Kopi & Kita, Kafe Aesthetic Di Nilai Negeri Sembilan

Tak tahu nak makan malam di mana di Nilai, tahu-tahu sampai di Kopi & Kita Kafe hasil bantuan Pak Cik Google. Saja nak mencuba makan di tempat baru. Kopi & Kita Kafe ni baru je dibuka.

Kalau dari nama kedainya, saya bayangkan kedai klasik gitu. Rupanya silap bayangan saya tu. Kafe dia sangat aesthetic. Terlalu aesthetic! Sangat cantik dan selesa. Instagrammable of course!

Kopi & Kita

Dari pandangan luar je dah boleh nampak aestheticnya tu kan. Layout design yang menarik lain dari yang lain. Konsep dia macam scandinavian dan gaya muji. Gabungan warna putih, hitam dan kayu.

Masuk-masuk je terus buat pesanan. Pesanan perlu disertakan sekali dengan pembayaran di kaunter. Mana-mana kafe memang begitulah sistem dia.

Kopi & Kita

Sementara menunggu pesanan tiba, jomlah kita memotretkan sudut-sudut yang menarik dalam Kopi & Kita Kafe ni. 

Kopi & Kita

Suka tengok ada bench simen dengan mozek terrazo tu. Menceriakan ruang selain menggunakan warna putih sahaja. Tapi meja di situ macam terlalu dekat lah pula. Tak privacy nak menyembang.

Kopi & Kita

Saya pilih meja dan kerusi di sudut sini je lah sebab nak ajak anak buah makan sekali di sini. Selesa sikit kalau nak berborak pun.

Kopi & Kita

Macam biasa, potretkan lampu yang ada. Lampu pun aesthetic. Memang layak lah kedai ni diberi gelaran aesthetic kafe. Kan?

Kopi & Kita

Lagi satu lampu yang cukup aesthetic di mata saya. Design terendak lampu yang unik dan menarik.

Kopi & Kita

Di setiap meja, disediakan air minuman dalam botol ni dan cawan kertas disediakan. Boleh minum secara percuma. Mulanya macaam curious apa benda, rupanya air masak. Dia punya sudu, garpu dan pisau pun aesthetic okay.

Kopi & Kita

Itu baru perkakas untuk makan. Bila sampai secawan kopi latte yang saya pesan, tudiaaa kemain lawa betul cawannya. 

Pesanan air kopi panas disertakan sekali dengan 2 keping biskut. Sedap! Saya lupa pesan kopi latte apa. Hazelnut ke caramel macchiato entah. Itulah lama sangat peram cerita sampai lupa. Encik suami pesan caramel macchiato sejuk.

Kopi & Kita

Tak lama kemudian, makanan pula sampai. Spaghetti aglio olio. Encik suami tunggu dulu hidangan saya sampai baru makan sama-sama.

Kopi & Kita

Sementara menunggu, anak buah baru sampai. Buat pesanan yang lain. Chicken grilled saya pun sampai.

Kopi & Kita

Kami tunggu lagi hidangan anak buah sampai baru makan sama-sama semua. Ada masalah kami nak menyembang pun. 

Kopi & Kita

Hidangan chicken grilled dia sedap. Juicy dan bahan perapan pun sedap dengan sos black pepper yang pekat. Hidangan dia ringkas tapi mengenyangkan. Kalau ada coleslaw ganti sayur lagi sedap pada saya.

Spaghetti aglio olio saya tak rasa sebab leka menyembang dan makan makanan sendiri. Hihi...Kopi pula sedap cukup rasa lemak manis dan pahit kopinya. Saya suka! 

Lokasinya terletak di Desa Cempaka, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Untuk ke sini, guna waze je.

Tempat makan menarik di Nilai, Negeri Sembilan

10 comments:

  1. Presentation yg baik... Suasana dalam cafe yg tenang dan tak serabut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presentation tip top. Betul, tenang je nak makan-makan di situ.

      Delete
  2. Dekat LHDN ke? Hari-hari lalu tak perasan pula ada kafe kat situ......... okay balik nanti sangkut kat traffic light tu nanti kita pandang-pandang belah kanan tu..........
    Nanti boleh ajak anak kesitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti lah sebab kurang familiar area situ. Inipun pertama kali sampai kawasan ni. Nanti bolehlah tengok-tengok kot perasan kafe ni.

      Delete
  3. Cantik sangat, memang sesuai utk blogger macam Fiza buat konten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Bolehlah buat modal dari tak ada. hihi...

      Delete
  4. Desa Cempaka…ok, insyaAllah bila balik rumah NS boleh try kalau sempat.
    Sesekali balik, banyak tempat nak dituju.

    Air dalam botol tu kalau letak botol jernih lagi ok agaknya, ni tengok macam botol ubat 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti silalah terjah kak kalau berkesempatan. Setuju juga kalau guna botol putih more better. Nampaklah air masak dalam tu kan. Memang nampak botol ubat tapi versi besar gitu.

      Delete
  5. Selalu sukaaa kalo ketemu kafe yg cantik, dengan decor menarik 👍👍. Apalagi kalo rasa F&B nya juga sedap, langsung nak jadi langganan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kafe cantik dan makanan sedap memang disukai ramai dan akan repeat datang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.