Waktu Doa Mustajab Hari Arafah 1445H/2024M dan Doa-Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah

Berdasarkan hasil cerapan dan pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, tarikh umat Islam di Malaysia menyambut 1 Zulhijjah jatuh pada 8 Jun 2024. Bermakna Hari Arafah di Malaysia jatuh pada 9 Zulhijjah 1445H/ 16 Jun 2024 bersamaan hari Ahad.

HARI ARAFAH

Hari Arafah adalah hari ke-9 Zulhijjah di mana hari tersebut melibatkan semua jemaah Haji akan berwukuf di Arafah kerana ia adalah rukun terbesar dan terpenting buat ibadah Haji.

Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. 

Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.

Umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan amal ibadah pada 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah, maka tidak ada waktu yang kita terlepas untuk beramal soleh. 

Kita juga boleh MEMPERBANYAKKAN BERDOA pada hari Arafah mengikut ketetapan Makkah untuk mengambil fadhilat waktu Arafah. Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah dan Doa-Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah
sumber : JAKIM


WAKTU DOA MUSTAJAB HARI ARAFAH DI ARAB SAUDI DAN MALAYSIA

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah. Untuk kita yang tinggal di Malaysia, kita ikut waktu di Malaysia.

Di Malaysia, Puasa pada Hari SABTU di kira puasa hari Tarwiyah manakala Puasa pada hari AHAD 16/6/2024 (9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI

9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Zuhur 12:22pm
Maghrib 7:04pm

WAKTU MALAYSIA

9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Waktu 5:22pm
Waktu 12:04am

Nota: Perbezaan masa Makkah dan Kuala Lumpur adalah 5 jam.

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
  2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
  4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
  12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
  13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
  14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
  15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
  19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
  25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
  28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...

sumber :

14 comments:

  1. sama2 kita berusaha dan ikhtiarkan yang terbaik pda hari Arafah. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  2. Antara saat2 yang ditunggu-tunggu… waktu wukuf dan mengharapkan segala hajat diperkenankan-Nya…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah makbulkan segala doa-doa kita.
      Aamiin...

      Delete
  3. Perkongsian yang berilmiah. Nanti nak refer sini masa hari arafah.

    ReplyDelete
  4. Paling diidamkan adalah tiada seksa kubur dan masuk syurga!

    ReplyDelete
  5. Moga Allah makbulkan semua doa kita, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu sebagai rujukan. :)

    ReplyDelete
  7. Semoga segala doa kita dimakbulkan Allah..AAMIN!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.