.
6. Dapat mengawal minyak dan tidak menyumbatkan pori-pori kulit
Pilihlah pelembap muka yang membantu mengawal minyak berlebihan yang terhasil pada kulit muka agar tidak menyumbatkan pori-pori. Jenis kandungan water based, bertekstur ringan dan tidak melekit sekaligus dapat membantu mengurangi penghasilan minyak. Ia juga dapat mencegah jerawat.
7. Mengandungi Niacinamide
Untuk lebih mudah memilih pelembap muka/ moisturizer, cari yang mengandungi bahan Niacinamide yang boleh membantu mengurangi minyak di mula. Bukan hanya itu, ia juga mampu mencerahkan kulit muka. Niacinamide banyak digunakan dalam produk skincare terbaik di pasaran.baca juga
8. Selamat digunakan, bebas paraben dan sesuai untuk semua jenis kulit
Untuk jenis kulit berminyak pastikan pilih pelembap muka yang selamat digunakan dan bebas paraben agar kulit tidak berisiko untuk break out. Pilih produk yang sesuai untuk semua jenis kulit jika tidak tahu jenis kulit.Begitulah 8 tips memilih pelembap muka/ moisturizer untuk kulit berminyak dan juga untuk semua jenis kulit semestinya.
Alang-alang cerita pasal pelembap muka, saya nak kongsikan satu produk moisturizer terbaik yang saya telah gunakan selama 3 tahun iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang menepati ciri-ciri seperti yang saya ceritakan tadi.
Dari rupa paras kotak lama sampailah yang terbaru. Berkotak-kotak sudah bersama dengan Aqua Whitening Cream ni.
Ia adalah moisturizer water based, moisturizer untuk kulit berminyak memang sesuai sangat. Yang bagusnya pelembap muka ni boleh dijadikan sebagai krim siang terbaik dan krim malam terbaik.
Skincare terbaik dalam 1 produk. Jimat tak perlu beli produk krim malam dan krim siang asing-asing. Saya suka jenis pelembap yang boleh dipakai siang dan malam, sebab boleh jimat dik!
Lepas tu tak payah pening nak pakai itu ini setiap hari mengikut turutannya. Pakai pelembap muka /moisturizer yang satu ni pun sudah memadai. Lebih mudah bukan? Sebab itulah saya masih setia memakainya. Jimat dan mudah gitu. Benda mudah, rajinlah kita nak pakai setiap hari. Kan?
Selain misi kuruskan badan sebelum raya. Ramai juga yang mengimpikan kulit cantik dan sihat. Semua orang nak nampak cantik di terutamanya bila tiba hari raya. Nak makeup cantik di hari raya pun kena ada asas yang betul dengan memakai moisturizer terbaik untuk hasil makeup yang cantik dan tahan lama.
Lagi beberapa bulan je lagi nak raya Aidilfitri 2025 tahun depan. Sempat lagi kalau nak mulakan dengan skincare terbaik ni untuk persiapan bercantik-cantik di hari raya. Tak risau juga kalau berpeluh semasa mengemas rumah untuk persiapan hari raya sebabnya pelembap muka ni boleh kawal minyak di muka kita.
Saya suka dengan teksturnya yang ringan, tak melekit dan cepat meresap. Cepat sikit kita nak bersiap gitu.
Tesktur ringan |
Kulit lebih lembap dan glowing. Kesan titisan air akan terbentuk selepas sapuan pelembap |
Selain kulit nampak lebih lembap, cerah dan glowing, uniknya pelembap muka/ moisturizer Aqua Whitening Cream akan menghasilkan titisan air selepas sapuan. Best kan?
Aqua whitening cream tidak menyebabkan liang pori-pori tersumbat |
Pelembap ni juga membuktikan liang-liang pori tidak akan tersumbat dan tidak menyebabkan jerawat muncul. Mesra kulit dan memang moisturizer terbaik bagi saya. Tak menyesal cuba.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Hansaegee Nature dan Pembelian Aqua Whitening Cream, boleh juga rujuk di media sosial dibawah.
Brand : Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Mencuci Sahaja tak memadai…pelembab ni bagaikan 1 kepereluan lebih2 lagi di negara macam Malaysia ni…
ReplyDeleteBetul, pelembap ni kira wajib untuk penjagaan kulit muka kan. Kalau tak pakai, rasa kering betul kulit ni.
DeleteSaya pun dulu butuh Bbrp kali trial error' nak cari moisturizer yg sesuai. Kulit saya pun sensitif kak. Tapi pada akhirnya memang merasa cocok dengan Korean skincare yg skr ini saya pakai COSRX. JD semuanya saya pakai, dari facial wash, ess nse, serum, moisturizer, eye serum, sleeping mask dll.
ReplyDeleteSalah satu indikator saya cocok atau tak dengan moisturizernya, lihat di pagi hari. Kalo muka nampak lembab plumpy, bukan oily, berarti cocok.
Hansaegee ini sayangnya tak masuk Indonesia. JD susah nak try 😅
Susah kan nak cari yang sesuai dengan kulit muka kita. Memang biasa try and error juga. Mujur finally jumpa yang sesuai. Pakai satu set jenama yang sama tu lagi bagus kan.
DeleteYa, pagi nampak lembap plumpy tu memang best.