Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Hari ketiga iaitu hari terakhir di bumi Terengganu kami sarapan nasi kerabu pula di Fauzi Nasi Kerabu @ Suerasa Nasi Kerabu. Nasi dagang dan makan semalamanya, so mencuba nasi kerabu lah pula.

Tak ada gambar sebab tak sempat nak ambil pun. Nak cepat-cepat habiskan makan je. Dengan penuhnya orang, dengan beratur lagi. Makan pun macam kurang selesa sikit tapi mujurlah nasi kerabu sedap.

Selaku peminat nasi kerabu, saya mengesahkan nasi kerabu di sini memang sedap. Kita tolak tepi bab ramai orang tu. Biasanya kedai yang ramai tu yang sedap. Kann...Harga makanan pun murah di sini. Kena cuba sekali bila dah sampai Kuala Terengganu.

Dah mengisi perut, barulah senang hati nak berjalan jauh. Untuk perjalanan pulang, kami merancang ikut jalan dalam melalui persisiran tepi pantai (Kuala Terengganu-Marang-Kuala Dungun-Paka-Kerteh) je. Tak ikut highway. Kami singgah di Chendering beli keropok lekor dan keropok ikan buat bekalan.

Sebaiknya beli keropok lekor tu masa balik. Taklah rosak nanti bila sampai rumah, terus simpan dalam kulas. Selepas tu kami tak singgah dimana-mana sampailah Kijal baru berpisah haluan sebab biras jumpa kawan dia.

Kami pula mencari port ngopi menarik di tepi pantai. Jumpalah Kopi Penunjuk di yang terletak di tepi Pantai Penunjuk Kijal. Pertama kali sampai di Kijal dan pantai di sini.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Pantai Penunjuk Kijal ni pun pertama kali sayang dengar. Aduhaiii...lemah geography betul! Boleh dikatakan pantai ni macam kurang popular dan hidden gem pada saya. 

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Tempatnya tak sesak. Tenang ribut jiwa je. Ada beberapa gerai di tepian pantai. Mungkin masa kami sampai terlalu awal lebih kurang jam 3 petang macam tu. Masih panas dan orang pun belum keluar untuk lepak-lepak waktu petang.

Sampai di gerai Kopi Penunjuk, buat pesanan dan pembayaran di kaunter. Harga kopi cukup murah di sini.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Tak kelihatan mesin kopi. Maksudnya kopi bancuh macam kopi klasik tu lah kan. Saya pesan hazelnut latte dan encik suami pesan salted caramel. Disini tak ada minuman panas tak silap saya. Jadi dua-dua minuman ais.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Sementara menunggu, jomlah kita layan permandangan laut yang cukup indah ni. Syok betul ye lepak tepi pantai sambil mengopi. Layan angin sepoi-sepoi bahasa. Nampak panas tapi berangin gitu. Taklah rasa panas.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Sedang duduk menunggu, abang kopi tu cakap hazelnut latte habis. Jadi saya pilih vanilla lah. Tak lama menunggu, minuman kami pun sampai. Itu yang ada contengan pada cup tu. Cacat sikit rupa cawan dah diconteng tu dalam gambar. Saya ni cerewet tau bang bab gambar. Kena aesthetic. Hihi..gurau je.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Duduk sini rasa macam tak nak berganjak. Setiap sudut rasa nak bergambar sebab cantik sangat permandangan di sini. Tempat boleh repeat kalau ke Terengganu ikut jalan dalam.

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Disebelah kiri pula ada banyak pondok papan untuk seisi keluarga berkelah tepi pantai. Macam seronok je tengok dorang lepak. Ini kalau duduk dari pagi sampai petang pun seronok. Tak jemu mata memandang laut hijau biru perairan laut China Selatan yang cantik. 

Kopi Penunjuk Kijal, Terengganu

Ingatkan nak makan-makan sekali di sini. Yang ada cuma makanan ringan minum petang macam keropok lekor, nugget, fries, popia dan mi segera. Baru je niat nak makan keropok lekor tapi tak ada rezekilah sebab makan-makan belum ada lagi katanya. Awal sangat kot kami sampai.

Minum kopi je lah kami di sini sambil menyembang. Jadi tak lama sangat bersantai di sini. Eh lupa pula. Tentang kopi tu, rasa kopi vanilla sedap juga cuma salted caramel tu macam termanis. Kita ni bila cut sugar memang cepat triggered kalau minuman tu manis sikit. Lupa pula nak pesan kurang manis.

Siapa yang suka rasa kopi klasik tu bolehlah menyinggah mengopi di sini. Dalam TikTok macam salah satu port ngopi popular juga. Tempat bersih dan tenang je. 

Tak berkesempatan nak pergi dekat pantai sebab panas bukan main lagi. Panas tepi laut bukan biasa-biasa. Kita duduk di tempat yang teduh bawah pokok ni je lah mampu. Sejuk di tiup angin bayu.

Dengan itu, berakhirlah percutian kami 3 hari 2 malam di bumi Terengganu. InshaAllah ada rezeki kami sampai lagi. Macam tak puas bercuti sebab banyak tempat dan makanan yang belum kami cuba lagi.

Perjalanan pulang yang panjang dan terasa sangat jauh sebab tak ikut highway kan. Lagipun tengok waze jem teruk. Yelah sebab cuti hujung minggu panjang, itu yang jem. Balik ikut Lanchang-Manchis-Simpang Durian-Kuala Klawang tu terasa jauhnya. 

Alhamdulillah selepas 5 jam perjalanan dari Kijal kami selamat sampai rumah. Singgah di R&R mana entah berhenti solat. Boleh tahan jauh perjalanan ikut jalan dalam. Tapi kalau nak explore, why not mencuba sesekali.

10 comments:

  1. Pantai di Terengganu memang best kan..tengok laut hilang serabut di kepala...layan pulak dengan kopi + angin sepoi-sepoi bahasa.....cuma cuaca panas tu..hehehehe..maklumlah kita ni puteri lilin...cepat sunburn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Semua pantai di sana cantik-cantik. Tahu takpe, healing terus. Tambah lagi dapat kopi. Memang ngam. Kalau berada di pasir panas tu memang panas menyengat rasa dia. Tak sanggup. Tapi kalau duduk bawah pokok tempat teduh, rasa nyaman je ditiup angin.

      Delete
  2. Terengganu, kapanlah saya bisa kesana yaa. Nak puas2kan makan Lekor kalo nanti ke Terengganu 😄😄.

    Kopi yg seperti ini saya sukaa juga. Yg penting bagi saya tak pahit sangat 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny kena plan datang sini pula jika ke Malaysia nanti. Tempat yang menarik dan banyak pantai cantik. Jangan lupa masukkan tempat ni dalam senarai.

      Delete
  3. nasi kerabu suerasa tu mmg ramai org
    nasi kerabu mhi gong kapas kwn sy jual sedap jgk cuma dia cod jelah tak ada dine in

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ramai beratur dan penuh. Ohh.okaylah macam tu, ada COD senang juga tak perlu keluar rumah dah.

      Delete
  4. Jaman muda2 dulu wak pernah duduk tengganu, selalulah juga ikut bot nelayang tangkap ikang di Kijal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke wak..Jauh juga dari Johor ke Terengganu. Terus boleh cakap Ganu kan wak. hihihi...

      Delete
  5. Mmg ramai org
    Sy pergi awal pagi biasanya
    Nnti try nasi kerabu MHI gong kapas Panji curve dkt kedai Kuih muih byk2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana pun memang ramai kan. Terima kasih suggest tempat makan. Ada rezeki ke KT lagi, boleh cuba.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.