Hiking Bukit Penarikan Memburu Awan Karpet

Dalam perjalanan balik kampung Raya Haji, sempatlah kami hiking Bukit Penarikan di Bahau dalam misi memburu awan karpet. Dah alang-alang limpas di Bahau menuju ke Segamat kan.

Tak berharap sangat dapat menyaksikan awan karpet sebab malamnya tu tak hujan. Jadi, kebarangkalian nak ada awan karpet pagi tu macam masih samar-samar lagi.

Mungkin kalau naik awal pagi-pagi ada lah kot. Kami mula hiking pun dah jam 7:38 pagi. Consider dah lewat waktu juga nak tengok awan karpet. Tak ada awan karpet pun tak apalah. Kita hiking santai-santai je lah. Lagipun belum pernah sampai sini lagi. Why not kita hiking suka-suka je.

Malas nak berharap sangat. Bukan apa, takut kecewa. Marilah kita! Ingatkan tak ramai orang hiking waktu cuti raya. Rupanya meriah juga ye. Dari kejauhan nampak kereta dan motor parkir di trailhead Bukit Penarikan.

Bukit Penarikan Bahau

Dari jambatan ni, belok ke kanan dan lepas tu ke kiri. Akan jumpa kawasan parkir kereta dalam ladang kelapa sawit. Dekat lah sikit nak mulakan pendakian. Ada pendaki tegar yang mula hike dari jalan besar utama tu. Humangaiii..jauh bonar!

Bukit Penarikan Bahau
jam 7.38am

Parkir percuma je dan tiada bayaran permit dikenakan. Awal-awal perjalanan, boleh jalan berleha-leha lagi. Nak berlari pun boleh. Kotlah nak kejar pace kan.

Bukit Penarikan Bahau

Selepas 7 minit perjalanan melalui ladang kelapa sawit, akan jumpa papan tanda. Ikut je arah papan tu.

Bukit Penarikan Bahau
jam7.45am

Bila dah masuk laluan simpang ikut papan tanda di atas, dah mula laluan mendaki. Sila kuatkan mental terlebih dahulu ya. 2 minit kemudian akan jumpa titi kayu ni.

Bukit Penarikan Bahau
jam 7.47am

Maka bermulalah pendakian menaik, naik dan terus menaik tanpa rasa kesian. Fuhh...walaupun laluan dia terang macam ni tapi tak mudah bila naik dan terus naik tanpa laluan mendatar. 

Tambah lagi mencabar sebab laluan ni dipenuhi dengan batu kelikir. Tersilap pijak batu, boleh jatuh juga dibuatnya. Lagi-lagi waktu menurun nanti.

Bukit Penarikan Bahau

Setelah mengharungi bukit yang menaik selama 18 minit macam tu, akhirnya sampailah laluan masuk ke hutan pula. Sebelum tu ada laluan mendatar sikit.

Bukit Penarikan Bahau
jam 8.05am, dari arah jalan mendatar tu terus naik laluan masuk hutan

Baru nak lega bila masuk laluan hutan tu, rasa macam sejuk sikit. Tapi azab juga bila terus menerus naiknya. Arghhh...benci! Tolong kaki saya sakit. Kaki cakap sakit, tapi otak suruh terus berjalan. Begitulah adat bila hiking. Kann...

Dalam otak dan kaki bergaduh, sampai juga ke puncak. Eh, bukan puncak sebenar. Ini puncak tipu! Ya, memang benar. Ini puncak tipu yang merupakan check point 3.

Bukit Penarikan Bahau
jam 8.22am

Marilah teruskan perjalanan menuju ke puncak. Selepas 5 minit barulah sampai ke puncak pertama Bukit Penarikan. 5 minit tu ikut pace saya yang sedikit mengah. 

Dari laluan atas ni kami ke kanan dulu menuju ke puncak pertama Bukit Penarikan. Sampai puncak pertama jam 8.27am.

Di puncak pertama Bukit Penarikan ni ada 3 hotspot yang wajib bergambar. Pertama di papan tanda batu Tahniah ni.

Bukit Penarikan Bahau

Di lokasi yang sama sebelah kiri ada papan tanda Bukit Penarikan dengan ketinggian 1089ft/332 meter.

Bukit Penarikan Bahau

Ketiga, Jupem stesen GPS Bukit Penarikan. Bolehlah ambil gambar macam ni. 

Bukit Penarikan Bahau

Hanya 4 minit je habiskan masa untuk bergambar dan ambil video di sini. Mujurlah masa tu hanya kami je di situ. Jadi tak perlu nak menunggu giliran bergambar di papan tanda tu.

Kemudian kami patah semula melintasi laluan mendaki tadi dan jalan terus untuk menuju ke puncak satu lagi iaitu puncak paragliding yang ada karpet hijau tu.

Bukit Penarikan Bahau

Dari kejauhan dah nampak puncak paragliding tu. Macam ramai orang je kat situ. Ada juga pendaki yang terus naik di situ. Ada laluan short cut ke sana. Tapi kami tak ikut laluan short cut. Pertama kali datang, haruslah kita singgah puncak pertama dulu kan.

Bukit Penarikan Bahau

Salah satu tarikan menarik di Bukit Penarikan ni adalah laluan hutan yang cantik ni. Laluan jalan Harry Porter katanya. Lagi menarik kalau datang pagi-pagi waktu berkabus. Kalau pandai ambil gambar, lagi cantik hasil gambarnya.

Kita datang waktu dah terang, begini je lah dapatnya. Tak ada mystical view sangat. Tapi masih cantik permandangannya. Jam 8 lebih pun dah terang berderang dah.

Bukit Penarikan Bahau

Di laluan hutan yang cantik tu berhenti lama sikit sebab ambil gambar. Jam 8.44am barulah kami hampir sampai ke puncak paragliding Bukit Penarikan.

Bukit Penarikan Bahau

Agak kecewa jugalah bila sampai di puncak ramai orang. Tak ada ruang yang selesa untuk kami lepak lama menikmati permandangan. Sempat melunjur kaki tak sampai seminit untuk ambil gambar kejap. 

Bukit Penarikan Bahau

Lepas tu ambil gambar kejap dah terus turun semula jam 8.52 am. Ikutkan hati nak je lepak lama. Nak layan view dengan saki baki kabus yang masih tinggal dan layan angin sepoi-sepot bahasa. Tapi banyak ruang menarik dah di ambil orang. Malas nak tunggu. Jomlah kita pulang.

Bukit Penarikan Bahau

Dari atas ni dapatlah tengok view permandangan pekan Bahau. Masa kami hiking ni cuaca mendung je. Tak panas. Itu yang ramai lepak kat puncak paragliding ni. Saya terpaksa ambil spot yang tepi untuk bergambar sebab tak nak nampak orang ramai.

Sampai bawah jam 9.36am. Kesimpulannya, Bukit Penarikan ni agak mencabar juga untuk pemula. Jangan dipandang enteng. Nampak mudah tapi tak mudah nak berjalan naik bukit dan terus naik. Ambil masa 1 jam jugalah untuk sampai ke puncak.

Turun tu macam biasa laju sikit. Tapi tak boleh laju sangat. Kena berhati-hati menurun di laluan yang banyak batu kelikir. Licin oiii...Mujur tak hujan. Sila turun ikut cara ketam berjalan. Okay, Bukit Penarik is done! Cuma tu lah, tetaplah tak berjaya memburu awan karpet. 

12 comments:

  1. Uishhh menarik ni.. tak jauh dri Tampin.. oleh la try juga kalau blk kg nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba naik Bukit ni nanti. Selamat mendaki.

      Delete
  2. Syaang tak dpt tgk awan carpet tu.. kalau tak mesti awesome.. insyallah next time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki lagi. Betul! Kalau tidak memang awesome lah. Takpa, usaha tangga kejayaan.

      Delete
  3. kalau tgk warna tanah tu kalau time ujan mesti.licin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kering pun dah licin dengan batu kelikir tu. Inikan pula waktu hujan. Kena berhati-hati.

      Delete
    2. oo ye ke? mmg kena jalan berhati-hati tu...

      Delete
    3. Ya, sentiasa berhati hati melangkah gitu.

      Delete
  4. Replies
    1. View kehijauan yang mendamaikan. Alhamdulillah dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah.

      Delete
  5. Laluan hutan tu nampak cantiklah Fizah.
    Kak Amie kalau hiking memang tak jemu-jemu tangkap gambar sana-sini. Ada jew pemandangan menarik hendak dirakam.
    Lain kali boleh hiking lagi untuk memburu awan karpet kali kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik laluan tu Kak Amie. Rugi kalau tak bergambar kat situ kan.
      Betul tu, datang tempat cantik mesti nak merakam banyak gambar. InshaAllah, ada kekuatan dan masa bolehlah hiking lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.