Beli Hadiah Birthday Encik Suami

Kembali bersiaran lagi dalam dunia blog. Tak tahulah nak mulakan cerita dari mana. Cerita banyak tapi mood tak ada. Begitulah lumrah seorang blogger. Hanya blogger je yang faham. Kannn?

Terima kasih kepada mereka yang bertanyakan khabar saya. Saya baik-baik je. Marilah kita mulakan cerita beli hadiah birthday encik suami hujung bulan Jun yang lepas.  

Tahun ni tak dapat nak merancang bercuti ke mana-mana sebabnya masa birthday encik suami saya kena hadir mesyuarat tahunan pula. Jadi, kena balik kampung. 

Jadinya sehari sebelum birthday encik suami, kita beli hadiah dan sambut awal sehari. Sambut awal tak kalut orang kata. Awal-awal dah tanya nak hadiah apa. Senang nak bajet. Katanya nak glove motor. Okay baiklah, on je!

Sebelum membeli glove, pergi tukar radio kereta dulu. Dah sampai masanya tukar baru sebab radio asalnya dah rosak. Mujur juga ada spare radio kereta adik ipar. Tak payah beli baru, cuma bayar upah pasang je. 

Upahnya RM35 di Hung Auto Car Accesories Seremban. Pasangnya pun tak lama tak sampai setengah jam dah siap. Ada kedai lagi satu tu charge dia RM45. Beza RM10. Baiklah pergi kedai ni. Buat kerja pun laju.

Sementara menunggu pasang, berkenan pula dengan kereta depan kedai ni. Ambil gambar lah buat modal untuk blog. Terbayang pula kalau ada kereta ni, drive santai-santai bercuti seronok juga. Ahh..berangan je lah mampu. Berangan kan percuma.
Hung Auto Car Accesories Seremban
bukan ini hadiahnya ye.

Macam-macam accesories kereta ada di kedai ni. Ini kalau di belek-belek boleh jadi banyak belanjanya nanti. Baik jangan! Kita perati dari luar je lah ye.

Hung Auto Car Accesories Seremban

Selesai urusan tukar radio kereta, moh lah kita mencari hadiah glove pula di Excel Bikers Sdn. Bhd di Seremban juga. Saja nak tambah glove baru, buat spare kalau lagi satu basah katanya. Almaklumlah kalau balik kerja hujan memang tak dapat elak glove basah.

Excel Bikers Sdn. Bhd

Sementara menunggu encik suami memilih. Kita pun cuci mata jugalah tengok helmet yang ada. Berkenan tu memang berkenan tapi kenalah menabung dulu. Helmet Shoei ni bukan harga biasa-biasa. Luar biasa harganya!  Ada rezeki lebih barulah boleh membeli.

Excel Bikers Sdn. Bhd

Akhirnya encik suami pilih apa yang puan isteri cadangkan. Tapi lama juga proses memilihnya pun. 

Excel Bikers Sdn. Bhd

Selamat sudah dirasmikan oleh encik suami. Kedai ni pun tak boleh nak belek sangat. Risau terberkenan. Dia bukan boleh kalau dah nampak yang berkenan. hihi...

Alpinestars Motorcycle Gloves

Alhamdulillah encik suami suka dan selesa pakai untuk digandingkan dengan sportbike nya. Glove penting untuk keselamatan selain helmet yang bagus. Kannn...Okay selesai hal hadiah encik suami. 

12 comments:

  1. Bagus hadiahkan glove. Tiap kali hubby U pakai, terbayang2 wajah isteri.

    ReplyDelete
  2. Berapa RM glove tu kak? Berkenan pulak

    ReplyDelete
  3. ye betul tu
    kalu ciknur lg la xtau nk mula
    mood pun entahh hilang kemana
    hb to en suami fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lama menyepi, begitulah jadinya kan..nak buat ayat pun ambil masa kadang.
      Terima kasih kak Nur.

      Delete
  4. ammi dah lama tak bagi hadiah birthday kat husband sebab macam tak reti dah nak bagi apa. kita gi makan-makan jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, umur makin bertambah ni tak tahu nak bagi hadiah apa. Tanya terus je senang kerja tak payah fikir. Makan-makan tu yang paling senang kan.

      Delete
  5. Alhamdulillah mesti husband kak fiza suka dengan hadiah tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dia suka, dah selamat digunakan setiap hari. hihi...

      Delete
  6. Rindu nak baca coretan Fizah. Lama menyepi. Alhamdulillah sekarang Fizah sudah kembali bersiaran.
    Glove tu nampak berkualiti. Memang sesuailah dijadikan hadiah istimewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..banyak halnya Kak Amie. Itu yang menyepi seketika. Terima kasih merindukan coretan saya. Sementara ada kekuatan ni, kita menulis mana yang sempat. Ya, pilih yang berkualiti untuk safety.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.