Makan Petang Di Rumah Panggung Cafe, Port Ngopi Tepi Sungai
Hujung minggu yang lalu, tak ada aktiviti hiking. Ajak encik suami makan petang di Rumah Panggung Cafe Jalan Pantai Seremban. Sebab dah brunch (breakfast + lunch), jadi kita makan petang lah.
Saya tahu ni pun dari TikTok, tu yang berhasrat nak pergi juga makan di sini. Sebelum viral, baiklah kita pergi dulu. Kononnya nak pergi malam tapi macam nak pergi siang je sebab nak rasa suasana siang. Siang lebih menarik dengan permandangan sungai tu.
Rumah Panggung Cafe ni konsep dia klasik gitu. Dengan rumah kampung, ruang makan terbuka di tepi sungai. Memang best vibes dia. Alang-alang ada masa, jomlah kita! Lagipun tak jauh dari rumah. 8 minit sampai ikut waze.
Beginilah suasana dia daripada pintu masuk Rumah panggung Cafe. Suasana rumah kampung. Baru lepas dinaiki air selepas hujan lebat sebab tepi sungai sungai kan. Tambah lagi cuaca sekarang tak menentu, asyik hujan je. Kalau hujan, air naik terpaksalah tuan kedai tutup kedai.
Tak pasti kenapa dinamakan Rumah Panggung. Kalau nak tahu, kena tanya tuan tanah kedaung.
Masa kami sampai ada 2-3 meja ada penghuni. Kalau dah sampai tempat begini, semestinya saya akan pilih meja dengan permandangan yang menarik. Saya pilih meja yang betul-betul dekat dengan tepi sungai.
Kami datang pukul 4 lebih macam tu. Cuaca pun sedang elok. Tak panas sangat dan cerah. Kadang-kadang muncul mendungnya.
Dari meja kami, permandangan dari belakang Rumah Panggung Cafe. Bagusnya di sini meja diletak jauh-jauh antara satu dengan lain.
Dari sudut lain, ada banyak lagi ruang makan yang disediakan. Semuanya berjarak-jarak juga.
Encik suami pesan spanish latte sejuk. Pesanan ni sampai dulu. Nikmat betul sedut air kopi sejuk sambil menikmati permandangan sungai depan mata. Bertambah sejuk tekak walaupun cuaca begini.
Kemudian air saya pula sampai. Macam biasa saya akan memilih minuman panas. Saya pilih caramel macchiato sebab tak ada menu hazelnut latte.
Saya suka kalau kopi latte dihidangkan dalam cawan begini berbanding cawan kertas, kurang sedap jadinya. Betul tak? Macam ni baru ngam. Barulah dapat ambil gambar cantik sikit dengan berlatarbelakangkan suasana sungai tu haaa.
Agak lama sikit menunggu makanan. Spaghetti carbonara pun sampai. Nak makan roti bakar, payah pula bila pakai braces ni. Susah nak gigit. Gigit depan macam tak function dah.
Spaghetti carbonara boleh tahan sedap juga. Tak terlalu creamy dan tak muak. Sos yang banyak.
Tiba pula giliran nasi lemak mendarat di meja kami. Encik suami pesan nasi lemak ayam berempah. Terpaling lambat sampai sebab tunggu ayamnya masak barangkali. Saya suka sambal dia sebab pedas.
Di sini tak banyak menu makanan sangat. Yang saya ingat ada roti bakar, nasi lemak biasa, nasi lemak ayam berempah, spaghetti carbonara dan spaghetti thai green curry kalau tak silaplah. Kira bolehlah kalau nak menjamu selera dan lepak mengopi di sini.
Harga pun masih berpatutan, tak macam kedai kopi hipster yang lain. Suasana tu yang mahal tu. Boleh ulang datang mengopi di sini.

Agak privasi dan saya suka macam ni. Selesa nak menyembang, meja sebelah tak dengar sangat. Melainkan kalau menyembang dengan suara yang satu kampung boleh dengar. Itu lain.
Dari sudut lain, ada banyak lagi ruang makan yang disediakan. Semuanya berjarak-jarak juga.
Lepas kami pilih meja, kami diberikan menu. Tak ambil banyak masa memilih, terus kami buat pesanan.
Salah satu sebab teringin ke sini sebab nak mengopi. Barulah syok mengopi di tepi sungai gitu.
Salah satu sebab teringin ke sini sebab nak mengopi. Barulah syok mengopi di tepi sungai gitu.
Encik suami pesan spanish latte sejuk. Pesanan ni sampai dulu. Nikmat betul sedut air kopi sejuk sambil menikmati permandangan sungai depan mata. Bertambah sejuk tekak walaupun cuaca begini.
Rasa spanish latte yang sedap krim berlemak.
Kemudian air saya pula sampai. Macam biasa saya akan memilih minuman panas. Saya pilih caramel macchiato sebab tak ada menu hazelnut latte.
Dah lama rasanya tak menikmati caramel macchiato. Memanjang pesan hazelnut latte je kalau beli kopi. Caramel macchiato jarang lah tak sedap. Sedapnya hirup buih-buih atas sebelum dikacau rata.
Saya suka kalau kopi latte dihidangkan dalam cawan begini berbanding cawan kertas, kurang sedap jadinya. Betul tak? Macam ni baru ngam. Barulah dapat ambil gambar cantik sikit dengan berlatarbelakangkan suasana sungai tu haaa.
Agak lama sikit menunggu makanan. Spaghetti carbonara pun sampai. Nak makan roti bakar, payah pula bila pakai braces ni. Susah nak gigit. Gigit depan macam tak function dah.
Spaghetti carbonara boleh tahan sedap juga. Tak terlalu creamy dan tak muak. Sos yang banyak.
Tiba pula giliran nasi lemak mendarat di meja kami. Encik suami pesan nasi lemak ayam berempah. Terpaling lambat sampai sebab tunggu ayamnya masak barangkali. Saya suka sambal dia sebab pedas.
Nasi kurang sikit lemak dia tapi masih berlemak. Sedap juga begitu. Nanti berlemak sangat, mengantok! Ayam pula saya tak rasa sebab malas nak mengunyah daging ayam.
Di sini tak banyak menu makanan sangat. Yang saya ingat ada roti bakar, nasi lemak biasa, nasi lemak ayam berempah, spaghetti carbonara dan spaghetti thai green curry kalau tak silaplah. Kira bolehlah kalau nak menjamu selera dan lepak mengopi di sini.
Harga pun masih berpatutan, tak macam kedai kopi hipster yang lain. Suasana tu yang mahal tu. Boleh ulang datang mengopi di sini.
Nama dan tempatnya sama menarik. Jealous tengok sana banyak port makan macam ni.
ReplyDeleteSeiring gitu kan kak. Johor pun tak kurang banyaknya tempat menarik. Tapi menang lah sebab banyak makanan favourite kita. Nama pun Johorian kan. Hihi...
DeleteSerius cantik dan best nya tempat makan tepi sungai ni. Makanan pun nampak sedap.
ReplyDeleteIn reality memang cantik tempatnya. Tenang ribut jiwaaa. Makanan pun boleh tahan sedap. Bergantung pada taste bud masing-masing.
DeleteMacam menarik je..
ReplyDeleteBukan macam, tapi memang menarik.
DeleteNyamannya ngopi kat situ. Untung tuan rumah.
ReplyDeleteSangat nyaman. Tapi tak pastilah tuan rumah stay di situ atau hanya sekadar untuk perniagaan je.
DeleteSuasana tenang bunyi air sungai, nampak menarik! Tapi jauh betul nak pergi..
ReplyDeleteItu yang best tu. Kot terlimpas di Seremban, bolehlah singgah.
DeleteCantiknya vibes ngopi di sini ..healing
ReplyDeleteBest sangat vibes ngopi macam ni kan. Sesambil tu healing sekali.
DeleteMemang selesa mengopi di meja yang agak jauh dari meja pelanggan lain. Saya pun suka suasana begitu.
ReplyDeleteNampak lain dari yang lain Rumah Panggung Cafe ini. Sesuai sangatlah untuk pelanggan yang ingin bersantai-santai walaupun tidak banyak pilihan menu makanan dan minumannya.
Baru selesa begitu kan Kak Amie. Ya, lain dari yang lain. Keunikan begitu salah satu tarikan untuk pengunjung datang. Betul! Sangat sesuai untuk santai-santai.
Deletemak aiiii syoknyaaaaa
ReplyDeletemakan sedap dpt menjamu mata lagi dgn alam sekitar...
tau2 je dah nak maghrib ;-)
Terpaling syok macam ni kan. 2 in 1. Alamak, sampai Maghrib tu macam lama nau duduknya. Kang kena halau. Kalau ramai tak boleh lah nak berlamaan. hihi...
Deletemengopi di tepi sunagi memang feeling dia lain macam.. dulu pernah buat macam tu masa lepak dengan kawan2 uni. kami lepak kat sumpitan perak. ada area glamping tepi sungai di situ yang ada sekali dengan cafe kopi brew.. memang layan..
ReplyDeleteSeronok kalau ada tempat macam ni berdekatan dengan kita. Memang layanlah kan.
DeleteSetalah lihat bentuk rumah ya, saya JD paham ke apa dinamakan rumah panggung 😄. Rumah yg dibangun tinggi dan ada kolong di bawahnya, memang disebut rumah panggung kalo di sini. Biasanya bagian kolong digunakan utk simpan peralatan tani atau ternak. Juga utk mencegah binatang buas naik ke atas. Unik juga konsep dia ya.
ReplyDeleteDan saya sukaaa Krn dekat sungai 😍😍. Jarang menemukan kafe dengan konsep nature seperti ini
Ohhh begitu. Baru saya faham kenapa nama dia begitu. Terima kasih untuk penjelasan tu fanny. Sangat appreciate. Konsep yang unik dan rare dengan adanya sungai tu.
DeleteUishhh syantek nyer tempt Rumah Panngang Cafe ni... Nasib sungai air tak dalam kalau tak mesti dah terjun tiruk kat situ hahahaha :D
ReplyDeleteReka bentuk rupa dan konsep yang menarik kan. Air sungai macam tu sesuailah untuk anak-anak mandi mandi. Kalau terjun tiruk nanti terbenam masuk dalam pasir pulak. hihi..
DeleteSeronok layan cofffee tepi sungai macam ni.. meja jarak2 ada privasi lebih nak melayan suasana..
ReplyDeleteBetul betul. Best menjamu selera di sini dengan jarak meja yang jauh, lagi selesa.
Deleterumah ni pernah jadi set penggambaran kot dulu... tu yg dia letak nama rumah panggung. menarik pulak pinggan carbonara tu, mcm flat tapi berkawah gitu
ReplyDeleteOh ye ke? Saya tak tahu pula pasal ni. No wonder lah. Pinggan moden nampak menarik gitu kan.
Delete