Minum Petang Seafood Celup Tepung Di Nizam Celup Tepung

Balik dari Nyiur Cafe, solat dulu. Lepas tu keluar semula minum petang nak makan seafood celup tepung. Celup Tepung antara makanan wajib cuba kalau bercuti di Terengganu. Kannn...

Kononnya nak makan di Warung Pok Nong. Tapi dek kerana dia punya line beratur tu panjang nau, kita tukar lokasi lah. Tak sanggup menunggunya.

Kalau kita je tak mengapa. Ini bawa budak kecil dengan mak mentua lagi yang kurang larat nak menunggu. Kita pergi makan di Nizam Celup Tepung je lah. Ingatkan tak ramai, rupanya ramai juga. Tapi line beratur tu kuranglah sikit daripada tadi.

Dalam tak ramai orang, hampir setengah jam jugalah encik suami beratur nak buat pesanan. Saya pula pesan minuman. Pesan je minuman apa yang ada sebab masing-masing berebut order tak ikut barisan. Hampir 10 minit jugalah saya beratur beli minuman.

Dah dapat minuman, masih menunggu encik suami bawa makanan. Anak buah dah resah gelisah menunggu lama. Sibuk nak main buaian yang ada berdekatan kedai berhadapan dengan pantai. Kami perhati dari tepi je. 

Gambar kedai tak ada, gambar anak buah main buaian kat kedai pun bolehlah kan. Okay juga ada buaian ni. Bolehlah anak-anak healing sementara menunggu. Kalau tidak dok berzikir tepi telinga selagi tak dapat main. Menunggu makanan bukan kejap. Lama!

Nizam Celup Tepung

Gambar makanan pun nan hado sebab sampai je terus makan. Yang beratur masih ramai. Rasa kurang selesa je nak makan pun. Tak berlamaan terus bangkit dan lepak tepi pantai sekejap melayankan anak-anak buah main air dan pasir. 

Kita pun ambil lah gambar se das dua. Eh lupa pula. Encik suami pesan udang. sotong dan keropok lekor celup tepung. Semuanya sedap pada saya. Tapi sotong saya tak boleh makan sebab liat sikit. Risau nanti bracket braces tercabut. Naya!

Nizam Celup Tepung

Memang syoklah makan seafood celup tepung tepi pantai ni. Cuma yang ramai tu je lah tak tahan menunggu. Itu belum part yang potong barisan lagi. Haishhh...Nak maraha je tapi kena sabarrr...

Dari segi harga pada saya berpatutan lah dan puas hati dengan rasanya. Tapi biras saya cakap celup tepung Warung Pok Nong sedap lagi. Tak apalah, tak ada rezeki. Mungkin lain kali. 

Nizam celup tepung pun sedap cuma agaknya Warung Pok Nong lagi sedap. Itu yang ramai. Tapi sini pun ramai juga. Dua-dua ada kesedapan masing-masing. Kalau penuh sana, datang sini. Kalau sini penuh, pergi sana. Senang ada pilihan. Tak gitu?

Waze kan je, terus sampai. Signboard tepi jalan besar, senang nampak.

8 comments:

  1. Langit biru. Awan putih. Laut pun tak kalah birunya dengan langit.
    Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah, sambil menikmati keenakan goreng-gorengan. Seronoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dua dua permandangan yang cantik. Bertambah seronok nak menjamu selere kan kak Amie.

      Delete
  2. Replies
    1. Antara yang popular di sini. Itu yang ramai orang juga.

      Delete
  3. Tak apa, yg penting dah coba salah satu. Nanti kesana lagi boleh coba lagi yg lain 😄👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada rezeki ke sini lagi kita cuba yang lagi satu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.