Ke Pasar Payang Membeli Belah
Balik dari beriadah di Pantai Batu Buruk, kononnya nak beli sarapan dan sarapan di rumah bersama mereka. Tapi mak mentua kata adik ipar nak makan di luar semua. Okay, kita balik dululah mandi dan bersiap.
Kami sarapan nasi dagang di gerai apa entah namanya. Gerai tepi jalan. Ramai betul datang sarapan di situ. Sedap betul! Teringat-ingat kesedapan nasi dagang original Terengganu.
Lepas sarapan, kami terus ke Pasar Payang. Antara tempat wajib singgah kalau ke Terengganu bagi mak-mak kita. Pasar Payang ni bukan main lagi ramai orang nya. Jenuh nak mencari parkir satu hal juga.
Terpaksalah kami turun dulu, kemudian encik suami dan adik ipar cari parkir. Saya tak membeli apa-apa. Nak beli kaftan macam tak pakai sangat. Nak beli kain batik pun tak pakai sangat. Kat rumah pun ada yang belum pakai.
Cuma beli ikan bilis je. Biras ajak share beli ikan masin, kami pula bukan pemakan ikan masin sangat. Dalam proses kurangkan pengambilan garam. Mak mentua belikan kami keropok kering ikan tamban dan juga seluar kain pelikat. Saya cakap tak payah. Mak nak juga beli. Kita terima je lah.
Dalam Pasar Payang ni bukan main sesak lagi. Berlaga tumit bak kata blogger Anies. Nak membeli pun agak tak selesa pada saya. Dengan sesaknya, dengan panasnya. Aduhaiii...sabar je lah. Dapatlah ambil gambar sekeping ni je ada ruang yang sedikit besar untuk berehat kejap.
Pasar Payang ni macam-macam ada. Kalau nak explore memang tak laratlah. Sikit punya besar. Pakaian, makanan, pasar barang dapur, semua ada. Seingat saya, last saya datang tahun 2001. Itupun tempat lama.
Agaknya Pasar Payang ni time raya jer kot tak ramai orang. Dulu masa bangunan lama, lagi jenuh kena jalan mengiring, huhu.
ReplyDeleteOhh time raya tak ramai ye. Ingatkan lagi sesak. Belum lagi mencebet banyak barang di tangan kan. Mahu tersangkut. huhu...
DeleteAkak pun tak gemar masuk tempat sesak panas, sebab tu belum pernah lagi shopping di Padang Besar walaupun dah bertahun pindah utara 😅
ReplyDeletePasar Payang akak masuk tahun bila entah, sebab masa tu tempat baru. Kita pergilah untuk tengok suasana tempat baru. Memang lebih selesa berbanding yang lama.
Padang besar saya pernah jejak sekali. Tapi macam kurang sikit sesaknya. Sini macam lagi sesak. Tak ada jarak lansung nak berjalan.
DeleteYang ni tempat baru. Rasa macam antara kedai dan laluan tu macam kurang ruang sikit. Itu yang jadi sesak. Masih tak selesa pada saya kalau dah ramai-ramai.
ok kita pun lama sangat x jejak pasar payang ni...last sampai dl diorg tgh renovate...
ReplyDeleteNampak gaya kena jejak tu nanti. Jangan lupa masuk dalam list ye.
DeleteSempat juga kami singgah dua kali di Pasar Payang bulan Mac hari tu. Itu pun sebab menginap di Hotel Seri Malaysia, tak jauh dari Pasar Payang. Memang susah mencari tempat letak kereta.
ReplyDeleteCantik kain batik sarung Terengganu yang dijual di sini. Kak Amie sempat rembat beberapa helai. Beli keropok lekor juga di bahagian luar Pasar Payang untuk oleh-oleh bawa balik kampung.
Kalau dekat, barangkali ada singgah lagi kan. Mencari parkir tu memang jenuh lah dengan cuaca panasnya. Batik memang cantik-cantik di sini. Risau terbeli nanti tak terpakai pula. Tunggu ada keperluan baru membeli. hihi...Ya, beli diluar je buat bekalan dan ole².
DeleteBetul ..kalau bersesak dengan orang ramai ni susah nak cuci-cuci mata kan .
ReplyDeleteItulah tu, nak jaga barang lagi kan. Jangan terleka bila dah ramai-ramai ni.
DeleteRabia pergi juga pasar payang hari rabu baru ni
ReplyDeleteMesti seronok shopping kan.
DeleteUwaaaah emang ramaaaai ya kak 😍😍😍. Tempat yg saya dah masuk list utk datangi. Hanya Krn saya sukaa sangat Lekor. JD teringin makan di tempat aslinya 🤣
ReplyDeleteMasa saya memang ramai. Mungkin sebab musim cuti hujung minggu yang panjang dan ramai ke sini pula. Boleh masukkan dalam list untuk merasai pengalaman shopping di sini. Kena borong banyak tu kalau suka keropok lekor.
Delete