Hari Sabtu yang sibuk. Pagi urusan di Pilah, petang urusan gigi di Seremban. Selepas sebulan 2 hari pakai braces (B1), tiba masanya jumpa doktor untuk braces monthly check up (B2). Appointment kali ni dengan Doktor lain pula.
Lepas daftar, tak lama menunggu terus dipanggil masuk bilik room 3 di tingkat atas, Doktor A. Sebelum masuk, pilih dulu getah O ring braces di kaunter depan. Ada banyak pilihan warna. Rambang mata nak pilih mana satu.
Disebabkan saya dah decide awal nak tukar getah O ring warna apa, jadi tak makan banyak masa untuk memilih. Terus pilih warna hitam. Warna hitam antara warna yang popular di pilih oleh pemakai braces sebab nampak gigi putih, getah tak bertukar warna, tak nampak kotor dan nampak trendy.
Braces Monthly Check Up, B2
Selain tukar getah O ring, doktor tambah 1 lagi bracket pada gigi geraham belakang. Rasa sakit sikit bila letak bracket baru sebab tekanan baru pada gusi mula terasa macam waktu mula-mula pakai braces. Tapi sakit tu kejap je lah, beberapa jam je. Lepas tu OK sudah.
Tapi kurang selesa sikit bila letak bracket baru tu, wayar besi hujung tu selalu bergesel dengan dinding mulut tepi. Kalau luka, confirm ulser! Mujurlah tahap toleransi kesakitan saya agak tinggi juga. Jadi boleh dibawa bincang. Malas nak guna ubat titis ulser dan wax yang dibekalkan. Hadap je lah.
Kalau pakai wax lekat pada hujung wire tu nanti risau pula tertelan sebab kalau nak makan kena tanggalkan. Bukan apa, risau lupa. Tu je. Baiklah kita tahan selagi boleh tahan.
Bulan depan, doktor akan review progress braces selama 2 bulan ni macamana. Setakat sebulan lebih pakai braces ni gigi tepi kiri kanan bawah dah nampak perubahannya. Gigi yang sendeng sudah mula menegak dah. Yeay! Alhamdulillah.
Tapi dalam masa yang sama ada beberapa batang gigi dah mula jarak antara satu sama lain. Kira cepat jugalah pergerakan gigi selama sebulan lebih ni.
Tak sabar nak tengok hasilnya selepas 2 bulan nanti. Harap gigi tak buat masalah lah nanti.
makin cantik la fiza lps ni..:)
ReplyDeleteHarap gigi cantiklah lepas ni. Hihi..
DeleteAssalamualaikum sis, baik warna hitam, dulu pakai warna nutreal stail lama kan hehe.. Makan yg berkunyit, jadi kuning,. Nampak dah cantik gigi sis.
ReplyDeleteWaalaikummussalam... yang tu mungkin jenis self ligating braces kot, dia tak ada O ring berwarna. Saya pakai jenis tradisional braces, conventional braces.
DeleteBetul, pakai hitam tak mudah bertukar warna bila makan makanan yang ada warna. Gigi dari depan memang nampak tersusun, tak berlapis. Pakai sebab ada gigi tepi senget lepas cabut tak ganti gigi.
Adoi, kita yg rasa sakit ni.
ReplyDeleteHihi..sakit manja-manja je ni.
DeleteOic pakai braces pun ada follow up rupanya. ^^ InshaAllah lepas ni boleh bukak dah..
ReplyDeleteYa, kalau jenis conventional braces ni kena setiap bulan. Jenis self ligating tu 2-3 bulan macam tu kalau tak silaplah. Lama lagi nak buka ni,1-2 tahun atau lebih.
DeleteJenuh juga tu tapi untuk kesihatan gigi supaya teratur tu kena la hadap juga rasa sakit yang selagi kita boleh tahan kan.....moga journey braces dipermudah.
ReplyDeleteYe, kena jugalah kita buat monthly review untuk mempercepatkan process bagi gigi elok tersusun semula. So far sakit dia sikit sikit je lah, kejap. Boleh tahan lagi sebab bukan jenis gigi berterabur. Cuma nak betulkan tegak dari senget je.
DeleteMudah-mudahan begitulah. Terima kasih doakan. Aamiin...
Betul ke org kata pakai braces lama lama gigi jadi jarang
ReplyDeleteAda masanya akan nampak jarak, nanti dia rapat semula.
DeleteSetakat ni macam mana? Dah dapat biasakan diri dgn braces?
ReplyDeleteTapi fiza mggu dpn byk mkn daging… boleh mkn ke tak nanti tu? 😉
Sekarang ni dah serasi sudah. Fall in love pulak. hihi..
DeleteItu tak menjadi masalah Anies sebab saya bukan pemakan daging sangat. Setakat nak buat rasa-rasa tu okay lah.
Whoaaa..Semakin berseri Seri bila Gigi dah cantik tuu! Teringin gak pakai sebab Gigi jarang tapi Macam tak berani nak ngadap follow up dsb..Haha
ReplyDeleteMudah-mudahan dapat hasilnya yang memuaskan. Kalau gigi jarang sikit ada pilihan lain, boleh cuba buat composite veneer dengan sekali lawatan je nona. Pernah buat dulu rawatan ni untuk gigi depan.
DeleteNampaknya saya memang minat dengan cerita braces kak fiza
ReplyDeleteHihi..sebab kita akan sama-sama melaluinya kan. Cuma beza jenis braces je.
DeleteBaca ini agak berdebar, karena teringat pengalaman pakai braces zaman dulu 🤣🤣. Masih terbayang sakitnya tiap kali abis Konsul, langsung tegang semua gigi hahahahah.
ReplyDeleteDulu pun saya pilih karet yg netral saja. Tak nak pakai warna warni apalagi merah. Ntah dikira Chili menempel di gigi nanti 😄
Hihi..pengalaman pahit yang meninggalkan kenangan yang manis. Mujurlah sakitnya tak lama. Hihi..pakai merah yang maroon tu okay lagi lah. Kalau pakai merah menyala tu rasa risau juga nak pakai sebab terlalu terang.
Delete