Jambatan Angkat Terengganu Di Waktu Malam

Selepas naik boat tour, kami makan malam di NR Cafe Tok Jembal. Kedai makan yang popular dan sedap katanya di Terengganu. Sebelum balik homestay singgah sebentar di Jambatan Angkat Terengganu untuk melihat keindahan suasana pada waktu malam.

Jambatan Angkat Terengganu

Kalau siang tadi pergi bahagian sebelah sana. Malam pergi sebelah sini pula. Luas rupanya kawasan di sini. Memang banyak kenderaan parkir merata-rata untuk lepak di sini. Di bahagian lain pula meriah dengan food truck. 

Waktu malam lebih meriah nampaknya di Jambatan Angkat Terengganu ni. Yang menariknya lampu akan bertukar-tukar warnanya. Nak lepak lama silalah bawa kerusi healing ye.

Jambatan Angkat Terengganu

Dan kenalah redha kalau gambar tak secerah siang. Jambatan Angkat Terengganu ni salah satu port lepak best kalau bercuti ke Terengganu. Tak berlamaan di sini, sekadar ambil gambar je. Nak lepak lama malas sebab penat tak hilang lagi. 

10 comments:

  1. Cantik jambatan ni di waktu malam. Pernah stay di hotel yg betul² mengadap jambatan ni, seronok tengok lampu² di waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh lagi best tu kak. Hotel mana tu? Memang syok tengok permandangan lampu-lampu waktu malam.

      Delete
  2. Wah, cantiklah warna jambatan tu waktu malam. Mantul cahayanya.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Semoga ada rezeki wak dan keluarga sampai di sini nanti. Aamiin...

      Delete
  4. Semenjak jambatan ni siap.. tak pernah lagi jejak kan kaki ke terengganu... Bila la boleh dpt ke jambatan ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru sampai Terengganu setelah sekian lamanya. InshaAllah ada rezeki sampailah tu nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.