Menjejaki Sejarah Di Muzium Negeri Terengganu
Sesudah membeli belah di Pasar Payang, kami berpisah haluan. Mak mentua dan keluarga adik ipar pergi ke Mydin membeli barang mancing. Saya dan encik suami terus ke Muzium Negeri Terengganu. Muzium ni memang dah ada dalam list kami kalau ke Terengganu.
Walaupun dah pernah jejak tahun 2001, tapi sajalah nak jejak buat kali kedua. Lagipun encik suami tak pernah sampai sini lagi. Marilah kita menjejaki sejarah di Muzium Negeri Terengganu.Sebenarnya memori saya pun dah banyak hilang. Yang ingat pernah bergambar di pintu masuk Muzium. Yang lain memang tak ingat dah.
Masa kami pergi sini, ada acara perkahwinan di aras bawah. Teringat pula majlis pernikahan Farah Lee di sini. Memang cantik kalau buat majlis pernikahan di sini. Siapa yang suka tema klasik Melayu lama, bolehlah tempah tempat nikah disini. Tapi dah tentu lah mahal dan penuh tarikhnya kan.
Disebabkan ada majlis, penuh parkir kereta. Berpusing 2 kali jugalah mencari parkir. Ada parkir jauh, terpaksalah menapak jauh sikit. Terus berjalan ke kaunter tiket, kena naik tangga yang tinggi tu. Tak pasti ada lif atau tidak.
Masuk-masuk muzium je, terus nampak bersurat ni yang asli dijumpai di Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu dimana ianya merupakan bukti bertulis penyebaran Islam di kepulauan Melayu.
Disekitarnya berdekatan Batu Bersurat terdapat naskah Al Quran lama. Saya sempat ambil gambar 1 je, ada beberapa lagi naskah Al Quran lama tulisan tangan.
Batik, sinonim dengan Negeri Terengganu. Terdapat pelbagai jenis motif batik yang menarik. Ini salah satu yang menarik perhati saya. Terlalu berseni dan semestinya cantik.
Dahulunya, warna kain dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi.
Antara baju-baju melayu lama yang menarik perhatian saya. Cantik sungguh potongan dan motif baju kurung tradisional ni. Malar segar orang kata. Tak lapuk dek zaman.
Begitu juga dengan baju kebaya plain dengan kain batik ni. Cantik sangat. Potongan baju kebaya tu nampak menarik.
Selain seni batik, Terengganu juga masyur dengan seni ukiran kayu. Ada bermacam-macam jenis ukiran kayu yang dihasilkan. Yang pastinya tak mudah nak menghasilkannya.
Selain batik dan ukiran, tembaga juga popular di Terengganu. Saya tak ambil gambar banyak dalam muzium ni. Nanti penuh gallery, blog saya pula jadi muzium.
Kami tak dapat exlore semua. Ada beberapa ruang dalam proses pembaikkan seperti Galeri Petroleum dan Galeri Islam. Jadi, kita bergambar di luar je lah aras 1.
Kami menghabiskan masa 1 jam lebih di sini. Boleh tahan penat juga. Sebelum keluar, berehat dulu di kerusi yang disediakan untuk mencari destinasi seterusnya.
Last but not least, tiket tanda hadir. Harga tiket RM5 untuk orang dewasa, Kanak-kanak RM2 dan pelajar sekolah (beruniform) RM1.
Masa kami pergi sini, ada acara perkahwinan di aras bawah. Teringat pula majlis pernikahan Farah Lee di sini. Memang cantik kalau buat majlis pernikahan di sini. Siapa yang suka tema klasik Melayu lama, bolehlah tempah tempat nikah disini. Tapi dah tentu lah mahal dan penuh tarikhnya kan.
Disebabkan ada majlis, penuh parkir kereta. Berpusing 2 kali jugalah mencari parkir. Ada parkir jauh, terpaksalah menapak jauh sikit. Terus berjalan ke kaunter tiket, kena naik tangga yang tinggi tu. Tak pasti ada lif atau tidak.
Urusan pembelian tiket tak lama sebab tak ramai pun beratur. Ingatkan tak ramai orang. Sekali masuk dalam punyalah ramai umat manusia. Sambil tu boleh menyejukkan badan sebab di dalam ada pendingin hawa.
Disekitarnya berdekatan Batu Bersurat terdapat naskah Al Quran lama. Saya sempat ambil gambar 1 je, ada beberapa lagi naskah Al Quran lama tulisan tangan.
Dahulunya, warna kain dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi.
Antara baju-baju melayu lama yang menarik perhatian saya. Cantik sungguh potongan dan motif baju kurung tradisional ni. Malar segar orang kata. Tak lapuk dek zaman.
Selain seni batik, Terengganu juga masyur dengan seni ukiran kayu. Ada bermacam-macam jenis ukiran kayu yang dihasilkan. Yang pastinya tak mudah nak menghasilkannya.
Selain batik dan ukiran, tembaga juga popular di Terengganu. Saya tak ambil gambar banyak dalam muzium ni. Nanti penuh gallery, blog saya pula jadi muzium.
Singgahsana |
Kami tak dapat exlore semua. Ada beberapa ruang dalam proses pembaikkan seperti Galeri Petroleum dan Galeri Islam. Jadi, kita bergambar di luar je lah aras 1.
Tak lupa potretkan diri di depan Muzium Terengganu yang cantik seni binanya ni.
Dalam perjalanan ke kereta, kita bergambar juga di sini. Panas pun hadap juga dan menunggu giliran. Bila ramai-ramai datang, kau kena sabar ye.
Last but not least, tiket tanda hadir. Harga tiket RM5 untuk orang dewasa, Kanak-kanak RM2 dan pelajar sekolah (beruniform) RM1.
Muzium Negeri Terengganu, salah satu tempat wajib singgah kalau datang bercuti di Terengganu. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman web Muzium Negeri Terengganu.
ok ni wajib masuk ni bila nnt bakal buat lawatan sambil belajar hahahha
ReplyDeleteYa..semestinya kena masuk list. Silakan pergi. hihi...
DeleteSyukurlah setiap negeri di negara kita ada muzium masing-masing. Dapatlah generasi hari ini melihat perkembangan dan kesan-kesan sejarah serta warisan tradisi nenek moyang terdahulu.
ReplyDeleteBetul! Dapatlah kita tambah ilmu sejarah selain hanya belajar di sekolah dan membaca info lain.
DeleteCantiknyaa .. CCL belum pernah singgah muzium terengganu ..view pun cantik jugak..
ReplyDeleteInshaAllah ada rezeki ke Terengganu nanti jangan lupa singgah sini ye. Ya, view dia memang superb.
DeleteTiket masuk muraaah, dan benda2 yg bisa dilihat pun banyak. Ini yg saya suka. Museum itu bagi saya tempat terbaik utk belajar sejarah. 👍. Untungnya anak2 saya pun sukaa jika diajak ke museum. Krn mereka bisa belajar banyak hal
ReplyDeleteBetul! Tiketnya murah sekali. Rugi kalau tak masuk sini. Luangkan banyak masa sikit sebab tempat ni boleh tahan besar juga kalau nak jelah semua. Bagusnya macam tu. Mereka mesti seronok dapat belajar sejarah.
Delete