Hiking Bukit Kepayang Di Hari Cuti
3 Jun, hari Isnin haritu cuti Hari Keputeraan YDP Agong. Tak ada perancangan nak kemana-mana, jomlah kita hiking Bukit Kepayang kejap. Awal pagi jam 6.52 pagi kami dah mula mendaki.
Ingatkan tak ramai. Rupanya penuh juga parkir dan ramai orang macam biasa hiking hujung minggu. Cuma dalam gambar je lah orang lain tak kelihatan. Kita tunggu tak ada orang baru ambil gambar. Melainkan kalau ramai sangat.
Cuaca pagi tu agak mendung, suram dan sedikit kelam. Saja nak hiking bagi asah kaki biar tak tumpul.
Kami ikut laluan lain dari permulaan trek, terus ke kiri. Trek mendaki yang merupakan short cut kalau ikut dari sebelah kanan. Jimat masa sikit tapi sakit lah sikit sebab kena terus mendaki.
Lepas jumpa laluan yang biasa kami lalu, terus mendaki je. Sampai laluan ni kejap lagi tu sampailah ke puncak.
Tak lama mendaki, lebih kurang 15 minit mendaki sampailah ke puncak yang ada tokong Cina ni. Bila dah biasa hiking Bukit Kepayang ni, taklah rasa jauh sangat.
Bila dah lalu ikut Tokong Cina ni, tak sah lah kalau tak turun bergambar di puncak ada batu ni. Dapatlah layan permandangan kawasan taman Bukit Kepayang dari atas bukit. Kali ni bergambar dengan placard Bukit Kepayang yang berbeza. Tak silap ada 3 jenis tergantung di pokok berdekatan.
Teruskan perjalanan lagi. Nampak menarik pula tempat duduk di pokok nan sebatang ni. Dapat duduk layan sunrise ke sunset ke mesti tenang je rasa. Dapat pula tu menghirup secawan kopi. Nice sangat kan.
Kami tak terus naik ke puncak bukit sebelah kanan tu, kami ikut laluan bawah belah kiri ni.
Jalan terus, selepas tangga ke kuil India ada jalan tar kekanan dan terus menuju ke kuil India. Kami lalu tepi kuil India ni.
Kemudian barulah menuju terus ke puncak yang lagi satu ni. Port wajib bergambar setiap kali hiking Bukit Kepayang.

Seronok sebab boleh dapat masuk hutan di tengah bandar dan dekat dengan rumah. Tak perlu pergi jauh. Pula tu banyak trek. Boleh ikut mana-mana suka. Sesekali tukar route.
Bila dah lalu ikut Tokong Cina ni, tak sah lah kalau tak turun bergambar di puncak ada batu ni. Dapatlah layan permandangan kawasan taman Bukit Kepayang dari atas bukit. Kali ni bergambar dengan placard Bukit Kepayang yang berbeza. Tak silap ada 3 jenis tergantung di pokok berdekatan.
Teruskan perjalanan lagi. Nampak menarik pula tempat duduk di pokok nan sebatang ni. Dapat duduk layan sunrise ke sunset ke mesti tenang je rasa. Dapat pula tu menghirup secawan kopi. Nice sangat kan.
Kami tak terus naik ke puncak bukit sebelah kanan tu, kami ikut laluan bawah belah kiri ni.
Jalan terus, selepas tangga ke kuil India ada jalan tar kekanan dan terus menuju ke kuil India. Kami lalu tepi kuil India ni.
Kemudian barulah menuju terus ke puncak yang lagi satu ni. Port wajib bergambar setiap kali hiking Bukit Kepayang.
Bila dah turun barulah matahari muncul. Lambat pula. Punyalah ternanti-nanti nak tengok atas bukit, tapi tak ada rezeki.
Dapatlah berjalan 3.1km dan sampai bawah jam 8.04 pagi. Pecah peluh dan pecah lemak jugalah walaupun bukit tak tinggi mana.
Mendaki ni, walau nampak ramai tapi akan ada jugak tempat yang sunyi takde orang. Kecuali di puncak biasanya susah nak dapat kosong kalau pergi weekend.
ReplyDeleteBagus Fiza, mula awal dapat habis awal. Kami ni selalu mula lewat, macam ramai sangat ahli rumah yang nak diurus 🤭
Betul tu. Memang begitu biasanya. Puncak yang kurang ruang ambil masa sikit nak tunggu surut orangnya.
DeleteHihi..kadang lewat juga. Bergantung pada keadaan perut waktu pagi. Kalau tiba-tiba perut memulas, tu confirm lambat gerak. hihi...Kadang konon lepas solat subuh nak gerak, sudahnya dah siap siap lambat juga perginya.
dah tak pernah dah hiking hiking sejak kahwin.. punyalah pemalas laki bini
ReplyDeleteAt least dulu rasa jugalah pengalaman hiking tu kan kak. Dia bukan malas, cuma ada perkara lagi penting untuk diuruskan. Hiking ni kalau ada masa, hiking santai-santai okaylah buat terapi.
Deletemasa hiking terasa penat..lepas dah sampai tgk alam semulajadi depan mata...terus terbayar kepenatan tu..
ReplyDeleteterbaik trail ni dah ada pathway
Betul, penat yang berbaloi orang kata. Trail mudah kalau segala semak tu ditebas habis.
Deletekalau kuil ada kat situ maknanya gigih jugalah penganutnya pakat bukit setiap kali nak pegi sembahyang...
ReplyDeleteUntuk ke kuil tu ada jalan bertar terus naik atas dan sebelum sampai tu ada kawasan tar yang luas untuk parkir. Jadi, dorang tak perlu hiking melalui kawasan hutan.
DeleteLumayan lah kak, 3.1 km, 😄. Kalo rutin bisa betul2 membakar banyak kalori 👍
ReplyDeleteJarak yang agak berbaloilah jugak kan. Janji ada bakar kalori gitu. hihi...
Delete