Naik Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati, Kuala Terengganu
Selesai urusan check in homestay Mimpi D View, solat dan melepaskan penat kejap. Cas semula tenaga yang dah hilang bagi bateri penuh. Nak berjalan cuti-cuti ni kena ada tenaga baru seronok.
Sebenarnya macam tak ada rancangan sangat nak kemana-mana sebab saya dan encik suami pun ikut last minit. Jadi, mana mak mentua nak pergi diturutkan saja.
Sedang kami berbual, adik ipar cakap pasal boat tour. Haa saya dan biras pun macam setuju nak pergi naik boat tour. Jomlah! Laju bersiap. Lepas solat asar, kami jalan terus ke lokasi boat tour.
Lokasinya berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu. Sepanjang jalan tu memang banyak jeti dan pakej yang ditawarkan. Tapi kami pergi di Jeti Pok Ali Pulau Sekati yang betul-betul dekat dengan pintu masuk muzium tu.
Harga boat tour ni sama je semua tempat/jeti. RM30 untuk dewasa dan kanak-kanak RM15. Sebaiknya kalau nak naik boat tour ni kena booking awal. Tapi kami tak tahu pula kena booking tu. Ingatkan boleh walk in je.
Kebetulan masa kami sampai ada kosong untuk trip seterusnya. Tapi kena tunggu lah kejap sebab menunggu boat tu kembali semula ke jeti. Kami dapat trip jam 6:00 petang untuk boat tour selama 1 jam. Berbaloi juga tu kan.
Saya ni aquaphobia tapi teruja nak naik boat. Disebabkan ada safety life jacket, itu yang kurang takut tu. Jadi pemberani lah sikit. Kalau tidak, risau jugalah tentang keselamatan tu.
Tak lama menunggu, tibalah giliran kami. Bukan main seronok lagi dapat naik boat tour ni melihat keindahan di kiri kanan laut.
Dapatlah merakam beberapa bangunan yang menarik untuk dipotretkan. Tak pasti nama masjid dan bangunan di bawah ni. Siapa tahu, bolehlah tinggalkan dalam kotak komen ye.
Menyesal bergambar duduk depan sekali. Nampak besar betul ye di situ. Patut kena duduk belakang. Merakam family portrait yang diambil oleh pemandu boat. Tak lupa untuk bergambar berdua berlatarbelakangkan jambatan angkat.
Dari kejauhan juga dapat melihat Masjid Kristal Terengganu atau dikenali dengan nama masjid terapung. Pernah masuk masjid ni masa datang ke Terengganu dulu, tahun 2001. Kali ni datang Terengganu tak sempat singgah.
Yang lain tu, pandai-pandailah kita ambil gambar. Nak ambil video sila berhati-hati pegang dengan kuat. Risau pula kalau tercampak dalam laut.
Seronok dapat naik boat tour layan permandangan sekitarnya. Rasa tak puas pun ye. 1 jam pun terasa macam kejap je. Tahu-tahu dah nak sampai jeti semula.
Kalau pergi berdua, boleh je booking untuk 1 boat. Tapi mahal sikit lah. Tengok ada yang booking untuk celebrate birthday berdua, siap bawa kek lagi tu. Yang penting memang seronoklah naik boat ni. Kena naik kalau dah datang Terengganu tu.
Nanti ke KT nak cubalah
ReplyDeleteBoleh cuba wak. Naik boat 1 family.
DeleteNanti pergilah ke ktcc mall dan pasar payang
ReplyDeleteKami cuma pergi pasar payang je. KTCC mall tak sempat nak singgah.
Delete