Bab 7 : Julai 2024

Hari keempat di Bulan Julai baru ada kesempatan menaip di blog. Nampak tak betapa sibuknya tuan tanah. Tenggelam timbul je sekarang. Maafkan saya wahai kawan-kawan blog. Mood tengah merajuk tak makan dipujuk.

Hati sedang galau orang kata. Galau tak galau, bila mood tengah OK ni baiklah kita teruskan menaip. Hello Julai, kita dah menjalani setengah tahun 2024 sudah.

Page 183/366
grow as you go, don't stop.
Your life has a purpose.
You didn't come this far to only come this far.
Keep going.

Marilah kita meneruskan dan menikmati hari-hari seterusnya dengan penuh bersemangat dan rasa bersyukur.

Bab 7 : Julai 2024

Cuti umum/ Public holidays Julai 2023

7 Julai – Awal Muharram/ Maal Hijrah (semua negeri- cuti umum)
7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown/ Hari Ulangtahun pengisytiharan Tapak Warisan Dunia (Pulau Pinang)
13 Julai – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
22 Julai – Hari Kemerdekaan Sarawak (Sarawak)
30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang

Sambutan pada bulan Julai

2 Julai – Sambutan Hari UFO Sedunia (World UFO Day)
3 Julai – Hari Tanpa Beg Plastik Sedunia (International Plastic Bag Free Day)
7 Julai – Hari Coklat Sedunia (World Chocolate Day)
10 Julai – Hari Kesedaran Penyakit Kronik (Chronic Disease Day)
10 Julai – Hari Kesedaran Serangan Panik (Panic Attack Awareness Day)
11 Julai – Sambutan Hari Populasi Sedunia (World Population Day)
12 Julai – Hari Malala (Malala Day)
13 Julai – Hari Kesedaran GIST (GIST Awareness Day)
15 Julai – Hari Leiomyosarcoma Kebangsaan (National Leiomyosarcoma Day)
16 Julai – Hari Ular Sedunia (World Snake Day)
17 Julai – Hari Keadilan Antarabangsa (World Day for International Justice)
21 Julai – Hari Sifar Stigma HIV (Zero HIV Stigma Day)
23 Julai – Hari Sjogren Sedunia (World Sjogren’s Day)
24 Julai – Hari Penjagaan Diri Antarabangsa (International Self-Care Day)
28 Julai – Hari Hepatitis Sedunia (World Hepatitis Day)
29 Julai – Sambutan Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day)
30 Julai – Hari Persahabatan Antarabangsa (International Day of Friendship)

Hujung minggu ni kita ada cuti hujung minggu yang panjang. Bolehlah ambil masa berehat dan bercuti tenangkan diri.

Sebelum berakhir, doakan kesembuhan anak-anak buah saya di Segamat yang terlibat dalam kemalangan.

23 Jun,
Fhareed (adik) di langgar kereta nak keluar simpang selepas balik sekolah. Akibatnya patah kaki (patah tebu). Kaki kena operate masuk besi. Doktor jangkakan ambil masa 6 bulan macam tu untuk sembuh. Tahun ni SPM pula tu. 

Dah seminggu lebih masuk hospital. Harini 4 Julai, katanya dah boleh keluar wad. Tapi kena cuci luka kaki setiap hari di klinik berhampiran. Risau pula ada infection bila terdedah di luar. Kena jaga pantang, tak boleh lasak dan jaga makan juga.

27 Jun,
Fakhri (abang) terlanggar something. Katanya babi. Mungkin babi tu langgar dia sebab tengok kerosakan motor dan gaya jatuh tu macam dilanggar teruk. Jam 3 pagi macam tu lepas jaga adik dia di hospital dan lepak dengan member. Dah nak sampai rumah dah masa tu.

Mujurlah dia berdaya nak call maknya. Itupun tak cakap apa, datang datang katanya. Mak dia kejutkan adiknya yang ada kat rumah suruh cari abang dia kat mana-mana tepi jalan. Dah jumpa, terus call ambulans. Ambulans lambat sampai, 30 minit jugalah.

Doktor bagitahu ada pendarahan otak selepas xray. Ada defect, mungkin kena hantar operate di Hospital Batu Pahat. Lepas tu katanya ada defect. Dia mungkin lost, ingat tak ingat macam tu. Allahuakbar.

Dengan kuasa Allah yang maha besar dan maha baik, selepas scan atau xray kali kedua macam tu. Doktor kata tak perlu ke hospital sana dan tak perlu operate. Alhamdulillah...

29 Jun discharge. Tapi dia baru mula sakit leher dan bahu akibat dari kemalangan tu. Apa yang jadi dia memang tak ingat dah. Nak bangun atau baring dia rasa pening. Follow up nanti di Hospital Batu Pahat. Perlukan masa dan rehat yang cukup untuk sembuh.

Doakan mereka terus kuat dan kembali sembuh. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hadapi segala ujian Allah dengan sabar dan tenang. 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.