Mencari Cake Topper Ultraman Di Bake With Yen Dan Sambut Birthday Anak Buah
Birthday anak buah sebelah encik suami, 15 Julai hari Isnin. Jadi, kita sambut awal hari Ahad. Sebelum tu, pergi mencari cake topper Ultraman dulu sebab dia kipas susah nak mati Ultraman. Kita pun carilah minta bantuan google. Terjumpa lah Bake With Yen di Seremban.
Sebelum ke KL tu singgah dulu di sini beli cake topper Ultraman. Minta-minta adalah, berdoa dalam hati. Masuk kedai terus tanya pada staff di situ dan dia tunjukkan di bahagian cake topper.
Haaa..ada pun! Alhamdulillah. Ada juga. Rezeki adik. Mesti adik suka! Walaupun topper kertas je, mesti dah buat dia suka. Budak-budak, dia bukan kisah kertas ke apa. Asalkan ada rupa Ultraman tu. Kann...
Ada banyak pilihan cake topper kertas figura kartun-kartun popular. Murah pun murah. Beli juga lilin bernombor 4 warna gold tu sebab dia 4 tahun sudah.
Sampai di KL, kita beli kek dulu di Secret Recipe. Baru tahu ada kek indulgence bersaiz petite. Nampak sangat dah lama tak membeli kek di Secret Recipe. Kek 1KG dengan ketiggian 6.5+- inch. Sesuai sangatlah tu untuk sambutan birthday kecil-kecilan, 6 dewasa dan 2 kanak-kanak.Happy birthday adik! Semoga adik membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Aamiin...
Raksasa tu omey dari ultraman, memang kalah awal nampaknya, hehehe.
ReplyDeleteHihi...Ultraman 2 orang pun kalah kan.
Deleteamboiii kemain dia nak ultraman ye... :p
ReplyDeleteTengah suka dengan Ultraman, sebelum ni Dinosaur. hihi...
DeleteYelah budak..janji ada bayang benda yg dia suka jadilah. Bukan dia kira deco pakai fondant ke tidak ke
ReplyDeleteItulah tu. Asalkan ada yang dia suka. Dia bukan tahu pun. hihi...
DeleteAiiiih lucunya diaaa 😍😄. Berpose meniru gaya Ultraman yaa 😅. Jadi ingat waktu anak saya masih kecil, selalu mau cake birthday yg ada gambar Marsha and bear 😄
ReplyDeleteBudak-budak ada minat masing-masing kan. Macam-macam aksi. Masa birthday ni lah dapat request apa yang mereka minat.
Delete