Setelah Sekian Lama Tak Sarapan di Warung Laman Nurani, Kuala Pilah
Alang-alang ada urusan di Kuala Pilah semalam, pagi tu rancang nak sarapan di Warung Laman Nurani, salah satu tempat kedai makan sedap di Kuala Pilah. Nak makan mi bandung! Dah lama tak makan di warung tu sebab tutup. Rasanya baru kembali beroperasi. Tak pastilah dah lama kembali buka atau baru lagi.
Total makan berdua, RM13. Kira murah lah tu kan. Kot terlimpas Kuala Pilah, boleh cuba makan sarapan pagi atau tengahari di Warung Laman Nurani ni. Waktu operasi dan menu seperti dalam gambar di bawah.
Sebelum pulang, jom kita tengok dulu ikan-ikan yang ada dalam kolam berdekatan dengan warung. Ada banyak jenis-jenis ikan.
Jangan lupa untuk bergambar sekali di tulisan dinding ni tanda hadir.
Saya tahu pun sebab nampak ada orang share di facebook baru-baru ni. Ingatkan terus tutup lepas PKP tu. Tak silap 2 kali pernah pergi tapi tutup. Baguslah juga diteruskan sebab mi bandung situ sedap. Rasa mi bandung yang unik walaupun tak macam mi bandung Johor. Muar, spesifiknya.
Kali pertama dan terakhir sarapan di Warung Laman Nurani tahun 2021sarapan di Warung Laman Nurani tahun 2021. Tahun 2024 kita kembali lagi sarapan di sini. Selain mi bandung yang sedap tu, suka dengan suasana warung kampung yang mendamaikan ni.
Lepas selesai urusan di pekan Pilah, mohlah kita menuju ke Warung Laman Nurani. Lambat sikit sarapan jam 9.00 lebih macam tu. Semasa sampai pun ada lah 2 meja berpenghuni. Okaylah tak ramai, boleh makan dengan tenang dan berlamaan sikit.
Saya pesan mi bandung abah dan air suam. Pesan air suam je lah. Nak minum air kopi panas rasa bersalah pula dengan gigi sejak pakai braces ni. Banyak pula pantang larang ni. Risau nanti melekat stain kopi pada gigi dan bracket. Kalau pakai straw takpa lah.
Macam biasa, mi bandung eh sodap! Walaupun kuah dia tak pekat, agak cair tapi rasa dia tak mengecewakan lah. Tak sia-sia datang jauh dari Seremban. Suka mi kuning tu sebab tak rasa kapur. Mi kuning lonek yang disukai ramai. Tak banyak kedai jual mi kuning lonek ni. Susah juga nak dapat. Biasanya senang dapat di kedai runcit sekitar Kuala Pilah.
Sedap betul dapat menikmati mi bandung waktu sarapan pagi ni. Berpeluh makan panas-panas. Mujur tak minta pedas. Kalau tidak, lagi berasap makan mi bandung. Tu belum minum air suam lagi tu. Ini parah ni.
Udang pula segar, memang sedap lah mi bandung abah ni cerita dia. Peminat mi bandung wajib cuba.
Encik suami pesan nasi lemak gobar dan teh tarik. Sambal nasi lemak dia agak kurang menepati selera sikit. Sama macam sebelum ni. Tapi ayam rempah tu sedap kata encik suami. Teh tarik kurang manis, terbaik! Cuma kurang kaw je lah.
Total makan berdua, RM13. Kira murah lah tu kan. Kot terlimpas Kuala Pilah, boleh cuba makan sarapan pagi atau tengahari di Warung Laman Nurani ni. Waktu operasi dan menu seperti dalam gambar di bawah.
Jangan lupa untuk bergambar sekali di tulisan dinding ni tanda hadir.
Lokasi Warung Laman Nurani
No.19 Off Laman Nurani
Kg Sg Dua Besar
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kg Sg Dua Besar
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Dah tiga kali la sis ke situ, tentu sedap, nampak pun pekat lazat. Thanks for sharing
ReplyDeleteIni kali kedua makan di sini. Pernah datang sekali tutup pula. Mi bandung tu memang sedap.
DeleteSama².
Nampak tenang je makan kat sini sebab tepi parit besar / sungai tu......banyaknya ikan.....
ReplyDeleteTenang dan mendamaikan makan di tepi kolam dengan suasana kampungnya tu.
DeleteAisssh memang kliatan enak. Ada udang pula. 😍😍. Kemarin saya makan mie udang di Ipoh Heritage resto, di jakarta tapi , cuma tuh lah pakai mie kuning seperti di atas tapi agak kureeeng sikiit rasa mie nya. Kuah pula terlalu encer.
ReplyDeleteNantilah di KL atau Penang nak cari mie bandung atau mee udang yg sedap 😄
Menurut saya, mi bandungnya memang enak. Kalau suka udang lebih boleh pesan yang ada extra udang tu. Mi yang ni enak sebab tak ada rasa kapur. Mi pun kenyal.
DeleteDi KL susah nak jumpa mi bandung yang agak authentic. Penang biasanya popular dengan mi udang atau mi kuah.