Jambatan Angkat Terengganu, Tempat Wajib Pergi Di Terengganu

Sesudah mengisi perut masing-masing, kami ke Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Terengganu iaitu mercu tanda ikonik negeri Terengganu. Tempat wajib singgah kalau datang sini. 

Sebelum tu kami nak makan di Restoran Singgang Budu tapi tutup. Jadi, makan di restoran nasi campur je. Entah apa nama kedai pun saya lupa. Kedai biasa-biasa dan tak ambil gambar pula sebab masing-masing dah kelaparan. 

Sementara menunggu masa untuk check in homestay yang berdekatan di Kuala Terengganu ni, singgah sekejap di Jambatan Angkat Terengganu. Kita terujalah sebab pertama kali sampai. 

Jambatan Angkat Terengganu

Pertama kali sampai tempat baru, automatik teruja nak merakam gambar dari pelbagai sudut. Rugi kalau tak digambarkan. Nak sampai lagi entah bila sebab jauh kan. Nak berjalan jauh tu yang malas walaupun bukan saya yang drive. Sejenis yang nak cepat sampai kalau boleh.

Jambatan Angkat Terengganu

Kita zoom sikit menara ni dari kejauhan. Merujuk website Terengganudrawbridge, Waktu operasi Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Operating Hours seperti di bawah dan dibuka setiap hari.

Waktu operasi Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Operating Hours

Ahad-Khamis (Sunday to Thursday) : 10.00 a.m – 7.00 p.m
Jumaat (Friday) : 2.30 p.m – 10.00 p.m
Sabtu (Saturday) : 10.00 a.m – 10.00 p.m
Cuti Umum (Public Holiday) : 10.00 a.m – 10.00 p.m
Cuti Umum Hari Jumaat (Public Holiday falls on Friday) : 10.00 a.m – 12.30 p.m
2.30 p.m – 10.00 p.m

Masa kami di sana, tak dapat nak menyaksikan jambatan tu diangkat. Hanya dapat tengok boat kecil lalu je.

Jambatan Angkat Terengganu

Tempat yang cantik, tapi sayangnya di tepi-tepi yang kawasan berbatu tepi laut ni banyak betul sampah sarapnya. Jadi cacat pula permandangan yang cantik. 

Jambatan Angkat Terengganu

Tak lupa rakam gambar family portrait untuk buat kenangan. Ada rezeki, kami ke sini lagi. Macam teringin pula nak naik atas menara dan menyaksikan permandangan dari aras atas. Mesti lagi menarik, kan? Nampak gaya kena repeat datang Terengganu lagi.

Jambatan Angkat Terengganu

Tak berlamaan sangat di sini, kami terus gerak untuk check in homestay. Solat dan berehat seketika sebelum ke destinasi seterusnya.

12 comments:

  1. Betul . Kalau pergi mana-mana negeri wajib potretkan gambar beberapa keping kan . Sebagai tanda kenang kenangan .

    ReplyDelete
  2. Belum pernah sampai di Jambatan Angkat Terengganu.
    Mudah-mudahan ada kesempatan datang ke sini.
    Cantik tempatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki kak Amie dan keluarga jejak Terengganu lagi dan singgah sini. Memang cantik tempatnya. Tak puas nak lepak kat sini.

      Delete
  3. memang nak msk list ni cuti sek nanti dah plan nak g KT.. hahah bole cilok2 tmpt2 menarik dari sini la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh...mesti tak sabar nak pergi bercuti kan. haa..boleh².

      Delete
  4. Dulu dah disediakan banyak tong sampah hijau. Tapi itu lah. Mentaliti yang suka buang sampah merata masih ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pula tong sampah hijau tu. Tapi memang banyak betul sampah-sampah celah batu tepi laut tu. Itulah tu, masih ada manusia yang suka buang sampah merata-rata. Kesal betul.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.