Hiking Santai-Santai Bukit Sikai, Kuala Pilah

Kita nak pergi hiking mana minggu ni? Nak hiking santai-santai je. Tapi masih dekat dan masih mengekalkan hiking bukit je. Nak hiking gunung macam malas. Sebab nanti ambil masa yang lama. Kebetulan nak balik kampung Kuala Pilah, jomlah kita hiking Bukit Sikai kejap.

Bukit Sikai

Bukit Sikai terletak di Seri Menanti (Luak Gunung Pasir), Kuala Pilah. Berketinggian 280 meter. Memiliki permandangan berkabus yang menarik di waktu pagi. Pendakian mudah sesuai untuk pemula.

Di kaki Bukit Sikai terdapat kolam sebelah kanan. Sekitarnya dikelilingi ladang kelapa sawit dan juga terdapat rumah burung walet. Boleh mendaki secara percuma kerana tiada bayaran permit dikenakan.

Bukit Sikai, Kuala Pilah

Kami mula mendaki jam 6.54 pagi. Waktu tu, suasana pun mulai terang. Kabus pun dah berkurang. Tak ada berkepul-kepul macam awan karpet. Awal betul hilangnya. Ingatkan dah awal dah tu. Agaknya kena datang lagi awal kot.

Apa yang saya baca dari pengalaman pendaki lain, Bukit Sikai ni mudah untuk mendaki dan ambil masa 10-20 minit je macam tu. Lepas tu permandangan berkabus waktu pagi yang cantik. Itu yang kami beria nak mendaki Bukit Sikai. Kalau tak dapat awan karpet, dapat permandangan kabus pun jadilah.

Sewaktu kami sampai, hanya ada sebiji kereta dan ada pendaki dah sampai dulu di atas bukit. Kami terus mendaki sebab nak mengejar kabus atas bukit punya pasal. 

Mendaki tanpa berhenti dengan pace perlahan sebab selepas melintasi rumah burung tu, semak kiri kanan bukan main hebat lagi. Laluan muat-muat badan je.

Ada juga kawasan semak yang baru ditebas sikit. Tanah pun ada yang berlubang-lubang ditutupi semak yang ditebas. Kalau tak hati-hati, boleh jadi kaki terpijak lubang. Tak sangka pula trek di sesemak itu.

Sebelum ni saya tengok laluan dia terang luas macam laluan ladang kelapa sawit tu. Agaknya sebab dah kurang orang mendaki, itu yang semak. Saya tak ambil gambar sebab tak berhenti. Risau pula nak berhenti di tempat semak.

Selepas 15 minit lebih kurang, sampailah kami di puncak bukit. 

Hiking Bukit Sikai

Atas Bukit Sikai ada beberapa bongkah batu besar yang menarik untuk port bergambar. Tapi batu yang viewnya menarik dah di conquer oleh mereka yang sampai awal. Mereka pun tak nampak macam nak berganjak je. Siap lepak baring lagi. Takkan kita nak halau pula. 

It's okay, kita ambil gambar di tempat lain je lah. Dapatlah bergambar dengan berlatarbelakangkan saki baki kabus yang masih tinggal. Dari atas bukit nampak juga permandangan kaki bukit dan kolam di bawah.

Hiking Bukit Sikai

Ada juga tempat rehat beratap. Kalau hujan atau panas bolehlah pendaki berteduh di sini. Mujurlah juga puncak ni tak sesemak macam trek tadi. 

Hiking Bukit Sikai

Walaupun tak semak, tapi ada permandangan yang menyemakkan mata. Sampah! Dah ada papan tanda peringatan pun masih tak nak ikut peraturan. Manusia manalah yang tak bertamadun ni, yang tak reti nak jaga alam sekitar.

Hiking Bukit Sikai

Lebih kurang 20 minit enjoy the view atas bukit, kami pun turun. Kelihatan nun jauh di bawah ramai pendaki yang baru datang mula mendaki. 

Hiking Bukit Sikai

Semasa turun, barulah matahari memunculkan diri. Sempatlah kita ambil gambar kejap di kawasan yang landai ni. 

Hiking Bukit Sikai

Sebelum gerak balik bergambar dulu di papan tanda ni. Landmark penting seberang jalan masuk ke Bukit Sikai.

Hiking Bukit Sikai

Dari kejauhan dan boleh nampak puncak Bukit Sikai. Tak tinggi mana pun. Kalau trek terang jelas macam laluan ladang kelapa sawit tu, kejap je dah boleh sampai puncak. Silap-silap boleh berlari tak sampai 5-10 minit dah sampai puncak.

Tapi itulah waktu kami pergi memang semak betul trek dia. Bukit Sikai ni jarang orang datang kot. Itu yang semak. 

Hiking Bukit Sikai

Apa-apa pun misi berjaya menawan Bukit Sikai, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aktiviti hiking pertama untuk permulaan bulan Jun.

10 comments:

  1. Assalamualaikum sis, bestnya activiti outdoor hiking di bukit sikai, nyaman dan segar. Cantik bergambar atas batu tu. Tak tinggi tapi permandangan indah dengan panorama langit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis,
      Ya, seronok aktiviti hiking ni dapat mendekati alam sebagai terapi. Walaupun tak tinggi, permandangan dari tempat tinggi memang cantik dan menarik.

      Delete
  2. dulu saya rajin la hiking2 ni.. zaman training untuk hiking kinabalu... sekarang dah lama dah stop.. kalau start balik mesti semput teruk.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak naik Kinabalu memang kena rajin practise kan. Saya pun baru mula semula. Dulu rajin juga. Sekarang ni baru nak giat semula. Marilah kita mulakan aktiviti hiking kembali. Ayuh!

      Delete
  3. dari jauh nampak mcm tinggi... tapi sebenarnyaaa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..begitulah. Kena naik sendiri baru tahu tinggi ke tidak.

      Delete
  4. pandai jurukamera amikkan gambar.. cantik cantik semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh jangan dipuji kak, nanti kembang tak kucup-kucup pulak dia. hihi...Terima kasih

      Delete
  5. Rutin kakak trekking yaaa 👍. Kakak selalunya trekking yg naik ke atas bukit begini? Di sini pun ada beberapa tempat trekking. Tp mostly menuju waterfall. Rutenya ada yg mild, medium sampai heavy.

    Tapi 1 pun blm saya coba hahahaha. Tuh lah, berbasah2 ini yg tak terlalu nak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nampaknya begitulah jika ada masa. Saya suka naik bukit sebab cepat sampai. hihi...Wah menarik tu trekking ada watarfall sekali. Kalau heavy tu, saya pun tak sanggup lah. hihi..faham maksudnya tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.