Mengopi Dan Makan Di Nyiur Cafe, Cafe Tepi Pantai

Dari Muzium Negeri Terengganu, kami gerak ke Nyiur Cafe, cafe tepi pantai yang terletak di Pantai Sauh, Batu Rakit. Sebenarnya macam tak tahu nak pilih cafe mana yang best tepi pantai sebab semuanya macam best. Last-last kami pilih Nyiur Cafe je. Macam viral di TikTok je!

Lebih kurang setengah jam macam tu kami sampai di lokasi dengan menggunakan waze. Ada kawasan parkir berdekatan dengan cafe.

Nyiur Cafe

Cafe Nyiur berkonsepkan seni bina rumah kampung. Sistem pesanan, perlu buat pesanan dengan pembayaran di kaunter depan tu. 

Nyiur Cafe

Lepas tu akan diberikan nombor meja. Tunggu je lah sampai pesanan tu siap. Sila bersabar. Sementara menunggu bolehlah layan permandangan pantai tu. 

Nyiur Cafe

Selain boleh duduk di meja yang disediakan, pengunjung boleh bawa kerusi healing atau tikar sendiri dan lepak di kawasan lapang dengan permandangan laut depan mata.
Nyiur Cafe
Terendak lampu yang menarik diperbuat daripada kayu dan jaring
Nyiur Cafe
Booth/Cart Nyiur Cafe, boleh OOTD di sini tanda hadir

Ya ampunn...MashaAllah! Cantik sungguh lah permandangan laut tepi pantai di sini. Tunggu lama pun tak mengapa. Kalau bawa kerusi healing atau tikar boleh lepak lama-lama. Tapi kita tak boleh lepak lama sebab ada destinasi seterusnya yang perlu dituju.

Nyiur Cafe

Tak lama menunggu, makanan pun sampai. Kuetiau goreng pesanan encik suami dan saya pilih nasi lemak sambal kerang. Nasi lemak pandan, harum baunya. Tapi kurang lemak sikit. Sambal kerang pedas, sedap!

Kuetiau goreng dia sumpah sedap! Lepas rasa kuetiau terus rasa nak tukar makanan dengan encik suami. hihi...Macam biasa kita makan separuh-separuh. Dua dua dapat rasa. Tak gaduh.

Nyiur Cafe

Kalau pesan kopi, dah tentu saya akan pilih kopi panas. Saya lupa sudah pesan hazelnut latte atau caramel macchiato. Adeh! Encik suami pesan caramel macchiato. Kopi boleh tahan sedap cuma tak puas minum sebab cawan dia comel je saiznya. 

Nyiur Cafe

Dari kejauhan kita menikmati permandangan indah depan mata. Rasa teringin pergi dekat.

Nyiur Cafe

Lepas makan encik suami bawa pergi dekat terus. Depan cafe ada jalan terus menuju ke pantai rupanya.

Nyiur Cafe

Panas pun don't care demi berkeping keping gambar dan video untuk simpanan. Dengan itu, terus kulit terbakar teruk sampai harini belum hilang lagi belang kulit tu. Sunscreen tak cukup tebal agaknya. Mendapatlah kan. 

Nyiur Cafe

Kesimpulannya, best makan dan mengopi di Nyiur Cafe ni. Permandangan laut tepi pantai tu menang. Disapa angin sepoi-sepoi bahasa pula tu. Nyaman je. Kenapalah Terengganu ni jauh. Kalau dekat dah selalu pergi dah. huhu...

14 comments:

  1. tengok gambar memang mendamaikan je suasana tapi kalau ammi sendiir kat sana confirm mata tak boleh nak buka dek panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sangat mendamaikan. Hihi..bab tu kita selesaikan dengan memakai sunglass.

      Delete
  2. view dia ohsem!!! gambar pun cantek hahaha... bole try msk list nnati ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. View dia tersangatlah Ohsem KakRet. Sila pergi nanti okay.
      hihi..Terima kasih.

      Delete
  3. Bestnya mengopi tepi pantai... Kenyang perut dan minda pun lapang je tengok pemandangan indah laut membiru macam ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengopi di tepi pantai memang best. Semua pun dapat manfaatnya gitu.

      Delete
  4. Samalah kita Fizah. Kalau beli makanan memang suka kongsi rasa. Tapi yang tak bestnya kalau makanan yang Encik Suami pesan lebih sedap hihihiiii. Tak apalah, saling membantu habiskan makanan dalam pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa macam tulah. Makan separuh-separuh dapat merasa dua-dua kan. Hihi..tahu takpe kak Amie. Kalau dia punya lagi sedap memang kita dapat makan lebih sikit.

      Delete
  5. MasyaAllah cantiknya view dekat sini ..sambil ngopi sambil layan angin laut .. kena pulak dengan cuaca cerah nii nk ootd pun gambar auto jadi cantik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik in real. Semua menarik dan best. Betul, ambil gambar pun auto cantik.

      Delete
  6. Ini yg paling best. Sudahlah makanan sedap, kopi enak, ditambah pula view ya cantiiiik menawan 😍😍😍. Saya JD penasaran dengan rasa kwetiau nya kak 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..semuanya menarik di sini. Sangat best. Patut cuba kuetiau goreng tu. Menurut saya, sedap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.